A scribble of my mind and heart.....
Tuesday, September 28, 2010
DAMIRAL'S OPEN HOUSE
Ini Damiral's Grill, located in Bandar Perda, BM. Kalau orang Permatang Pauh, BM dan kawasan sekitar...rasanya dah tau kut. Kalau tak tau lagi...boleh ler pi cuba makan kat sini, gerenti puas hati dengan makanan dan layanannya.
Hari ahad ( 26 okt) aku dijemput ke open house di sini ( open shop la kut..hehe). Ownernya Ellyshavana and wife, Zuraida ( also a Pharmacist), kira kenal sejak sama2 dok join bisnes la. The food was superb...semua Elly masak sendiri, surely sedap lah. Jumpa Zuera ( blogger my sweet princesses) and Hubby kat sana.
So..bagi Penangites yang belum pernah cuba, boleh ler pi cuba. To anybody who stays outside Penang and happen to be in Penang...may be boleh cari Damiral's Grill. Makanan sedap, gerenti halal dan layanan hebat...yang paling penting, semua food kat sini dimasak sendiri oleh chef yang merangkap ownernya, Encik Ellyshavana ( really hope I spell his name correctly).
Monday, September 27, 2010
OPEN HOUSE...
Got an invitation from Bani, dia buat open house untuk staff and friends kat umah dia di Relau, Penang. So decide nak pi dengan Lin, Masni and Ida. Macam biasa la, kalau ada agenda kat Penang, akan pi pick Masni dulu kat kuartes Polis, Ait Itam...then baru ler head to the destination. This is the 2nd time pi umah Bani, sesat jugak...ingatkan boleh ingat jalannya.
Kat sana jumpa Zidah dan Norliza Wan Chik, depa ni 'budak luar'. Yang funnynyer bila refer depa sebagai 'budak luar', si Liza kata..."awat dok kata budak luaq..ingat kami pendatang ka", hahaha...nak wat camno...dah terbisa refer student yang tak dok hostel sebagai 'budak luar'.
Dari awai, memang simpan perut supaya kosong...so, boleh ler makan banyak. Ada masak kambing plus macaroni, nasi beriani, satay dan banyak lagi lah...sampai tak termakan.
Visit Salina
Lepas habis agenda kat rumah Bani, ikut Zidah dan Liza pi visit Salina yang tak berapa sihat. Dah kena buat transplant paru2 sebagai the last choice, dan costnya mencapai RM 100 000. Then prognosisnya is not 100% success, sometime in the process of healing, kena berkampung kat IJN untuk few month. Futhermore, Salina ada anak OKU yang berumur 6 tahun, tapi physicalnya macam budak umur 4 tahun....but very smart actually. So, dia decide not to do it.
Ini Afiq, anak Salina, walaupun macam yang aku cakap tadi, he is very well behave, a very discipline kid...apa dia ambik, dia akan simpan di tempat yang betul semula. Yang aku terharu tu, makan biskut raya, siap tadah tangan kat bawah mulut, tak nak jatuhnya cookies powder dan kotorkan rumah mak dia....
Walaupun serba kekurangan, tapi dia smart...no wonder Salina tak sanggup nak tinggalkan dia. Kata Salina, duit yang digunakan untuk pembedahan tu, might as well digunakan untuk kebajikan Afiq. Naluri hati seorang ibu itu sentiasa melebihkan anak2nya dari diri sendiri.
Kadang2 kita rasa kita kekurangan itu dan ini, gagal dapatkan apa yang kita inginkan dalam hidup dan lupa untuk bersyukur. Bila kita pandang sekeliling dan menyelami masalah orang lain, baru kita tersedar...sebenarnya kita lebih bertuah. Sesungguhnya setiap manusia itu pasti diuji Allah...cuma, cara kita diuji mungkin berbeza...
Sunday, September 26, 2010
TIGA MASALAH, TIGA JAWAPAN
Macam emel ni, kat ujung2 emel....diletakkan ayat yang berbunyi macam ni.....
Sekarang anda mempunyai dua pilihan:
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda
(..dan kena pulak tamparan dari 'u know who')
2. Forward E-mail ini kepada orang yang anda kenali dan Insya Allah keredhaan Allah akan
dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirimi.
So, aku rasa..lebih baik aku masuk dalam blog jer.....ceritanya macam nie;
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda :Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya..
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
Muhammad [2] Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
Thursday, September 23, 2010
HIKMAH AYAT AL-KURSI
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wednesday, September 22, 2010
HEALTH TIPS
Answer the phone by your left ear.
