A scribble of my mind and heart.....

Sunday, May 29, 2011

fOLKART ROSES - A TRIAL

Hmm...dah lama nak try paint roses,
Tapi. tak yakin dengan diri sendiri...
Kalau nak guna actual board, dan color yang dibeli tu...takut rugi lak
So...recycle jer apa2 yang ada kat keliling,
dan pakai lebihan kaler dari kelas Encik Zahir

First Trial;
Guna kipas plastic hurix,
Herot petot bunganyer..hehe
Bak kata lecturer aku dulu,
Beauty....from far, bila tengok dekat2, jadi far from beauty...
( Tapi tak sesuai la nak guna words beauty kat sini)




Second trial;
Try kat condense milk can...tapi tak buat roses...buat daisy,
Hmm...tak ler jadi sangat.



Third trial;
Make used of open/closed door sign yang dapat dari supplier...
signage ni, memang dah fade pun kaler dia...elok juga buat face-lift
Pakai background kaler yang baru beli,
Yang ni...really follow step, dari boh background ke sapu barnis,



Lepas buat ni...baru konfiden sket,
Lepas ni nak praktis roses yang banyak kelopak lak...
Tu yang payah sket....

Wednesday, May 25, 2011

SWEET OLD MEMORIES

Sewaktu aku kecik dulu2, masa tu dalam primary school, ada pokok macam ni kat sungai di kampung aku. Tak dak la cantik macam ni, dan takder jambatan gantung cenggini, tapi akar pokok bergantungan sampai ke tanah. Sungainya pun takder la cantik cenggini. Pokok tu letaknya di tanah yang ayah usahakan. Tanah kontroversi yang hampir menyebabkan adik beradik sebelah mak bergaduh. Well, that's history now. It was long gone....gone for good. Kami memilih untuk rugi di dunia...semoga ganjarannya, ada di SANA...

Back to the stories of the tree...discover this while surfing the net. Tetiba teringat memori lama. Petang2, sementara mengawasi kerbau ayah makan, kami akan main2 kat situ. Kail ikan ke, cari siput gondang ke...dan yang paling best, main bergayut dengan akar pokok tu. Macam Tarzan. Tapi masa tu...kiranya aku macam Jane ler...hahaha....

Kami akan bergilir-gilir, pegang akar pokok yang berjuntai tu, dan bergayut hingga melewati ke dalam sungai. Aku yang pompuan ni...biasanya landing balik kat bawah pokok tu. Abang aku dengan jiran aku pulak, kalau gayut...akan landing di seberang sungai. Sungai tu, tak lah luas mana pun, cetek pulak tu....lebih sesuai dipanggil paya. Happy sangat dapat buat macam tu. Rupanya, keseronokan kami tu, dapat perhatian anak2 orang kampung yang duduk di seberang jalan...bertentang dengan tanah ayah. Depa pun joinlah sekaki....

Tapi yang sedihnya...suatu hari tu, masa excited nak buat aktiviti terbang kat situ, terjadilah sesuatu yang menyedihkan. Semua akar pokok tu dah kena libas dengan parang. Satu akar pun tak dak nak buat tempat bergayut. Punya la mengamok kami...sapalah yang kejam merosakkan permainan kami tu. Bila investigate...rupanya, orang seberang jalan tu yang potong semua akar tu. Sebabnya, waktu anak dia nak buat aksi tarzan...kononnya nak landing seberang sungai. Rupanya...landing dalam sungai. Marah ler bapaknyer. Habislah tempat kami bergayut jadi tempat dia melepas amarah.

Sedihhhhhh!!!! Tapi itu memori permainan yang paling best, yang aku pernah buat dulu2...

Tuesday, May 24, 2011

QUOTES PHOTOS

Nak share wise words.
I have a nice 2011 calendar with inspiring quotes on it, given by my friend, Aini.
A multi-million Dollar round table Takaful Business women and I'm very2 proud of her.

This is a 12 pages calendar, from Jan to December with 12 different quotes on it.
I post only 5 here;
(1).


Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.
Your smile can motivate you and the people around you.


(2).


Success consists of going from failure to failure without loss of enthusiasm.
Know that, losing can and should be a motivator.
The disappointing experience sometimes help you to bounce back.



(3).



We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action.

To know just what has to be done, then to do it.

Give your dream time, and you give it a chance to happen.





(4).



Supposing you have tried and failed again and again. You may have a fresh start any moment you choose, for this thing we call "failure" is not the falling down, but the staying down.





(5).



Success is more permanent when you achieve it without destroying your principles.



Words satisfying the mind as fluid do the stomach. Good words is as much as gratifying as a good harvest.

Friday, May 20, 2011

LAKSA JANGGUS

Pernah makan laksa janggus? Aku pun baru dengar yang that is the most famous laksa in Penang. So, on wesak day baru2 ni, i went there with few of my friends, the same group of friends. We took the new road to Balik Pulau, known to everybody as jalan bukit baru.


