Sewaktu mula menulis entry ni, aku dah 50% membaca cerita
JAJA & DIN tulisan
Noor Suraya. Buku yang aku beli kat
PBKL minggu lepas atas recommendation yang sangat kuat dari
Nik Fauziah. Hee...actually, aku dah pernah nampak buku ni kat book store...tapi cover dia macam cerita cinta remaja jer, jadi tak ler menarik minat aku. Tapi bila dengar
Nik mengulas tentang jalan ceritanya yang ada unsur2 tazkirah tu..teringin pulak aku nak membacanya, lagipun kata
Nik...dia ulang sampai 4 - 5 kali, hmmm...kalau
Nik ulang berkali-kali macam tu sure best giler nih.
Hmmm...ini lah pertama kali aku membaca hasil tulisan
Noor Suraya, yang sebelum ni aku tak tau pun kewujudannya. Sebabnya ialah, aku jarang tertarik dengan cerita cintan cintun, aku cuma baca
Ramli Awang Murshid,
Zaifulzaman dan
Abdul Rahim Awang yang lebih kepada cerita2 misteri dan pembunuhan. Tapi lepas dah baca separuh buku ni, aku rasa macam tak mau berenti membaca...aku suka cara cerita diolah, gaya bahasa dan cara penulis bercerita...tambah2 pula ceritanya pulak tentang orang utara, yang kadang2 ditulis percakapannya dalam loghat utara macam
setbot, Loqstaq, gheja dan lain2 lagi lah...buat aku rasa dekat dengan hati aku, macam sedang menonton cerekarama ler pulak.
Sinopsisnya, ( ulasan ikut bahasa aku) ialah cerita tentang
Jaja, sorang gadis yang tak memberatkan solat dan aurat, berpendidikan tinggi dan kerja yang bagus ( sebagai media planner) tetiba jatuh hati dengan ustaz
Din lulusan
Al-Azhar yang bercita-cita hidup zuhud dan menjadi mujahidin. Itupun lepas terpandang gambar
Din sedang berdoa di sisi sebuah pusara. Cerita tentang rasa hati
Jaja dan ekpedisi mencari
Din yang akhirnya di pinang oleh
Jaja. Then cerita bagaiman
Din mentarbiyah
Jaja, dari seorang yang berfikiran moderen, menjadi ikhlas, redha dan zuhud....best, best dan tersangat ler best.
Disamping tu aku suka ayat2 yang
Noor Suraya guna dalam cerita ni macam;
"Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana lampu isyarat....apalagi perhentian."
Dan lagi satu, ada perkara-perkara yang aku selalu gossip dengan adik aku yang juga seorang guru...diselitkan sindirannya dalam novel ni..heee...untuk kawan2 yang bertugas sebagai guru, aku rasa apa yang Noor Suraya tulis ni 90% betul kut...ye tak?
'Di sekolahnya cikgu-cikgu muda sememangnya ada baju yang cantik-cantik macam nak raya. Itu tidak termasuk tudung yang mahal2 fesyen terkini siap dengan barang kemas menjalar di tangan. Biarpun dia hanya mengajar terpencil di Kuala Nerang sahaja pun, bilik guru mereka setanding dengan butik busana Muslimah di Kuala Lumpur dalam kes peragaan fesyen.'
Banyak pengajaran yang boleh dikutip dari buku ni, pandai betul
Noor Suraya selitkan...hinggakan suatu waktu tu, masa baru berenti membaca dan sedang mengadap makan tengahari...terasa bergenang airmata aku, bertanya jugak aku dengan diri sendiri...mampukah aku jadi ikhlas, redha, taat dan zuhud macam
Jaja....terasa sangat kerdil pulak diri aku ni.
Thanks untuk
Nik, sebab telah mempengaruhi aku untuk membaca buku ni...lepas ni aku dah tambah satu lagi koleksi penulis yang aku tak kan lepaskan peluang membaca karyanya. Dan untuk family dan kengkawan aku ( aku nak link entry ni dalam facebook...mempromosi novel ni dan juga pengajaran2 yang boleh dikutip dari sini kat kawan2)...pi ler cari buku ni dan baca, korang tak kan menyesal.....