A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, June 14, 2011

UBAT OH UBAT

Hee...tak penah2 buat entry pasai ubat. Hari ni nak bercakap tentang something yang berkenaan dengan profession la... pasai ubat. Sekadar nak share dengan kengkawan dan pembaca jer la. Ubat yang kat bawah ni...dah lama ada atas shelf, tapi tak pernah try sendiri. Ubat ni untuk increase alertness, accelerate concentration dan juga untuk improve memory.


All this while tak teringat nak try, tak ada keperluan pun. Tapi baru2 ni, kena drive sensorang ke KL antar kakak2 yang warga emas balik KL. Dan, lately pulak, selalu rasa ngantuk jer. So, try ajerlah ubat ni, i took one tablet half and hour before started my journey. Alhamdulillah! Tak rasa mengantuk langsung....cuma lengoh2 jer la, macam selalu.

So lepas ni, kalau nak travel, boleh ler cari ubat ni kat Farmasi. Jangan risau, ubat ni diekstrak dari koko, so takyah takut dengan kesan sampingan. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca kat sini.

Lepas tu, ni pun tentang ubat jugak. Hari Sabtu pi Shah Alam, hari Ahad... ada kursus penulisan. Hari Isnin, demam la pulak. Bimbang tak dapat drive balik singgah kat Guardian nak beli ubat. Hmm...Pharmacist cuti ler plak. Puan Alawiyah ni sama2 kat USM, dan muka kami seiras (masa dulu la). Ramai yang bertukar, aku pernah kena tegur dengan orang tak dikenali kat bank...rupanya depa ingatkan aku ni dia. Infact, arwah abang Wan (bro in law) pernah talipon dari KL bagitau yang dia jumpa Pharmacist serupa muka aku. Hehe... melalut la pulak.

Tak dapat beli ubat kat Guardian, singgah sek 18. Beli ubat kat situ. Mak datuk! Mahainya. Ini antara ubat yang aku beli. Brufen, Copastin, Mac Lozenges dan Fluimicil....


Semua ni, harganya RM 37.00, sedangkan kalau aku jual biasanya baru RM 17.00 sahaja. Entah apa yang mahai sangat...Fluimicil tu, 2 biji aku juai RM 7, depa juai RM 20.00 henget...
Terasa macam nak relocate kedai pi menega kat KL ler...cepat sikit kaya..hehehe....

1 comment:

eni said...

salam kak khiroh...~hai obat...hai obat...mari beli obat....~he he...."happy birthday kak Khiroh".....nak tanya...`brainfit' ok dak...

awesome comments