Dah seminggu balik dari PBAKL. Alhamdulillah! Segalanya sudah selesai di pihak saya. Rasa teruja nak memeriahkan PBKL sebagai penulis... akhirnya berlalu juga.
Jumaat 26/4
Saya dan Lin bertolak dari Butterworth ambil bas pukul 10 pagi. Dah lama tak naik bas. Last sekali naik bas, agak2 dua tahun lepas kut. Masa tu naik malam. Saspens. Sebab hanya 2 orang penumpang perempuan termasuk saya. Mengenangkan cerita-cerita jenayah terhadap wanita yang terjadi dalam bas... buatkan saya kurang gemar naik bas untuk perjalanan yang jauh.
Kami berhenti rehat di Gopeng. Dekat Agromall yang ada Mydin tu. Lin makan Bakso, saya pula makan Nasi moi. Alhamdulillah, rasanya sangatlah sedap. Terasa macam nak makan lagi. Tapi tak kanlah nak drive turun sampai Gopeng sebab nak makan nasi moi tu jer... hehe
Ada peristiwa lucu jadi kat sini. Hehe... maklumlah, kami kan dah lama tak naik bas, maka kamipun buat cerita lawak hari tu. Sebab ralit nak pilih titbits kat kedai serbaneka, dan Lin pula nak ke toilet lepas tu... kami ditinggalkan bas.
Tapi tak sedar diri lagi. Lepas siap berlenggang kangkung pi naik bas orang lain. Lepas sedar tersalah bas, turun untuk naik bas yang kat sebelah tu... aik, bukan bas kami jugak! Adola.... mana bas kami ni? Tenung kiri kanan... Lin tiba-tiba jer jerit, ' woi nu, dok nampak bumbung dah!' Apalagi... lari terkodek-kodeklah makcik-makcik 2 orang ni...
Naik bas, kena perli lah pulak. Saya cakapa dalam hati... nak buat macam mana, sayakan selalu naik flight aje ( kononnyalah kan!)
Lepas tu, bas tu siap ronda pi KL, lepas tu pi Klang. Last destination, barulah sampai ke Seksyen 17 Shah Alam. Adola... penat weh! Satu hari dok terperuk kat ataih bas tu.
Sahabatku Ris, pick kami dan antar kat rumah Kak Yam di Kota Kemuning.
Nanti... bersambung cerita tentang PBAKL....
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
No comments:
Post a Comment