Do not drink coffee twice a day.
Do not take pills with cool water.
Do not have Hugh meals after 5 pm.
Reduce the amount of oily food you consume.
Drink more water in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone chargers.
Do not use headphones or earphones for long period of time.
Best sleeping time is from 10 pm at night to 6 pm in the morning.
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
When battery is down to the last grid/ bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.
"Health is a state of complete physical, mental and social well-being, and not merely the absence of disease or infirmity." ~World Health Organization, 1948
Tuesday, September 21, 2010
HASSAN BALIK KAMPUNG
Cicit Mak balik kampung untuk pertama kalinya, pada hari raya ke lima. Along, Kak Yam, Hanis dan Hassan sampai kat epot Penang pukul 11:45am. Stay kat rumah 3 hari dari hari Khamis sampai Ahad.
Hassan dengan mamanya, Hanis.
Hassan dengan Ummi ( kakak aku tak mau dipanggil tok...bunyinyer tua sangat).
Hassan dengan Onyang (Tok Nek Yah) dan Tok Tam...hehehe...dah tue beee.....
Friday, September 17, 2010
MIMPI
Ramai yang menyangka mimpi sekadar mainan tidur, selalunya depens kepada apa yang kita terlalu fikirkan di siang nya. Tapi sebenarnya mimpi diakui ada takwilnya dalam syariat Islam, dan ilmu mentakwil mimpi diiktiraf ulama.
Bila kebanyakan mimpi pelik aku, memberikan taksiran tersendiri, aku mula beli buku tafsir mimpi. Hmm...mulanya sekadar suka-suka, la ni dah macam jadi habit. Aku memang obses dengan mimpi, tapi cuma kalau mimpi tu macam sedikit unik dan pelik.
Contohnya, aku pernah mimpi gigi atas yang sebelah depan aku serpih dan buruk sikit. Selang 2 minggu lepas tu...ada peristiwa sedih terjadi dalam family yang melibatkan anak saudara aku. Kalau cek dalam buku tafsir menurut Islam, gigi depan bahagian atas menunjukkan keluarga lelaki, di bahagian depan menunjukkan lebih muda. Dan serpih/hancur menunjukkan ada bala yang akan datang. Manakala gigi yang kotor atau buruk, ditakwilkan sebagai akan terjadi sesuatu yang memalukan dalam keluarganya.
Kezen aku pula, dah arwah la...seminggu sebelum meninggal, dia ada bagitau kat another kezen, dia mimpi semua gigi dia luruh. Rupanya...dia yang nak meninggalkan family dia.
Antara yang ada dalam buku takwil mimpi dalam simpanan aku ni, adalah;
' Bermimpi membersihkan gig dari kekotoran, bererti pengorbanan harta untuk menghilangkan kesusahan. Bermimpi melihat gig pulih dari penyakit, panjang dan cantik menandakan bertambahnya kekuatan, harta dan pangkat dalam keluarga.'
' Orang yang bermimpi melihat giginya jatuh ke tanah, menandakan kematian. Jika dia melihat gig tumbuh pada jantungnya, bermakna dia akan mati.'
' Menurut riwayat, ada orang yang bermimpi melihat semua giginya tanggal sehingga dia amat sedih. Kemudiannya dia menceritakan mimpinya itu kepada ahli tafsir mimpi. Maka ahli tafsir mimpi itu berkata " Semua orang yang sebaya denganmu akan mati terlebih dulu daripadamu".
Tu antara yang tertulis kat dalam buku 'TAFSIR MIMPI MENURUT AL-QURAN' daripada Imam Ibnu Sirin. Hee...kalau ada yang nak tau beli ler, tak pun boleh tanya aku, nanti aku tolong refer kan.
Tuesday, September 14, 2010
KISAH KEMAAFAN DI HARI RAYA
Masa2 begini lah kalau ada yang bergaduh dan berkecik hati nak ambik peluang memohon maaf dan berbaik semula. Biasanya orang yang rasa dirinya bersalah, tak ler rasa segan nak mohon maaf, dan orang yang dipohonkan kemaafan pula...tak kan ler keras hati sangat, sampai tak mau memaafkan. Tapi raya tahun ni, aku ada dua kisah kemaafan yang unik, dua scenario berbeza, dan kedua-duanya orang yang aku kenal.
Kisah Satu
Kisah mak kawan aku, yang semedang terasa hati dengan anak pompuan dia, adik kawan aku la. Sebelum ni, banyak kali anak dia buat perangai, tapi nama pun mak, dia sentiasa memaafkan anak dia.
