A scribble of my mind and heart.....

Friday, June 3, 2011

BIDAN TERJUN

Abang Chik, anak sedara yang paling pemalu tu, dah nak kawin. Tu pun hasil kerja keras adik dia, kenen kan dengan kawan yang dok mengajar sama2 kat Jb dulu. Kalau tak...memang dia akan menurun mak sedaranya lah... hahaha...

Dah bgtau kat Kak Ah, suruh cari sapa2 yang pandai buat gubahan. Dia kata nak suruh Ani 'Ae lah, nak suruh Ina Deghih la..aku pun lega. Tup2 hari ahad baru ni, dia angkut semua beg, kasut, make-up dan jam bawa mai umah mak, suruh aku gubah hantaran. Adusssss! Jadi bidan terjun lagi la aku. Masa kawin Anah dulu, boleh tahan ler...sebab kena buat sirih junjung jer. Kali ni, makin bertambah plaks...

So, aku pun belasah jer la. Ni ler hasilnyer, jom layan gambar....

Sireh junjung ni, buat semalam. Kata kakak aku, nama gubahan ni ' Taman2 Sireh' hehe... Bersengkang mata sampi pukoi 2 pagi. Pakat2 buat dengan Kak Rah, Kak Arn dan Husna. Tapi, pukoi 12: 30 AM depa dah chow...



Semua ni, refer kat tenet jer, nie...kasut dan alat mekap. Pening juga, mak bidan ni nak terjun...


Lipatan kain ni, Kak Ina, jiran sebelah buat. Cikgu KEMAS la katakan, pandai la bab lipat melipat ni. aku buat hiasan semotek-semotek kat tepi jer...



Bila mai kat Handbag ni, tak tau nak buat lagu mana, depa kata..alah! boh jer riben dan ikat. Aku pun folo jer la. Album duit pun, wat sempoi2 jer...


Jam ni, idea mula2 nak buat lagu lein, tetiba jadi lagu lein. Tema dalam taman...kata kakak aku la...

Alhamdulillah, semua siap on time. Hari ni ( Jumaat), akad nikah kat rumah pengantin pompuan di Pokok Sena, Kedah.

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu untuk Abang Chik...anak sedara yang paling tak banyak cakap.

4 comments:

eni osman said...

salam kak khiroh....ok dah tu ...dah cantik....dah boleh jadi mak andam...mmg ada seni...pegang apa pun jadi...kan kan...xoxo...

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Eni,
Nak tukaq profesyen lah...hahaha...

kak cik said...

Ok sgt2 aku tgk. time hang nanti senang jimat belanja tak yah tempah2 ngan org. sendiri boleh buat. Bila yer..

Packy @ Mawar Merah said...

Kak Cik,
Tu consider soalan Cepu Emas, payah aku nak jawab...huhuhu

awesome comments