A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, December 22, 2009

NONET DAN MEMORI DULU2

Lately...for the past one week, Nonet ( my cat, yg paling disayang) got a new habit of gone missing in action...kalau pagi dia keluar, dekat maghrib baru balik. Risau jugak sebab, previously semua kucing yang acquired habit camtu...lama2 akan hilang terus, macam Oyen dan Atam dulu2. Orang yang paling risau dan tak senang duduk adalah Mak, kadang2 Mak masuk sampai dalam hutan dekat dusun ayah untuk cari Nonet.

Hari ni pun sama...sampai pukul 6:30 ptg pun tak balik2 lagi...so aku pi cari dia kat hutan, risau gak aku, kat dalam hutan tu...banyak binatang yang dok melengkaq tu, takut pulak Nonet jadi bahan makanan wal ular sawa....na'uzubillah! Puas jugak aku jerit nama dia, but there was no sign of her. Cari Nonet tak dapat...aku snap gambar2 ni, jom layan....

Kolam
Ini gambar kolam ikan tak jadi...pernah abang ipar aku bela ikan kat sini, tapi bila hujan lebat, kolam jadi penuh dan ikan melompat ke dalam bendang yang kat sebelahnya...Hmm..bela ikan modal buluh kasap, hasil tak dapat modal lesap.


Kebota

Dulu2 masa cuma pandai main selut kalau ke bendang, ayah aku bajak tanah dengan kerbau...bila dah besar sikit, teknologi baru dah diterima pakai...ini ler kenderaan bermotor kedua yang ayah ada selepas motor Honda Cup PU 1505 ( aku ingat lagi nombor plat motorbike pertama ayah, masa tu pertengahan 70'an). Tapi Kebota yang dalam gambar ni abang ipar aku punya.


Kulit Kerang

Kalau masa kecik dulu, jumpa kulit kerang macam ni....kaya ler..hahaha... Sebabnya ialah, kalau main pondok2 dengan kawan...kulit kerang ni dibuat duit. Masa tu ada pulak kawan yang jadi tokey kedai...jual sayur2an, kulit jantung pisang tu kalau dipotong jadi daging, kalau yang belum dipotong dan masih terlekat bunga empulur dia...akan dijual sebagai kasut....bila ingat balik, hahaha...funny nyer.


Perigi

Ini perigi lama, yang dah tak digunakan sebagai tempat mandi setelah ada bekalan air paip. Tapi airnya masih disalurkan ke bilik air di luar rumah. Mandi air perigi best sangat sebab ianya sejuk dan nyaman. Dulu2 kalau ayah mandikan kami, bila dia jirus badannya...kami akan berebut duduk kat bawah...air yang membasuh badannya tu ler yang akan membasuh badan kami. kata ayah petua orang dulu2, untuk anak2 dengar kata...kena buat macam tu ler. Agaknya betul kut, sebab kami semua mmg patuh dengan kata2 ayah.


Dah puas snap gambar...I called for Nonet again, suddenly nampak dia melompat-lompat balik dari dalam hutan...sebijik macam cara harimau melompat.

No comments:

awesome comments