Berenti sekejap kat hill side, tempat untuk sight seeing. Tapi, baru jer parking, dah ada rintik2 ujan. Kena cari tempat berteduh, bila hujan dah bertambah lebat. Alhamdulillah! Ada kerusi meja di gerai yang tak dibuka. Kami bekfas kat C2, Leha brought her tasty and delicious roti jala n kari ayam and Sanah tapau bread butter pudding.


Kabus selepas hujan...macam kat genting jer...Stranded kat sini
dekat satu jam jugak la....

Lepas solat kat Masjid, pick Tini dan Rodiah. Rumah depa dekat2 sini ja. So tak payah tercari-cari jalan...ada human GPS. Laksa Janggus ni, lokasinya dekat Kampung Perlis, Balik Pulau. Dipanggil laksa Janggus, bukan sebab dia boh pucuk janggus. Tapi sebab dekat dengan lokasi kedai tu...ada pokok janggus. Kecik pulak tu...hehe



Dari jauh, dah nampak kereta berbaris parking kat tepi jalan. Hmm...rasanya, tak pernah tengok orang pulun nak makan laksa sampai macam ni. Kat sini, self-service. So, jangan dok tunggu2 orang ambil oder. Semua kena ambil sendiri...tapi comfortable la...



Bukan sekadar laksa, ada juga bihun, koew teaw, pisang goreng and some other dishes. Pisang gorengnya pun sedapp...sebiji pisang, belah lima kut. Tapi very crunchy. Untuk yang gemar Laksa Penang Ok la. Aku lak peminat laksa kedah...so, lidah aku kurang sket la. Yang pasti...ia tetap sedap.

Saturday, May 14, 2011

DECORATIVE PAINTING

Minggu lepas, Sabtu, 7 mei ada workshop on decorative painting.
Lama juga dok berfikir-fikir nak join ker tak, sebab mahal juga costnyer
then last minute, register jugak la.

Puan Nora yang ajar, cek blog dia kat sini, semua cantik-cantik.
Ini workshop yang kedua, so tak berapa mahir lagi la...
so and so jer...
jom...layan gambar...

Bengkel bertempat di Politeknik Permatang Pauh,
dari pukul 9 - 5 pm,
Gambar kat atas ni adalah sebahagian dari peserta...

Macam biasa, mula2 tarok background kaler dulu lah.....
Buat 3 kali dan keringkan each time..


Bila background dah ready, baru boleh start painting
mula dengan objek yang paling belakang di pandangan mata,


Half way thru...bunga dan daun dah siap.

Dah hampir nak siap.....


So inilah hasilnya...
Lepas ni kena barnis 3 kali, baru lah cantik.

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU




A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden, fall upon us; when adversity takes the place of prosperity; when friends who rejoice with us in our sunshine desert us; when trouble thickens around us, still will she cling to us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts. ~Washington Irving

Sunday, May 1, 2011

PESTA BUKU (PBAKL)

Pesta buku ni, dah jadi macam yearly event untuk aku...mesti turun KL. Tahun ni, 22hb Mei, bertolak ke KL dengan mak. Kebetulan mak nak ziarah Kak Yam yang baru buat knee operation, ada problem dengan ligament dia. The operation was a successful one, boleh jalan immediately after that...on the same day.

23 hb, janji dengan Ris, Baliz, Cikna dan Ani Mat, tapi last minit...Cikna dgn Ani Mat tak dapat join. Sedih huhuhu....

Ini sebahagian dari buku yang aku beli, hmm..habih jugak few hundreds...tu pun puas menahan diri. Kebanyakannya genre misteri ler.


Actually, boleh kata seharian kat sana. Pusing2 beli buku, then berenti makan kat The Riverside...Ris belanja. Sempat jumpa Nik Fauziah ( Muslimah) kat situ, tapi sayang tak boleh sembang lama.

Then solat kat surau di situ. Subhanallah! Ramainya orang yang masih berebut untuk bersolat, walaupun kena beratur panjang untuk berwuduk dan bersesak diruang yang sempit. Bila tengok fenomena macam ni...rasanya, belum nazak lagi la kut condition Muslim kat Malaysia ni. Kami round kat situ sampai dekat pukul 9 PM.






Ni gambar masa makan2 kat The Riverside. Had my good time there, tapi, cuma makan yang simple2 jer.

Lepas habis second round, around 9 PM, Baliz cakap nak belanja makan makanan Yaman kat restoran Hadramawt, somewhere kat Jalan Imbi/ Jalan Ampang ( aku tak pasti), tapi kat deret kedai di Chulan Square. Sedap jugak makanan kat sini, something new untuk aku. Sambil makan asyik gelak...sebab Baliz ni kalau jumpa Ris, memang gamat.....sampai tak teringat nak snap gambar makanan dia yang unik tu.


Tak sedaq pun masa berlalu, pot pet pot pet... tau2 dah dekat pukul 11 PM. Kena hantar Baliz balik ke Damansara Damai. Depa bawak aku lalu Smart Tunnel. Hmm...first taim aku lalu kat sini terowong Smart. Hehe...Macam peghak jer.



Every time pi KL, rasa puas hati dan seronok sangat sebab dapat jumpa family and friends. Dapat juga release tension, bila asyik dok kerja jer tiap hari...
awesome comments