A scribble of my mind and heart.....

Sunday, August 28, 2011

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum!
Sempena Hari Raya 2011 ni, Aku ingin menyusun sepulu jari,
Bersama kerendahan hati,
memohon ampun dan maaf,
Jika sepanjang mencurahkan segala rasa kat blog ni,
kekadangnya, mungkin menyakitkan hati sesetengah orang.

MOGA BERBAHAGIA DI HARI RAYA.


Monday, August 22, 2011

PUDING ROTI N SAMPERIT

Ramadhan akan berlalu...
Third Sunday, still...cuma duduk rumah jer. Pejam celik, pejam celik...sat saja, dah nak habis Ramadhan. Pengisian Ramadhan? Hmm...malas la nak ulas. Ala kadar jer, but better than last year.

Sedih juga. Kita menanti Ramadhan...melalui Ramadhan... dan kini Ramadhan dah nak berlalu. Tak tahu sempat ke tidak bertemu Ramadhan seterusnya. Kalau umur panjang...Insyallah! Akan sempatlah berpuasa lagi dan merasai nikmat ramadhan nanti...huhuhu. Harap2 habis Ramadhan nanti, akan ada lah perubahan yang lebih positif pada diri sendiri. Ya lah! Ramadhan tu kan macam religious class...ia sepatutnya membentuk kita jadi lebih baik. Aku ada azam nak buat dan praktikkan lepas ni...harap2 lekat la dan sebati dengan diri nanti...

Puding Roti
Semalam masak Masak Lemak Timun dengan Telur dan Sambal Tumis Ikan. Tak sempat nak snap foto... dah selamat masuk perut. Tapi sempat snap gambaq Puding Roti versi mudah ni.



Dah lama teringin nak buat puding roti, entah berapa banyak resepi aku buat koleksi. Tapi yang ini paling mudah dan sesuai dengan bahan2 yang aku ada. Google kat my resepi.com. Dan hasilnya...Its Yummmyyyy...aku suka.

Semperit
Malamnya, Husna ( wife Diklan) sibuk nak belajar buat semperit. So, lepas Terawih semalam...buat semperit untuk tunjukkan kat Husna. Kebetulan Kak Rose ada oder 3 bekas. Boleh ler bawa untuk dia masa mengaji esok. Alahmdulillah! Memang dapat cukup2 3 bekas...


Thursday, August 18, 2011

TERINGAT..


Tadi pagi masa nak koner masuk ke kedai, nampak 2 orang muka macam orang Melayu baru keluar dari kedai makan Cina. Kat tepi kedai tu...memang ada mamak juai roti canai. Nampak jer gitu, aku tanya Kak Arn kat sebelah aku,

Aku: Rasa2 Melayu ka 2 ekor tu?
Kak Arn : Sabahan or Serawakian kut...memang muka cam melayu...
Aku : Betoi jugak. hehe...satni marah kat depa macam marah kat adik dulu tu...
Kak Arn : Oh! Yang dah cakap dia sahur tu...

Hmm...tetiba pagi tadi aku teringat insiden few years back. Macam hari ni jugak, masa aku baru mai keje, aku terserempak dengan regular customer aku, baru keluar dari restoran Cina ni. Aku, dengan muka geram tanya le dia...

Aku : Buat apa kat situ?
Dia : Sahur ( masa tu pukoi 10 pagi, dia jawab sambil gelak2)
Aku : Hmm... dah la tak posa main2 pulak. Badan jer sasa...posa malas.
Dia : Hehe..( gelak jer...kawan2 dia 2 orang Chinese kat sebelah pun, gelak juga...)

Bila dia bagi jawapan yang buat aku sakit hati, aku terus malas nak cakap. Budak ni memang, kalau mai kedai aku...banyak soal, terlebih ramah...gaya nak juai minyak urat pun ada. Tapi aku layan jer...pangkat adik2. Tapi hari tu aku hangin betoi...malas nak cakap ngan dia, tapi siap bagi jelingan maut masa dia reverse keta dia untuk keluar. Dia n kawan2 cuma gelak jer...tanpa ada rasa bersalah.

