A scribble of my mind and heart.....

Saturday, May 16, 2015

SAYA SUKA MENULIS...


Saya suka menulis. Menulis dari hati dan seboleh mungkin cuba mengelak dari melukakan hati orang lain dengan tulisan saya. Dalam berusaha itu... ada juga yang terasa...

Sedih! Sedih bukan sebab marahkan orang yang terasa tu. Sedih sebab dalam berjaga-jaga... saya masih melukakan hati orang.

Saya menulis berdasarkan apa yang saya dengar dan pandangan saya mengenai isu itu. Saya hanya membuat perbandingan tentang bagaimana, walau apapun yang kita cuba lakukan, manusia akan tetap menghukum mengikut pandangan mereka sendiri.

Tidak pernah berniat untuk memperkecilkan sesiapa...

Kepada yang terasa, saya mohon maaf dengan sejujur dan seikhlas hati. Mohon diterima...

Mungkin saya lebih perlu berhati-hati selepas ini....

Photobucket

Monday, March 16, 2015

CERITA SYUHADA


CERITA 1: AYAT POWER TADIKA

Baru nak masuk 4 tahun. Tapi sebab tadika Kemas tu sebelah rumah saja. Mama dia hantar pi juga. Lepas beberapa minggu pi, dia balik cerita... tapi tak ingat dia cerita kat sapa...
Kata dia, ada sorang budak lelaki cakap, "dalam semua2 budak perempuan... rambut awak yang paling cantik sekali."

Amboi... budak tadika dah pandai keluarkan statement ayat power...

CERITA 2 : DAH BESAQ PUN, NANGIS LAGI!

Hari Ahad lepas, Syuhada ikut Tok Tam, Tok Ndak dan Tok Ah pi rumah Tok Cik ( arwah Adik Ma). Pi dua biji kereta sebab Tok Tam nak kena hantar dan ambik kucing kat Vet di Kulim. Syuhada, Tok Ndak dan Tok Ah pi dulu rumah Tok Cik, Tok Tam akan menyusul kemudian.

Tapi sebab ramai orang, Tok Tam habis urusan kat Vet tu lambat. Bila sampai rumah Tok Cik, depa dah kona kereta nak balik. Jadi Tok Tam pun balik jugalah...

Setiap kali pi rumah Tok Cik lepas Tok Cik meninggal, without fail Tok Tam akan nangis dalam kereta masa balik. Bukan tak terima hakikat Tok Cik dah tak ada... tapi rasa sedih tu mai sendiri sebab dulu2 kalau pi rumah Tok Cik, sihat tak sihat... without fail, Tok Cik akan keluar hantar dan lambai sampai kami hilang di pandangan. Macam terbayang lagi semua tu...

Hari Ahad lepas tu, bila sampai jer kat rumah. Syuhada keluar dari kereta dan lari mai kat kereta Tok Tam. Excited nak bagitau apa tah...

Syuhada : Tok Tam... apalah Tok Ndah tu, tadi adik tengok dia teyak.

Tok Tam : Hah! Tok Ndah teyak? ( Dia tak tau Tok Tam dia pun teyak jugak). Adik tengok kat mana?

Syuhada : Kat umah Tok Cik. Apalah Tok Ndak ni... dah besaq pun teyak lagi. (Dia tepuk dahi)

CERITA 3: BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN.

Hari Ahad lepas juga. Masa Alang O'aa dan Tok Njang mai rumah... Sejak Syuhada pi taska Kemas kat sebelah rumah tu, selalu usik nak pi sekolah dengan dia.

Tok Tam : Adik, nanti tanya cikgu nah... Alang O'aa dan Tok Tam nak pi sekolah adik boleh dak?

Syuhada : Tok Tam tu dah tinggi, mana buleh pi! ( marah)

Alang Oaa : Kalau Tok Tam dengan Alang pi, kami nak duduk sebelah budak lelaki.

Syuhada : Mana buleh! Budak lelaki dengan budak pompuan tak buleh dok skali, ( siap aksi tangan dan terbuntang mata).

Tok Tam : Tapi Tok Tam dan Alang O'aa kan lelaki.

Syuhada diam. Tengah fikir agaknya nak cakap apa...

Syuhada : Tu yang dok pakai tudung tu... bukan orang pompuan ka?

Tok tam : Tu yang adik tak pakai tudung tu... adik tu lelaki ka?

Dia diam lama... mencari idea...

Syuhada : Tapi adik kadang2 pakai tudung juga kan...

:: Hmm... berhubung juga sel2 otak dia...


Photobucket

Saturday, February 28, 2015

ADIK MA SUDAH TIADA

Bismillah Hirrahma Nirrahim

Dari Allah dia datang, kepada Allah jua... dia kembali...

Adik yang saya kasih sudah kembali menemui Penciptanya 80 hari selepas pemergian emak tercinta. Tak ada kata yang dapat menggambarkan kesedihan apabila kehilangan dua orang terdekat dalam hidup saya dalam tempoh masa yang terlalu dekat... seperti separuh dari semangat saya dibawa pergi bersama perginya mereka...

Adik Ma dan suami, pada raya tahun lepas...

Namun saya redha. Sebagai Muslim, saya yakin dan percaya pada kuasa dan ketentuan Allah Yang Maha Esa. Dan percaya yang setiap yang hidup... pasti akan menghadapi matinya. Siapalah kita manusia untuk mempersoalkan setiap takdir Allah.

Semoga segala ibadah, amalan dan kebajikan yang dilakukan arwah diterima Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di dalam syurga Firdaus.


Terkenang...

Kenangan terawal saya dengannya saya kira sekitar usia saya 4-5 tahun. Masih ingat berbalam-balam imej ketika saya cuba melangkah bendul rumah ke arah buaian adik Ma di ruang tengah. Ya... dia adik yang lahir 2 tahun lebih muda dari usia saya...

