A scribble of my mind and heart.....

Friday, October 25, 2013

CANDY CRUSH MADNESS...

It's been years since the last time I got involved with games. Haywire hidup! The last time madness was Farmvilles. And I was kind of tied up to the planting and harvesting schedules until it really affected my daily life... but Alhamdulillah! I managed to stop it.

And now... what have I done to myself? After successfully ignored all the invitations all this while, finally I am one of the Candy Crush players and started to feel the addiction. Padan muka!

A friend asked, why out of sudden... I play Candy Crush? And my answer is ' I did it out of curiosity and after feeling bored with nothing to do'.

Memang hari mula main CC tu memang tahap boring giler! Dan teringin jugak nak tahu, apa yang orang gilakan sangat dengan CC ni? And its like Allah wants me to see the rational of my answer when I suddenly found this on Ustaz Zaharuddin fb...



Then... a friend (a good friend of course, if she keeps reminding us to do good things and avoid doing the bad ones) puts comment to my fb status about Candy Crush... Huh! Makan dalam sungguh komen tu, tapi ia lebih kepada sebiji penampar yang dilepaskan ke pipi. Baru tau nak sedar diri...


Then ada another friend yang post link ni kat fb, 13 Dissapointing Facts about Candy Crush. Nah! Pi baca kat
  SINI
For the time being, masih main CC, selagi dia tak affected hidup sangat... kalau dah hay wire nanti, pandai2 ler saya hentikannya...

Photobucket

Friday, October 11, 2013

MAK...



Hari ni, kawan mak merangkap sepupu mak, Ngah Besah... mai jengok mak. Macam dipanggil-panggil, sebab mak memang selalu sebut Ngah Besah bila terkenang zaman dulu2. Sedih pulak tengok mak dengan Ngah besar menangis. Ya lah, syahdu bila berjumpa dah tua-tua dan teringat kawan-kawan depa yang dah kembali ke hadhratNya.

Hari ni jugak, dapat tahu yang mak tua dua tahun dari umur yang tercatat kat IC. Biasalah... dlu2, bila lepas merdeka, nak daftar, depa main teka jer beranak tahun berapa. Rupanya memori Ngah Besah masih kuat. Dia kata dia beranak tahun 33 sama dengan mak. Kawin pun selang seminggu dengan mak...

Lepas tu, sakit perut gelakkan kenakalan Ngah Besah masa kawan dengan mak dulu2. Ngah Besah ni kahak ( bahasa penang yang maksudnya cam ganas la aka ghempang) dialah kaki panjat pokok, terjun lubang dan macam macam lagi...

Dan saya tau, rupanya mak saya ni, memang versi lemah lembut sejak dulu... heran! Pasaipa anak dia tak lagu tu?


Photobucket

Wednesday, October 2, 2013

SAHABAT



Sahabat,
Kadang-kadang aku mahu dakap kalian erat-erat
Peluk kalian ketat-ketat
Mahu ajak kalian bermain lompat-lompat,
Berlari riang mengejar rerama,
Bagai zaman kita jadi anak sekolah,
Kerana yang meneman kita waktu itu,
Hanya ketawa,
Gembira,
Dan bahagia.

Selama ini aku terlupa mahu mengungkap,
Rasa kebertuahan itu,
Kerana dalam perjalanan yang ditemani kalian
Kita zahirkan tawa ketika gembira,
Dan ketika rebah dalam berjuang… kita bangun semula
Juga mana mungkin aku lupa,
Usapan jemari lembut yang menyapu airmata
Di kala kita sedih dan kecewa

Masa berlalu
Aku bagaikan tersedar
Dalam kedewasaan,
Hati kita tidak seputih semalam,
Tawa kita kadang-kadang jadi sumbang,
Walau irama berlagu yang sama… tari kita berbeda,
Aku menangis cengeng
pada perkara yang kalian anggap mudah
dan aku ketawa berdekah,
pada perkara yang buatkan kalian resah

Maafkan aku…
aku mahu pergi sebentar,
mahu menyendiri
bukan kerana aku tidak sayang lagi,
bukan juga kerana benci atau sakit hati..
sekadar mahu bermuhasabah diri
yang jahil
dan kurang serba serbi…

Moga di saat aku kembali…
Kita masih bisa bernyanyi lagu yang sama,
Menari dalam rentak yang serupa,
Aku mahu kita berpimpin tangan sambil berlari
Dan ketawa mengejar pelangi…
Photobucket
awesome comments