A scribble of my mind and heart.....

Saturday, November 9, 2013

SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR

Hujung minggu lepas, saya ke Shah Alam selepas beberapa bulan tak ke sana. Kali ni, saya hantar Kak Ani balik. Sambil-sambil tu, saya minta tolong Ris bawa saya pusing2 Shah Alam buat side seeing lokasi nak dimasukkan ke dalam novel. Maka sambil menyelam, saya minum air.

As usual, ke mana saya pi, saya tak dapat nak dipisahkan dengan kucing. Kat belakang rumah Kak Ani banyak kucing yang dia bagi makan aje, tak bela pun. Diapun macam saya... kesian tengok kucing lapar tak makan. Kebetulan kibbles dah abis... pegi beli dekat kedai mamak dekat Petronas tu dan balik jer... terus bagi makan...





Terlalu lapar, sampai masuk dalam bekas makanan... hehe

Hari Sabtu yang sampai tu, tak pi mana2. Lepak jer kat umah Kak Ani. Hari kedua barulah Ris mai ambik untuk melawat kawasan. Ni lagi sorang hantu kucing. Dia bela 60 ekor kucing... yang kalau saya, memang surrender awai2 lagi. Yang 16 ekor kat umah tupun, kadang2 rasa macam nak nanges jer bila depa buat perangai kencing merata. Kadang2 rasa kesian dekat mak dengan Kak Mun sebab kena tolerate dengan kesukaan saya ni ( lebih kepada tak sampai hati sebenarnya bila tengok anak kucing kena buang... tu yang saya kutip tu...)

Okay, berbalik kepada Ris, Si Pencinta kucing yang sangat2 tabah ini, sempat juga saya snap gambar dash board kereta dia. Bukan takad dash board sebenarnya.... apa2 saja yang dia ada, mostly akan berkisar tentang kucing.



Kat dalam keretapun, ada imej kucing...


Lepas tu barulah cari lokasi untuk novel. Semuanya dah ada dalam kepala... cuma nak dapatkan perincian yang lebih detail tentang sesuatu tempat...

Ini lokasi Mizi kena bunuh dengan orang jahat tu... lepas kena bunuh, dia terjatuh dalam tasik kecil ni

PANDORA, lokasi Nurin claim hadiah harijadi dari ayahnya dan di sinilah dia bertemu Akmal. Akmal pula  yakin dia tahu sesuatu tentang Karno...

Dekat bangku inilah April dan Ti'ah berhenti berjoging dan bercerita tentang Nurin dan majlis harijadinya... dan di sini juga tanpa sedar, gelagat mereka diperhatikan  oleh seorang lelaki...

Nurin makan dengan Tok Ayah Kasim kat sini. Di sini, Tok Ayah Kasim beri gambar mama Nurin dan itu kali pertama dia menatap wajah ibu kandungnya...

Suruh juga Ris drive melalui Seksyen 8, Shah Alam. Kawasan rumah besar2 tu. Kononnya Teratak Nur Karmila (TNK) tu, lokasinya dekat2 situ la. Yang ni saya imagine jer. Tak bulehlah nak ambik perincian rumah kat situ, karang kena saman baru tau! Dan macam yang saya gambarkan jarak dari TNK ke taman rekreasi tu... tak adalah jauh sangat. Sesuai le dengan cerita yang saya tulis.


Masa ke Klang ke kedai Ris, terjumpa stray cat yang luka perutnya sampai nampak isi. Sempat juga Ris beri makanan sebab dia memang jenis yang ada jer bekalan makanan kucing dalan kereta.

Makan dengan lahapnya... hari ni dia ada rezeki, harap2 tiap2 hari... ada jer orang akan kesiankan dia...

Lepas habih side seeing, kami bertolak ke Putrajaya, melawat Baliz dekat Hospital Putrajaya. She has to undergo laparostomy... moga dipermudahkan untuk Baliz. Dari lawat Baliz kami pi makan makanan Arab. Then off to rumah Kokna kat Bandar Baru Bangi...

Sebelum balik, hari senin tu, makan dengan Nabilah dekat The Tea Pot Deli kat tingkat 3 SACC, terlupa nak snap gambar sebab sibuk bersembang.... Pernak makan kat sini sekali, dengan Kak Saedah masa nak pi seminar tahun lepas...kalau nak baca, klik kat SINI, Tea Pot Deli


Hari Selasa, balik kampung. Sempat singgah di RnR baru, Agromall Mydin tu. Pernah makan moi sup kat sini dan sangat sedap. So hari ni, ajak Kak Arah makan kat sini. Dia makan Bubur Bakso... terus jer puji melambong kata sedap... So, sapa2 melalui LRUS bila sampai Ipoh, boleh singgah dan cuba makan... dekat gerai yang bertulis Mee & Sup.

Dah makan separuh, baru teringat nak snap gambar...

So tu jerlah ceritanya kali ni.... harap2 dapat pi lagi, tapi macam tak boleh jer....
Photobucket

No comments:

awesome comments