Sahabat,
Kadang-kadang aku mahu dakap kalian erat-erat
Peluk kalian ketat-ketat
Mahu ajak kalian
bermain lompat-lompat,
Berlari riang mengejar rerama,
Bagai zaman kita jadi anak sekolah,
Kerana yang
meneman kita waktu
itu,
Hanya ketawa,
Gembira,
Dan
bahagia.
Selama ini aku terlupa mahu mengungkap,
Rasa kebertuahan itu,
Kerana dalam perjalanan yang
ditemani kalian
Kita zahirkan tawa ketika gembira,
Dan ketika rebah dalam berjuang… kita bangun semula
Juga mana mungkin aku lupa,
Usapan jemari lembut yang menyapu airmata
Di kala kita sedih dan kecewa
Masa berlalu…
Aku bagaikan tersedar…
Dalam kedewasaan,
Hati kita tidak seputih semalam,
Tawa kita kadang-kadang jadi sumbang,
Walau irama berlagu yang sama… tari kita berbeda,
Aku menangis cengeng
pada perkara yang kalian anggap
mudah
dan aku ketawa berdekah,
pada perkara yang
buatkan kalian
resah
Maafkan aku…
aku mahu pergi sebentar,
mahu menyendiri…
bukan kerana aku tidak sayang lagi,
bukan juga kerana benci atau sakit hati..
sekadar mahu bermuhasabah diri
yang jahil
dan kurang serba serbi…
Moga di saat aku kembali…
Kita masih bisa bernyanyi lagu yang sama,
Menari dalam rentak yang serupa,
Aku mahu kita berpimpin tangan sambil berlari
Dan ketawa mengejar pelangi…
No comments:
Post a Comment