Lepas tu...lama aku tak nampak dia. Then, satu hari, aku nampak gambar dia kat newspaper. Gambar tu adalah antara mangsa yang terkorban nahas Helicopter TUDM kat Sungai Puyu, BTW. Dan di bawah gambar dia...tertulis nama yang sedikit pelik bunyinya. Aku terkejut. Sungguh! All this while aku tak tau yang dia rupanya orang siam...bukan Islam. Muka dia yang macam Melayu dan bahasa Malaysianya yang fasih, buat aku tak pernah terfikirpun yang dia rupanya non-muslim...


Monday, August 15, 2011

BREAK FASTING - 2nd Sun of the month

Hari Ahad datang lagi...hari cuti yang cuma digunakan untuk duduk lepak kat rumah. For breakfasting, Bro Adam and wife plan nak join. Unfortunately, Cikma and the gang pulak yang tak jadi, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...kesian Haziq yang beriya-iya nak buka posa kat rumah Tok.


Walaupun tak cukup korum, misi memasak tetap diteruskan. Untuk berbuka kami masak Sambal Udang, Masak Lemak Daging dan Cendawan Tiram Goreng Campur.

Then cuba buat Puding Tembikai, tengok kat blog kak Watie. Hehe...dapat versi tembikai tak sempat masak...sebab kaler merahnya pucat jer....



Then, murah rezeki pulak hari ni, rezeki rimau...dapat lauk lebih. Kak Ah, bagi Gulai Rebung dengan Udang. Kak Arah pulak bagi kari Tulang Rias Pisang.

Campur pi campur mai dengan ikan goreng semua...ada la tujuh lapan mata. Lumayan. Tapi, banyak mana pun laauk, sukatan aku, tetap satu pinggan.

Alhamdulillah! Sudah 15 hari berpuasa dan Alhamdulillah juga...untuk nikmatnya yang tak terhingga....Aminnn!!

Thursday, August 11, 2011

MAK SUKA NI...

Ini dessert kegemaran mak. Kalau buat koktel buah ni, mak boleh habiskan satu cawan besar. Lepas tu akan ulang-ulang makan. Semalam kami buat ni untuk buka puasa. Mak makan 2 kali.

Alhamdulillah! Mak sihat dan boleh berpuasa, dan harap2 dipermudahkan Allah dan dapat menghabiskan puasa sebulan. Cuma, mak tak berapa larat nak buat Terawih, nak ke masjid dia tak daya dah...nak buat sendiri kat rumah...ingatan mak dah tak kuat. Nanti tak boleh ingat berapa rakaat dah buat.

Mak selalu ulang2 ( entah yang ke berapa kali dah, sepanjang puasa) bercerita tentang macam mana dia pi Terawih dengan kawan dia dulu2. Aku pun ingat lagi, masa tu kawan2 mak, arwah Wa Chah, arwah Cik Rohmah dan Arwah Makteh Daharah ada lagi. Depa akan jalan kaki ke Masjid yang jaraknya 2 KM untuk bertarawih. Ukhuwah mak dengan kawan2 dia sangat kuat. La ni cuma tingai mak sorang2 jer. Yang lain sudah kembali dijemput ilahi...semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. Mak kata dia teringat kat kawan2 dia, kadang2 bergenang air mata bila cerita tentang kawan2 dia.

Semoga Mak sentiasa sihat dan ceria, dipermudahkan Allah untuk beribadah kepadaNya. Kami akan sentiasa berusaha untuk menggembirakan hari tua mak...Insyallah!

I need my mom no matter what age I am.
My Mom has made me laugh, wiped my tears...hugged me tight...watched me succeed...saw me fall...cheered me on...kept me going strong...and drove me a little crazy at times!
But my Mom is a promise from God that I will have a friend forever!

Sunday, August 7, 2011

ORANG KITA & MASAK2

Masak2

Hari cuti, aku take over dapur. Kesian Kak Mun, everyday dia masak...hari ni aku bagi dia cuti. Ingat nak buat Risoles, tapi alamak! Ada 2 bahan terlupa beli, susu dengan bread crumps. Kensel la...buat agar2 Nescafe jer la..


Untuk buka posa, aku masak Ikan tongkol gulai kelantan. Sedap ni. Sekali sekala, mesti terasa nak makan gulai kelantan ni. Resepi gulai Kelantan, kat sini.


Side dishesnya...buat sayur goreng campur jer, goreng ikan dan ikan masin goreng cili ( buat pembuka selera masa soq nanti).