Mak kawan aku ni, jaga cucu2nya selepas anak pompuan dia bercerai...dah lebih lima tahun kalau tak silap. So, dari budak2 tu kecil2 sampaila yang sulung dah sekolah menengah. Tapi yang sedihnya, dua bulan sebelum Ramadhan, anak pompuan dia ni, nekad ambil balik anak2 dia untuk dipelihara sendiri...walaupun mak dia tak setuju. Dah ler cara dia ambik anak2 tu tak berapa berhemah, lepas tu dia langsung tak bawa anak2 ni balik jumpa nenek depa, bukan jauh pun..kentut pun boleh dengaq. Pastu, talipon pun tak juga. Hmm...bayangkan lah macamana nenek ni, menanggung rindu kat cucu2 dia.
Kali ni mak kawan aku dah betul2 tawar hati, bila anak dia balik beraya...bawa cucu2, dia tak bagi masuk rumah, dan tak benarkan sapa2 pun buka pintu. Kata kawan aku, walaupun mak dia buat macam tu, tapi dia tau..jauh di sudut hati mak dia, she doesn't really meant it. Dia buat tu sekadar nak mengajar anak dia supaya jangan buat dia macam sampah...guna bila nak jer, pastu tunggu raya baru nak minta maaf....
Susah nak ditafsirkan....mungkin kesabaran Mak kawan aku ni, dah sampai ke tahap kritikal.
Kisah Dua
Kisah kawan sekampung, ayah dan mak dia bercerai sejak umur dia belasan tahun. Dia dan adik2 dilarikan ayah dia, dan kata kawan aku ni...hidup dengan ayah dia dulu2 macam kat dalam neraka. Bila besaq, depa balik cari dan duduk dengan mak semula. Dan, ayah dia ni...kira macam sentiasa berdendam dengan mak dia.
Kalau nak ikutkan, dah banyak kali ayah dia dok sumpah seranah dan maki hamun dia. Pendek kata, apa yang depa buat semuanya tak betoi la. Tapi, mengambil nasihat orang2 tua, ibubapa tu kan perlu dihormati...so, dia tetap balik jengok ayah dia jika sakit atau di hari2 besar macam hari raya.
Macam selalu, raya tahun ni pun sama...cuma bila balik raya tahun ni, dia disambut oleh maki hamun dan cercaan dari ayah dia. Bukan setakat dia seorang, dengan anak2 perempuan yang empat orang tu pun kena maki sekali. Kawan aku ni baru bercerai, so...Si ayah menyalahkan dia 100%...dan segala kata2 kotor dan buruk, keluaq dari mulut Si ayah ni....
Kata kawan aku ni, lepas ni dia dah janji dengan diri dia...tak akan jejakkan kaki ke rumah ayah dia lagi...sakit ka, mati ka...dia dah tak mau peduli...
Aku pulak, tak tau nak advise lagu mana. May be bila hati dia dah sejuk...dia lupa kut apa yang dia kata....
'Without forgiveness life is governed by... an endless cycle of resentment and retaliation.'
Monday, September 13, 2010
Bonzai Borgenvilla
Masa balik dari KL, singgah kat RnR Sungai Perak arah Utara. Bila parking kereta, ternampak Bonzai cantik...terus snap gambar. Bila tengok semula...ek eh...ada pulak orang yang terlebih kreatif, pi sangkut bungkus minuman kat situ. Hmmm...rasanya tong sampah rata2 disediakan kat situ...tapi tak digunakan'
Aku rasa lah...orang kita la ni, rata2 dah kurang sivik minded dah. Dah tak pandai nak jaga kebersihan....
Saturday, September 11, 2010
RAYA 2010
Suasana rumah yang dipasang pelita di malam raya, ni semua anak2 penakan punya inisiatif.
Malam raya baru sibuk dengan preparation, kemas itu ini...tapi tak dapat nak habiskan juga sebab diserang mengantuk tahap gaban....sambung waktu bangun pagi raya itself. Hari raya tu masak lontong dengan sambal ikan bilis, Kak Ah kat belakang rumah buat Mee Jawa dan Kak Arah pulak buat Meehun Sup.
Thursday, September 9, 2010
SALAM LEBARAN
Sedih mengenangkan betapa ruginya untuk orang2 yang tak berpuasa penuh dengan sengaja sepanjang Ramadhan, lebih2 lagi kebanyakannya kaum Adam yang sepatutnya jadi pembimbing kepada kaum Hawa. Kesiannnnnyer, kerana masih belum sedar betapa besarnya hikmah berpuasa...semoga tahun depan, anda jadi lebih bersyukur dengan nikmat kurnia Allah.
