A scribble of my mind and heart.....

Saturday, December 19, 2009

WANG HANTARAN

Anah...sewaktu umurnya 5 atau 6 tahun, Abang Cik,
Izuan (dia dah bagi aku cucu) dan Ikram


Hee...jangan suspen dengan 'title' post aku kali ni....itu tidak bermakna ada perubahan akan terjadi dalam hidup aku, status aku masih sama....sampai bila?..soalan yang tak perlu ditanya, dijawab dan difikirkan. Kalau ada gak yang masik tak serik2 nak tanya...siap, aku te' pala mu (marah versi kelate). Saja aku nak menulis tentang wang hantaran ni sebab didalam dua bulan kebelakangan ni, ada dua orang anak saudara aku yang melangsungkan pertunangan.

Penghujung November, Dik Lan bertunang dengan jiran sekampung, tunangnya sedang menuntut di dalam tingkatan 6, anak sedara aku pulak Posmen. Bila perbincangan untuk menetapkan wang hantaran, pihak perempuan menetapkan wang hantaran sebanyak RM 8800.00++ on the dot, no discount....hee, ganas bunyinyer. So disebabkan Dik Lan dah mmg asyik maksyuk bercinta, jadi kami pun bersetuju. Zaman sekarang...aku rasa ler, RM 8000.00 tu cam dah jadi sebutharga yang normal...maklum ler harga barang melambung tinggi, so wang hantaran turut melambung jugak.

Minggu lepas pulak anak sedara aku yang pompuan, Anah turut melangsungkan pertunangannya. Anah ni ada degree dan sudah bertugas sebagai seorang guru di selatan tanahair. Bakal tunang Anah...awal2 lagi dah bagitau yang dia sanggup hingga RM 10 000.00 jer. Bila ditanya oleh pihak lelaki tentang wang hantaran, abang ipar aku tetapkan RM 8600.00++...alasannya dia bukan nak menjual anak dan kasihankan bakal tunang Anah yang merupakan anak yatim...dan tak mahu membebankan pihak lelaki.

Sebenarnya di dalam kedua-dua situasi kat atas, ada ler muncul berbagai komen tentang wang hantaran yang ditetapkan. Dalam kes Dik Lan misalnya...ramai yang mempertikaikan dan mengatakan terlalu mahal dan membebankan jika diukur dengan tahap pendidikan pihak perempuan dan pekerjaan pihak lelaki. Dan untuk kes Anah pulak ada yang tidak berpuas hati kerana kata mereka, patutlah dinaikkan kerana Anah sudah bekerja dan bakal tunangnya juga bekerja di bidang yang sama...

Susah jugak yer, nak memuaskan hati semua orang...kerana pandangan setiap orang terhadap sesuatu memang berbeza. Pihak perempuan misalnya, bukan mudah nak menyerahkan anak yang dipelihara dari kecil kepada oang lain yang kita tak pasti, samada akan mampu menjaga anak kita sebaik mungkin. Kalau dapat yang baik alhamdulillah...kalau dapat yang kaki pukul atau kaki dera? Itu belum termasuk persiapan kawin yang perlu disediakan, yang pasti akan mencecah ribuan ringgit....

Bagi pihak lelaki pulak...kalau pendapatan ala kadar, setakad cukup untuk diri sendiri, meletakkan wang hantaran terlalu tinggi pastinyer membebankan. Untuk mengumpulkan RM 8000.00 bagi orang yang bergaji bawah seribu sebulan rasanya amat payah...kecuali mengambil pinjaman bank...dan zaman gawat macam nih, berapa kerat bank yang akan bagi pinjaman? Ditakuti nanti disebabkan tak mampu, ada yang mencari jalan mudah yang mengundang zina ataupun menyusahkan diri sendiri dengan meminjam dari Along.

Hmm...yang funnynyer, dalam kami dok bergossip tentang perkara ni, anak saudara aku Nora cakap kat mak dia..." Mak, esok kami nak hantaran...senaskah Al-Quran jer", hahaha...apalagi kakak aku terus marah dan tak setuju. Bila difikir balik, ada ker mak bapak yang begitu tulus hatinya kepada Allah dan telus hati sesama manusia yang akan buat macam tu. Kalu ada...mereka ni adalah orang2 yang memang hati, diri dan kepercayaannya 100% kerana Allah. Walau macamanapun...aku doakan kedua-dua anak saudara aku akan dikurnikan Allah dengan kebahagiaan yang mereka impikan dalam hidup berkeluarga nanti.

8 comments:

terrarosa said...

kat Kelantan sekarang dah dipengaruhi adat luar , macam dalam bertunang pun hantaran lebih dari sepuloh, bakal pengantin pun dah mula pakai sedondong, 'sisa' = cenderahati pun ada....
bayangkan bila masa kawin nanti,

errrr RM8K++ tu harga pasaran semasa ke ? hahahahaaaaa.....
entahlar, orang tua sekarang pun dah tak macam orang tua dulu - dulu....
mereka lebih takut dan malu pada kata - kata orang bukannya nak ikut saranan agama.

sekadar pendapat dari orang bujang :P

Packy @ Mawar Merah said...

Terra, 8K tu kat sini budak kampung hingusan pun, asal cantik sikit.. kdg2 sampai figure tu. Tak tau ler kan...heee, kesian anak buah akak yang kebanyakannye lelaki.

pssst...ni pendapat org bujang gak..hehehe

rokiahismail said...

ok..ini pendapat org dah kahwin..hehe..
Kak Packy, memang le sekarang ni benda semua mahal..tapi, tak yah le nak bebankan semua pihak..nak buat kenduri besar2..tgk kemampuan la..anak kita nanti..InsyaAllah..hantaran tu, ikut kemampuan bakal suami..mcm yg mak dia buat..hehe..bg je laa berapa pun..kan dah namanya hadiah..nape nak tetapkan jumlah..

Packy @ Mawar Merah said...

Hee...pendapat org dah kawin yang suatu masa nanti akan kahwinkan anak dare 3 orang. Betul lar Kiah, ikut kemampuan lagi bagus...so sama2 puas hati, yang lelaki tak ler terasa bebannya...yang perempuan pulak ikhlas menerima.

Kiah, maybe tak sampai 20 tahun kut, nak tunggu jemputan dari Kuantan...entah sempat..entah tidak pun tak tau.

faizlily said...

huish, memang saspens tajuk entry kali... ingat kan dah x de geng... hehe..

Packy @ Mawar Merah said...

Kak Faiz...dont worry, u r not going to lose any friend. I'll be around until Allah say so. Either change title or one 6 feet under...heeee...

3AS said...

Anak sedara zura lagi best, hantaran around RM8K gak, dia & tunang pakat top up dlm account bagi cukup RM8K. Hantaran pun masing2 beli sendiri, lps tu tukaq utk digubah. Zaman moden..
Eh, Erra Fazira hantaran quran apa..:D

Packy @ Mawar Merah said...

hahaha....baguih gak berpakat lagu tu, banyak gak orang wat lagu tu. Yer lah...kalau nak pk apa yang nak kira sangat kan, esok2 nak idup sekali gak....hehehe...

Ish...betul ker Erra cuma amek senaskah al-Quran jer??? Hee...rasanya yang tersembunyi dia tak bagitau.

awesome comments