Bisnes dan Orang Kita

Hari ni, pagi2, keluar nak cari bahan buat biskut, sebelum tu singgah kat my shop jap. Teringat kucing yang dok menumpang kat luar kedai tu. Kesian dia, kalau hari aku cuti, satu hari dia tak makan. Pi bagi dia makan sat la...

Then singgah kat one of the retail outlet kat situ. Aku ni, kalau nak beli apa2, selalunya beli kat kedai orang melayu la...walaupun mahai sikit. Bukan sebab aku ni racial, aku cuma nak tolong bangsa aku. Kalau kita tak support bangsa kita...sampai bila kita boleh tengok ada 'AHMAD SUPERMARKET' ke, ' ANA SOLEH DEPARTMENTAL STORE' ker...macam mimpi jer kan. Tapi rasanya, tak mustahil kalau kita sama2 support. Namun yang sedihnya...orang kita selalu kutuk bisnes orang kita, mahal sikit jer dah bah kembah satu kampung. Siap kempen jiran2 jangan beli. Bukan la semua orang fikir gitu, kebanyakan. Sedih.

Dan apa yang aku discover kat kedai tu lagilah sedih. Kedai tu is not very well kept. Semak dan kotor. Takpa la...aku pejam mata. Aku cari tepung gandum, tak ada dekat rak yang selalu simpan tu. Yang ada bungkus2 tepung yang nampak dah tak boleh digunakan. Aku toleh kiri dan kanan...nampak 2-3 kotak tepung gandum. Tersembunyi di antara kampit beras. Bila buka kotak tu...nahaaaih! Berlambak tepung kat dalam tu. Heran jugak, sebab apa la tak bubuh dekat rak. Bulan posa ni, mestilah org nak guna tepung, kalau simpan dalam kotak...sapa nak nampak???

Hmm...rasanyalah, pekerja yang diberi gaji tu kenalah amanah. Buat kerja betoi2, jaga bisnes boss tu, macam bisnes sendiri. Kalau buat kerja halai balai, tak replenish stock, tak simpan kemas2...lama2 boleh gulung tikar la perniagaan. Apa saja perniagaan pun la. Kesian kat tuan punya bisnes tu. Masa bayar kat kaunter tu, mulut macam nak cakap jer... tapi, tak terkeluaq. Nanti depa kata aku bizi body pulak. Hmm....entahlah!

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN

Salam Ramadhan...dah 4 hari puasa,
As usual fasting is not just about food
Its many many more...
Its about trying to be a better person...throughout Ramadhan,
and becoming a better person each year.
Ramadhan tu macam 'kelas agama'...teaching us to be better...

So, since aku tengah gila guna 'PAINT'
I've painted few series of PERINGATAN...

1. Jaga mata dan telinga
Hee...jangan dengar benda tak elok,
dan tengok benda tak elok,
kalau tengok orang pakai seksa seksi, jangan pandang 2 kali...


2. Say no evil too....


Biasalah kekadang tergossip...so, kita cuba elakkanlah,
Jangan ngumpat orang
or sakitkan hati orang...

3. Read the Noble Quran.


Not just reading...but understanding the content too,
Selalunya tak sempat buat dua2 sekali...main baca jer...


4. Perform Tarawih prayer.


Aku dah lama tak pi masjid, selalu buat sendiri jer,
tapi biasala...culas, bayak tak buat dari buat.
Azam tahun ni, nak jemaah...so far so good lah
kalau tak larat buat 20 rakat...buat 8 jer,
janji buat tiap2 malam...
Tapi, ini baru permulaan...harap2 kekal sampai ke hujung la...


5. Glorifying and praising Allah.

Tasbih dan tahmeed di setiap pagi dan petang,
atau buat bila ada kesempatan...
Ini yang kadang2 dok lupa, buat benda lain ingat,
lebih banyak abiskan masa mengadap fesbuk jer...
huhuhu....I need to change...

6. Giving and helping the needy.

Kata bijak pandai,
kalau nak bersedekah...elok dalam bulan puasa,
so, kalau ada lebihan tu, jom kita pakat2 sedekah...
pastu tolong apa-apa yang patut,
buat kebaikan sebanyak mungkin...


7. Ask forgiveness from Allah, Istighfar.

Perbanyakkan berdoa dan memohon ampun,
Rasullulah saw would increase his weeping in front of Allah,
in fear and humility,
And always seeking repentance...
so, kita yang banyak dosa ni, kene buat lebih lagi laa...


awesome comments