A scribble of my mind and heart.....

Friday, March 26, 2010

BUKU: Jaja Dan Din

Sewaktu mula menulis entry ni, aku dah 50% membaca cerita JAJA & DIN tulisan Noor Suraya. Buku yang aku beli kat PBKL minggu lepas atas recommendation yang sangat kuat dari Nik Fauziah. Hee...actually, aku dah pernah nampak buku ni kat book store...tapi cover dia macam cerita cinta remaja jer, jadi tak ler menarik minat aku. Tapi bila dengar Nik mengulas tentang jalan ceritanya yang ada unsur2 tazkirah tu..teringin pulak aku nak membacanya, lagipun kata Nik...dia ulang sampai 4 - 5 kali, hmmm...kalau Nik ulang berkali-kali macam tu sure best giler nih.

Hmmm...ini lah pertama kali aku membaca hasil tulisan Noor Suraya, yang sebelum ni aku tak tau pun kewujudannya. Sebabnya ialah, aku jarang tertarik dengan cerita cintan cintun, aku cuma baca Ramli Awang Murshid, Zaifulzaman dan Abdul Rahim Awang yang lebih kepada cerita2 misteri dan pembunuhan. Tapi lepas dah baca separuh buku ni, aku rasa macam tak mau berenti membaca...aku suka cara cerita diolah, gaya bahasa dan cara penulis bercerita...tambah2 pula ceritanya pulak tentang orang utara, yang kadang2 ditulis percakapannya dalam loghat utara macam setbot, Loqstaq, gheja dan lain2 lagi lah...buat aku rasa dekat dengan hati aku, macam sedang menonton cerekarama ler pulak.

Sinopsisnya, ( ulasan ikut bahasa aku) ialah cerita tentang Jaja, sorang gadis yang tak memberatkan solat dan aurat, berpendidikan tinggi dan kerja yang bagus ( sebagai media planner) tetiba jatuh hati dengan ustaz Din lulusan Al-Azhar yang bercita-cita hidup zuhud dan menjadi mujahidin. Itupun lepas terpandang gambar Din sedang berdoa di sisi sebuah pusara. Cerita tentang rasa hati Jaja dan ekpedisi mencari Din yang akhirnya di pinang oleh Jaja. Then cerita bagaiman Din mentarbiyah Jaja, dari seorang yang berfikiran moderen, menjadi ikhlas, redha dan zuhud....best, best dan tersangat ler best.

Disamping tu aku suka ayat2 yang Noor Suraya guna dalam cerita ni macam;

"Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana lampu isyarat....apalagi perhentian."

Dan lagi satu, ada perkara-perkara yang aku selalu gossip dengan adik aku yang juga seorang guru...diselitkan sindirannya dalam novel ni..heee...untuk kawan2 yang bertugas sebagai guru, aku rasa apa yang Noor Suraya tulis ni 90% betul kut...ye tak?

'Di sekolahnya cikgu-cikgu muda sememangnya ada baju yang cantik-cantik macam nak raya. Itu tidak termasuk tudung yang mahal2 fesyen terkini siap dengan barang kemas menjalar di tangan. Biarpun dia hanya mengajar terpencil di Kuala Nerang sahaja pun, bilik guru mereka setanding dengan butik busana Muslimah di Kuala Lumpur dalam kes peragaan fesyen.'

Banyak pengajaran yang boleh dikutip dari buku ni, pandai betul Noor Suraya selitkan...hinggakan suatu waktu tu, masa baru berenti membaca dan sedang mengadap makan tengahari...terasa bergenang airmata aku, bertanya jugak aku dengan diri sendiri...mampukah aku jadi ikhlas, redha, taat dan zuhud macam Jaja....terasa sangat kerdil pulak diri aku ni.

Thanks untuk Nik, sebab telah mempengaruhi aku untuk membaca buku ni...lepas ni aku dah tambah satu lagi koleksi penulis yang aku tak kan lepaskan peluang membaca karyanya. Dan untuk family dan kengkawan aku ( aku nak link entry ni dalam facebook...mempromosi novel ni dan juga pengajaran2 yang boleh dikutip dari sini kat kawan2)...pi ler cari buku ni dan baca, korang tak kan menyesal.....

4 comments:

terrarosa said...

salam kak mawar ,
saya ada terpandang Novel ini dekat buku yang dipromosikan oleh Popular, depan kaunter lagi... tiba -tiba saya teringatkan tajuk entri kak Mawar...

hahahaaa... rugi tak beli semalam , tapi kalu setakat KBMall, hari ni pun saya buleh gi beli , saya tengah cuti panjang ni...
tenkiu for the info :)

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Terrarosa,

Hee...tu baru baca N3 kak, kalau dengar Nik mengulas..terus rasa cam nak lari pi kedai buku la tu jugak...hahaha....belilah..dijamin memuaskan...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
haaa. kan org dah kata, ni WAJIB BACA!
but glad to know akak suka buku nih mcm nik sukakannya..
hmmm..boleh ke kita jd mcm Jaja kan kak?

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Nik,
Sori tak ctc Nik masa pi PBKL haritu..takut tak dapat memenuhi janji...so tak nak berjanji. Tapi Kak memang suka buku nie...sarat dengan tazkirah.

Jadi macam 'Jaja'?...entah ler, dapat jumpa orang macam 'Ustaz Din' pun belum tentu..kalau jumpa boleh pi pinang macam Jaja buat..hahaha. Tu pun belum tentu boleh jadi ikhlas dan redha macam Jaja.

awesome comments