A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, October 18, 2011

SYUHADA BATRISYA lagi.....


Atas permintaan Kak Ani, ini gambar Chukada dengan Tok Wan Om. Tiap2 hari, dia meghap Tok Wan bawa naik moto. Kalau tak bawa...dia mengamok, menangis sampai berjejeh ayaq mata...


Ini Chukada dengan Tok Ah....masih sebek sebab Tok Ah ambil dia dari Tok Wan Om. Dia masih belum puas naik moto...

Friday, October 14, 2011

DEARLY MISS FOREVER



Stray Cat

Oh what unhappy twist of fate
Has brought you homeless to my gate,
The gate where once another stood
To beg for shelter warmth and food?

For from that day I ceased to be
The master of my destiny,
While she, with purr and velvet paw
Became within my house the law.

She scratched the furniture and shed
And claimed the middle of my bed,
She ruled in arrogance and pride
And broke my heart the day she died.

So if you really think, oh cat
I'd willingly relive all that,
Because you come forlorn and thin
Well don't just stand there - come on in!

by Francis Witham

In memory of
Black
Nonet
Oyen


"A pet is never truly forgotten until it is no longer remembered."

Thursday, October 13, 2011

ANTOLOGI CERPEN- Tentang Cinta


Akhirnya, inilah langkah kecil aku ke arah sesuatu yang lebih besar. Terimakasih untuk Puan Maria Kajiwa atas tunjuk ajar, kepercayaan dan semangat yang beliau berikan pada aku. Syukur Alhamdulillah juga kerana Allah mempertemukan aku dengan kawan-kawan penulis yang menjadi pembakar semangat untuk aku menulis, seperti yang tertera pada cover buku antologi ini.

Bukan senang untuk aku nak menulis tema cinta, dan aku hampir-hampir mengangkat bendera putih. Tapi MK beri aku kepercayaan dan semangat...dan akhirnya aku berjaya juga menyiapkan dua cerpen dalam masa lebih sebulan. Aku teruja...sangat-sangat teruja. Mengharapkan sokongan keluarga dan kawan-kawan....Dan, aku sedang memerhati dan menilai keupayaan diri sendiri.....

Antologi Cerpen: TENTANG CINTA on PhotoPeach

So, jom tengok trailer kat atas untuk mengetahui tentang tajuk-tajuk cerpen dan pengarangnya....
Mengangkat tema cinta dalam berbagai rasa dan warna...

Buku hanya dijual secara on-line. Harga jualan RM 18.00
Harga pengenalan untuk 300 pembeli terawal adalah pada 
RM 15.00
so...cepattttttt.....
Boleh melalui facebook di alamat  http://www.facebook.com/aurorabookstore
atau emel kepada
aurorabookstore2@gmail.com
     

Tuesday, October 11, 2011

DECO ART WORKSHOP

Hari Sabtu 8/10/11, ada workshop on roses deco painting organized by Honey Gee. Dulu masa Puan Norana buat kat Sungai Petani, aku tak dapat hadir. Masa tu bulan puasa dan staff aku pulak berenti mengejut sebelum puasa. Jadi...bila ada yang organised new one, aku pun tak melepaskan peluanglah.


Bengkel tu diadakan di Rumah Puspanita Kerian. Pening jugak aku dok bertanya, kat mana lokasi ni, tapi tak ada yang tahu. Cuba google, tapi tak berapa pasti akan kedudukannya, dan aku sendiri, memang tak pernah ke Parit Buntar ni sorang2. Akhirnya...aku pakai ghodong ajer lah. Alhamdulillah...sampai tepat pada masanya...


Ada lebih 7 orang peserta. Soleh mai dengan hubby dia. Yang lain2 dari area tu saja. Dan, ada sorang peserta lelaki...dia dah pernah ikut kelas Puan Norana kat SP.


Practice dulu buat roses on paper, mahirkan stoke nya dulu. Payah jugak rupanya. Nampak Sifu Honey Gee buat macam senang. Tapi puas berhempas pulas jugak la nak menghasilkaan sekuntum pun....

Half way thru...inilah hasilnya.....
Alhamdulillah, manage to complete it on time. Lebih kurang pukul 6 petang, semua orang pun angkat kaki untuk balik. Sebelum tu, sessi bergambar beramai2 sambil tayang hasil keras tangan yang dibuat. Bangga tak terkira...hehehe


Tuesday, October 4, 2011

POSMEN, n TELEKOM


Dah beberapa bulan, asyik bengang dengan posmen. Sebab bila dia hantar surat, semua surat dari tingkat satu - tingkat 3... dia bagi jer kat kedai aku. So, aku pulak jadi posnita...kerja distribute surat kat neighbor. Nak kata takdak post box...ada! Dok bertenggek 3 ketoi dekat tangga nak naik ke tingkat atas tu. Tapi...kat kedai aku jugakkkkk...dia bagi.

Dah lama dok geram...nak repot kesian. Sat lagi...kalau aku cakap area mana, kena marah pulak dengan bos. Nanti tak pasal2 kena tindakan. So...aku sabar jer la. Sebab anak sedara aku pun posmen jugak. Aku tahu masalah depa...kerja dengan ganjaran yang tak setimpal.

Tapi disebabkan aku tolerate terlalu lama...tetiba, ia membawa masalah pada aku. Kali ni, melibatkan Telekom ler pullak. Tapi, part of it...salah aku jugak la. As usual...aku ni pelupa semanjang. Tetiba dapat call dari telekom, katanya...akaun aku dah tertunggak. Eh! Yer ker...sedangkan, aku baru jer bayar dua tiga hari lepas.

Aku : Eh! Saya baru jer pi bayar...
Dia  : Boleh saya dapatkan no rujukan pembayaran tu?
Aku : You all tak computerized ke? ( dengan sedikit sombong...bengang sebenarnya...
Dia  : Cik bayar kat mana sebenarnya?
Aku : TNB center...semua bill saya bayar kat situ..
Dia  : Patutlah...kalau TNB, lambat sikit baru kita dapat ...

Lepas tu, dia suruh aku call nombor100 untuk bagi details if aku dah locate resit bayaran tu. Maka, aku dengan konfidennya cari ler resit tu...dan jumpa. Scan punya scan...Oh! Tidakkkkkk....aku dah bayarkan neighbor punya bil! Patutlah! 

Ini memang penangan semua surat dia humban kat kedai aku. Agaknya termiss scan dan terbuka bill orang tanpa sedar....huhuhu

Nak komplen ke tak mau komplen... aku komplen anonymous ler....

Pengajarannya....
Jangan berlagak sombong dengan orang... cakap biar berlapik, dan kalau nak marah kat orang tu, selidik dulu baik dan buruknya. PADAN MUKA AKU....

awesome comments