A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, December 23, 2009

KENE RAGUT


Lately...banyak nor kes ragut, alhamdulillah so far belum pernah menjadi mangsa (tapi penah jadi mangsa samun dalam kedai...heee...trauma)...so, kene selalu peka dan berhati-hati. Dua tiga hari lepas...ada kawan aku ( lets call her Dr. N ) bercerita pengalamannya kene ragut semasa masuk ke kereta yang diparkir.

Menurut Dr. N ...dia memang jenis yang berhati-hati, bila masuk kereta...handbag tak pernah letak atas passenger sit, tapi kat lantai kereta. Sedang nak start injin, ada satu motobike berenti betul2 kat belakang kereta...so, dia tak boleh keluar. Suddenly one of the man, mai ke sebelah passenger sit, ketuk cermin kereta kasi pecah dan cuba nak capai handbag tapi he was a 'lilbit' tekejut sebab takder bag kat situ.

Disebabkan terlalu marah coz tak der handbag kat situ, dia membongkok separuh badan masuk melalui tingkap yang pecah sambil cuba mencederakan Dr. N dengan helmet...dan Dr. N pulak cuba melawan sambil menjerit dan membunyikan hon kereta. Tapi yang sedihnyer, selama dok bergelut tu...tak ada sorang pun yang cuba memberikan pertolongan. Menurut Dr N, ada restoran dekat dengan tempat kejadian dan ada dua tiga orang lelaki yang sedang duduk berbual seolah-olah tak ada apa2 yang terjadi. Ada juga patientnya bersama keluarga yang cuma berdiri dan cuma memerhatikan insiden tu.

Semasa bergelut tu...agaknya lelaki tadi terpandang handbag yang tersembunyi kat bawah sit kereta dan terus mencapainya, berlaku tarik menarik dengan Dr. N...hinggalah suddenly lelaki tu keluarkan senjata tajam. Dr. N terpaksa mengalah dan melepaskan handbag dan lelaki tadi terus berlari ke motorbike yang sedia menanti.

Menurut Dr N...frust betul dia dengan sikap masyarakat kita sekarang, kalau ada yang menolong tadi tentu tindakan peragut tadi dapat dipatahkan. Bila peragut dah berlalu baru ler lelaki kat restoran tadi datang menjenguk....bila ditanya samada depa sedar ker tak insiden tadi....jawapan depa ialah ' ingatkan bergaduh dengan boyfren'.....

Agaknya orang2 yang cuma memandang tu takut kalau depa cuba menolong, depa akan dicederakan macam yang pernah dilaporkan dalam newspaper. Tapi kalau dibiarkan macam kes Dr. N peragut akan bermaharajalela kerana tahu tak ada yang berani menghalang perbuatan mereka. Bila Dr N ke Balai Polis membuat laporan....pihak Polis bagitau, dalam sehari sahaja dah empat kes ragut, dengan modul operandi yang sama di area tersebut.

Bila dengar Dr N bercerita tu, ada jugak yang tanya dia sebab apa tak reverse jer kereta tu dan langgar jer another guy yang dok menghalang perjalanan tu. Tapi Kata Dr N, dia dah tanya lawyer, if dia buat macam tu dan orang yang dilanggar tu mati....tak kisah ler samada dia nak mempertahankan diri, dia tetap akan didapati bersalah....Hmmm...payah jugak yer! Kadang2 bila dengar orang melaluinya kita suggest itu ini...kalau kita yang kena baru kita tau, tak akan terfikir nak buat apa pun....

4 comments:

Watierman said...

Memang mengerikan dengan kadar jenayah yg semakin meningkat kan???..Moga kita semua dijauhkan dari musibah yang seumpamanya!!! Amin!

Adik Mawar sihat ke???lama Akak tak jenguk sini...tak sempat le Dik!!!

Packy @ Mawar Merah said...

Betul ler Kak Watie..menakutkan, there is no safe place...kene sentiasa beringat...baca ayat Kursi dan bertawakkal kepada Allah setiap kali nak melangkah keluar....insyallah selamat.

Saya ok2 jer kak...tu larr kak watie sibuk memasak sampai kene domestic accident..., tangan dah ok ker? anyway take care!

3AS said...

Dr N tu jiran sebelah ka? Kesian kat dia. Tu la seriau la kita dok bawak duit collection merata. Kat taman kami lak makin berleluasa kes pecah rumah. Masuk time org tidoq...

Packy @ Mawar Merah said...

Betul larr Zura, malam2 dok balik tu ghisau jugak. Nak tinggal kat kedai pun salah, nak bawa balik pun salah...semuanya serba salah.

Selalu sebelum kuar kedai baca ayat kursi ngan ayat dari surah Yassin tu, Zuraida bgtau. So far Alhamdulillah....

awesome comments