Kami membesar bersama. Melalui zaman kanak-kanak macam dua orang sahabat baik. Explore segala permainan dan ceruk belukar di kampung. Tolong ayah dan mak dengan binatang peliharaan, menoreh dan ke bendang...

Kemudian, melalui zaman remaja bersama. Saya masuk hostel SGGS, dia ikut 2 tahun lepas tu. Kemudian tu, dia ke STSSS, saya pun ikut buat matrik di sana. Banyak yang kami share bersama. Kebanyakan kawan-kawan dia, juga menjadi kawan-kawan saya...

Dan dalam proses tu, saya baru teringat sesuatu yang saya tak pernah terfikir kepentingannya sehinggalah dia pergi mendahului semua orang. Kami pernah berbual tentang mati sekitar umur menginjak ke usia 20an... Ini perbualan yang terjadi some 20 years ago... lebih kurang begini bunyinya...

Adik Ma : Tam! Hang tau dak, aku selalu doa...
Saya : Doa apa?
Adik Ma : Doa yang kalau boleh... aku nak mati dulu dari semua orang.
Saya : Haish! Apa pulak doa lagu tu...
Adik Ma : Sebab aku tak sanggup nak lalui kehilangan semua orang. Aku tak boleh bayang macam mana nak berdepan dengan kematian ahli keluarga yang aku sayang.

Dia beri saya idea untuk meminta yang serupa. Lepas perbualan tu, saya juga kadang-kadang meminta, kalau boleh... mahu mendahului ahli keluarga yang lain. Tapi nampaknya.... Allah dah makhbulkan doa Adik Ma... dia pergi mendahului semua orang... dan sampai hari ini, mata asyik basah setiap kali terkenang dia.

Dia sudah pergi... tetapi ingatan terhadapnya, akan kekal di hati dan minda sampai bila-bila...

Al Fatehah untuk adik Ma... Noor Azmaliza Binti Haji Sidik. Semoga tempat persemadian sementara itu menjadi taman-taman syurga yang mendamaikan untukmu...


"When someone you love become memory. The memory becomes a treasure."

Photobucket

Friday, January 9, 2015

NOVEL KE 2 : NO 23 SUDAH TERBIT.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah! Selepas 2 tahun, saya berjaya siapkan novel kedua. Kali ini, bertajuk 'NO 23'. Dan seperti Bougainvillea, novel pertama... yang kedua masih bertemakan mystery-thriller with sub Police Procedural. Schedule to release bulan Jan 2015, tapi bulan Dec dah ada pre print untuk Pesta Buku 1M.

Jom tengok cover...


Untuk tahu lebih lanjut mengenai cerita ni, boleh lawat blog penulisan saya di DI BAWAH REDUP BOUGAINVILLEA. ( Klik kat  nama blog tu). Kat situ ada bab 1 hingga 10. Cukup untuk dapat gambaran tentang cerita yang cuba saya garapkan.

Kat bawah ni saya share komen beberapa orang yang sudah baca. Tak adalah niat nak rasa hebat sangat sebab ada orang suka. ( Harap2 tak ada yang fikir macam tu). Saya sedar... saya tak boleh memuaskan hati semua orang. Lagipun pilihan genre berbeza secara individual. Harapan saya, mungkin komen tu nanti boleh dibuat guideline untuk rasa nak beli tapi tak pasti. Ia memuaskan hati yang sudah membaca dan Insya-Allah, dengan izin-Nya... ia boleh memuaskan hati pembaca lain juga.

Komen 1 
Dari Kak Yah, orang penting JS.


Komen 2
Dari Norzaidah Ieda, orang Selangor ni...


Komen 3
Dari Wan Amalyn. Rumah dia kat USJ... hehe






Komen 4
Komen dari June. June dah baca Bougainvillea... sebab tu dia cari NO 23. Kami pernah jumpa kat pesta buku tau...



Komen 5
Dari ex-school mate...



Komen 6
Komen dari Dr Isma. Dia yang tolong fikir nama Luvphoria Nursing Home tu... dan tempat saya rujuk hal2 psikiatri. Ni Psychiatrist in the making... Tapi dia tak post kat wall. Main inbox jer komen ni... pemalu doktor ni. Saya blanko kaler orange tu sebab ayat tu ada klu tentang ending cerita.



Komen 7
Dari tokeh nasi dekat tempat kerja saya. Kalau pi beli nasi jer, mesti dia tanya bila novel nak siap. Alhamdulillah dia suka.


Komen 8
Ini dari kawan se uni, Piko. Excited punya pasal, dia komen dua kali...




Komen 9
Ini kawan baik. Setia support keinginan saya menulis buku sejak saya tulis dalam blog aje. Terima kasih Kak Chik. Komen respon kepada pos Piko tadi


Komen 10
Ini dari Zulaiha Zie, junior sekolah merangkap Inspektor Sahab jugak. Saya banyak refer tentang hal kepolisan dengan dia...



Okey. Itulah antara komennya. Sepuluh cukuplah ye.. ( macam ada banyak lagi konon!). jadi kepada pembaca yang terasa was-was, harap2 tahap was2 dah bertukar yakin. Untuk yang tak mahu pandang, mungkin boleh pasang niat nak beli juga nanti... hehe.

Saya sudahi pos dengan gambar di bawah ni. Sekali lagi, karya ni, semestinya ada kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Semoga kelemahan itu tidak mencacatkan cerita dan mengganggu tumpuan pembacaan...


Sudi-sudikanlah membacanya kepada yang masih tertanya-tanya tentang isinya...

Remember! Easy reading, is damn hard writing! - Nathaniel Hawthorne.
Photobucket
awesome comments