Tuesday, September 7, 2010
AMBIL MOOD RAYA...
Sampai Shah Alam pukul 4:30 pagi, sambil tunggu Ris pick aku, aku bersahur dengan burger sejuk yang aku beli kat Butterworth. Bila Ris mai, rupanya dia bawa nasi, kari ayam dan sayur gorang yang masih panas...alhamdulillah, baiknyer kawan aku nie. Gambar kat atas tu, tengah bersahur dalam kereta Ris.
Mood Raya.
Petangnyer, Ris teman ke Kompleks PKNS. Sebenarnya dah lama mengidam nak rasa mood raya kat sini, sebab selalu kakak bagitau...kat sini kalau musim raya, meriah. Aku cuma nak cari kacang goreng minyak yang besar2 tu untuk hidangan hari raya.
Ramainyer manusia, nak cari parking pun payah, bila masuk dalam kompleks...sampai nak berlaga bontot padatnyer. Kebetulan nampak Zul Yahya dok berceloteh kat atas pentas, aku snap gambar dia sat...tapi blurr ler.
Banyaknyer baju raya cantik2, kebetulan Liza adik Ris ikut sekali..dia nak cari baju raya. Aku tengok ajer, sempat juga snap gambar baju yang cantik2...tak belipun, sebab baju raya aku Kak Mun dah jahit, cuma beli tudung jer satu.
Masuk kedai accessory yang cantik2...cuba2 jer tak beli pun....
Wan Hassan
Petangnya ikut Kak Yam pi fetch anak sedara (Along and wife, Hanis) balik raya dari Limerick, Ireland. Dapat tengok cucu, Wan Hassan...dah besar pun, masa depa pi sana dulu Hassan masih baby lagi, la ni dah boleh jalan-jalan jatuh.
Dia masih malu2 dan tak nak didokong oleh orang yang dia tak kenal....
The next day, bertolak balik Penang lebih kurang pukul 9:00 pagi.
Saturday, September 4, 2010
NOSTALGIA NAK RAYA
Lagi2 pasal nostalgia...ada kawan aku cakap, aku dan nostalgia...selari. Tapi aku memang suka kenangkan masa kecik, masa susah dan memory manis dengan arwah ayah, especially...bila dekat nak raya. Rindu sangat kat ayah..rindu serindu-rindunyer...walaupun dah 5 tahun ayah kembali menemui penciptanya, hari2 yang berlalu tu...mesti ingat kat ayah.
Masa kecik2 dulu, kalau nak raya..apa saja baju yang ayah pilih, terima jer. Walaupun kadang2 warnanya tak berkenan sangat...aku masih ingat baju kembang warna hijau tua pekat. Yang makin buat kontra bila aku pakai baju tu, ialah aku dulu hitam belete'k...bayangkanlah....
Kalau nak beli kasut pulak..ayah ada caranya nak menentukan saiz, maklumlah anak ramai, mana boleh angkut semua bawa pi shopping. Jadi, ayah akan ambil tali rafia, ukur dari pertengahan lima jari tu, sampai pertengahan belakang tumit. So, tiap2 kali nak beli kasut...pakai bawa tali rafia jer, tak payah bawa orangnyer, dan tak pernah ler bila beli tu, jadi tak muat...semua OK jer. Funny pulak bila ingat, sedih pun ada...rasa bergenang airmata aku nie....
"My father, when he went, made my childhood a gift of a half a century."
Cookies Raya.
Lagi 5 hari nak raya...aku baru siap 4 jenis cookies jer, yang biasa2 jer...sebab aku pun orang biasa....
Selain Semperit, dah buat Ma'amur, Mazola dan Badam....raya tahun ni bertekad nak berbelanja secara berhemah...tak akan beli biskut raya yang canggih-canggih tu. Full stop.
Friday, September 3, 2010
PEPAGI DAH BENGANG....
Pagi tadi bila sampai kat kedai, parking yang dekat2 semua penuh. Hati sakit sungguh tengok satu kereta tu..dia park macam dengan tengah parking kat laman rumah dia jer, suka2 hati dia, macam tak pi sekolah. Lama pulak tu tak muncul2, ingat nak letak jer notis pelekat kat keta dia tu...tapi sebab posa kannn! Tak baik gaduh2.
Sepatutnya mengiring 45 degree, dia park macam kat atas tu. Hmm...Elok2 boleh masuk 3 biji kereta...dia park untuk dia sorang.
Grrrrrrrr.......