A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, February 29, 2012

DOA KEMAAFAN

Ayat yang senang, tapi susah nak buat bila hati dah sakit. 
Namun, Insyallah... dengan doa, memohon dariNya... kita akan berlapang dada melakukannya.



Semoga kita akan mudah memaafkan dan memohon kemaafan, kerana kita manusia yang tidak sempurna dan tidak sunyi dari melakukan kesilapan dalam hidup.

Tuesday, February 28, 2012

GADGET BUTTONS


Nak Gadget button camni dak?
Kalau nak... nak bagi free jer... ambik ler kat bawah ni.
Dok merapu buat benda alah ni dengan 'Paint', then try upload kat blog... OK jugak hasilnya.

Kat bawah ni, ada series of Gadget buttons, 
kalau rasa sesuai dan nak ambik... save jer foto kat dalam fail komputer korang.
Pastu upload jer kat blog...

Button ni sesuai untuk background warna putih jer...








Kalau korang ambik, dan terasa nak folo blog cek ni...silakanlah. Tapi, tak ada paksaan. :)


Cara nak letak kat blog

1. Pilih layout kat Blogger Dashboard.



2. Pilih slot Picture dan klik



3. Pilih gambar yang dah di'save' kan kat fail dalam komputer anda.


Lepas dah pilih, save gadget.
Nak ingatkan, sebab kita dah ada gadget ni, tak payah ler masukkan title gadget dalam slot title tu...
Kalau dah siap semua...
Then arrange kedudukan gadget button ikut kedudukan yang sesuai.

Sharing is caring

Saturday, February 25, 2012

TEMBAKAN TEPAT...


Ada kawan post gambar ni kat FB. Dan aku terkedu membacanya. Ada antara tembakan itu mengenai aku sipi-sipi. Kalau nak dibandingkan dengan peluru dari pistol. Ada yang terkena mencederakan dan ada yang meninggalkan calar. Bak kata oghang utara...seneghih. Tapi ada satu point tu... tembakan tu, tepat mengenai jantung aku. Kira macam pukulan TKO.

Aku taknak ulas bab seneghih2 tu...part tu, insyallah aku akan cuba memperbaiki diri. Tapi nak ulas tentang tembakan yang mengena tepat tu. Aku kena yang nombor 8.

Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang.

Bukan aku tak sedar bab ni. Sedar. Namun, menghadiri kenduri itu, antara perkara yang aku tak berapa suka nak buat. Aku cuma ke kenduri jika melibatkan keluarga terdekat dan kawan-kawan.

Aku ada dua alasan yang aku tak tau konkrit ker tak? Tapi selama ni...itulah alasan aku.

Pertama : Sebab komitmen kerja
Aku bisnes, dan aku tak boleh nak tutup kedai ikut suka hati aku. Bad reputation for the business. Nanti orang cakap...'alah! Kedai orang Melayu... macam tu ler!' Karang ada orang cakap pula...mana lebih penting, reputation dengan Allah ke... dengan manusia? Tolong jawab sat!

Tapi sometimes, aku tutup juga. Itu kalau ia melibatkan tempat-tempat yang dekat...cam customer aku ke... provided masa aku menutup bisnes tu... tak melebihi 2 jam. Bila terpaksa tutup macam tu... aku akan letak sign, ' Maaf! Tutup sebentar dari .... ke.....'

Kedua : Sebab status
Bukan status pangkat atau kedudukan. Tetapi status nikah kawin. Hehe... aku ni kan, masih solo. Kalau nak pi kenduri tak berteman... macam janggallah pulak. Rasa macam bila aku berjalan... orang asyik pandang aku. Hehe... janggal.

Lepas tu, kalau di kampung, atau ke rumah saudara yang bau2 bacang tu... aku kena bersedia dengan soalan Cepu Emas, Cepu Gangsa dan Cepu Put. Ditambah pula dengan soalan Bonanza yang aku teramat malaih nak menjawabnya. Kalau yang reti Melayu, ada ilmu... takper lah. Yang tak makan saman, yang tak mau faham-faham, yang suka menunding jari dan yang mencabar kesabaran... itu yang tak mampu dan tak mahu aku hadapi. 

Bila soalan2 macam ni muncul, dari nak bergembira... hati jadi gundah gulana. Dari nak buat pahala... jadi dapat dosa. Dari seorang yang tenang... aku jadi dapat angin kus-kus satu badan. Hmm... susah jugak kan!

Ada orang kata, kalau status cam aku... tak jatuh wajib pergi. Boleh menimbulkan fitnah. Betul ke? ( Soalan nak menyedapkan hati.)

Sunday, February 19, 2012

A PRAYER FOR SALINA

Salina sewaktu warded kat HPP

I came to know about Salina's sickness thru FB sometime in 2009, didnt really know her during schooldays. Maybe sebab dia bukan hostel-lite. Tapi, since dia juga ex-georgians, kami visit juga dia beberapa kali.

Baru2 ni Ina dimasukkan ke HPP. Conditionnya nampak sangat teruk with SOB every now and then. Actually, she should undergo lung transplant in IJN. Tapi disebabkan masalah kewangan ( from what i heard, medication after transplant will cost approximately RM 8000.00 per month). Selain tu, tentunya masalah donor jugak. Dua benda yang menjadi sebab utama dia menangguhkan niat tu. Then ada seorang kawan yang akan aku refer sbg Hamba Allah ( sebab aku tau, dia tentu tak suka aku highlight kebajikan yang dia buat) create thread dalam fb untuk kami sama2 hulurkan bantuan bagi kebajikan Ina...



Ramai yang respon pada thread ni. Untuk menunggu jumlah kutipan, maybe makan masa, sedangkan Ina perlukan OAM everyday. So HA suggest dia akan proceed dengan pembelian dulu sementara total collections diketahui hujung bulan nanti. Kalau tak cukup, dia akan bare the cost... kalau terlebih, kami akan masukkan ke dalam tabung khas yang akan ditubuhkan nanti.

Alhamdulillah! Ramai yang sudah chip in dalam akaun. Most did anonymously, bergantung kepada kemampuan masing2. Hopefully pertolongan, doa dan 'the being there' actions yang diambil semua orang akan mengurangkan bebanan yang ditanggung Ina. Insyallah! Thanks to HA atas inisiatif yang dimulakannya. Dia ada minta aku buat semua tu, but frankly speaking, I'm not that good in managing charity affairs like this. Sekadar sama2 ikut kat belakang.... sama2 membantu, bolehlah.

After all, that what friends are for...helping each other through twist and turn, high and low. Even when you think you have no more to give, when a friend cries out to you . . . you will find the strength to help.

Hopefully, apa yang Ina alami akan mengeratkan lagi hubungan kami. Dan juga will work as a stepping stone for us to do more charity for every friends who is in needs in the future. Semoga segalanya diberkati Allah hendaknya.





Saturday, February 18, 2012

WAN HASSAN & SYUHADA

Sekadar nak mengabadikan gambar Wan Hassan dan Syuhada Batrisya
untuk tatapan Tok Mummy
Both are cucu penakan.




Dan gambar Syuhada Batrisya pakai my anak tudung. 


There are no seven wonders of the world in the eyes of a child.  There are seven million.  
~Walt Streightiff

Tuesday, February 14, 2012

THE JB TOUR AND EVENT - Part 11

TILL DEATH DO US PART...
During childhood and primary school...kita belajar berkawan. Main-gaduh... main-gaduh. Kalau orang ada yang lebih sikit...geram, jeles. Waktu secondary school, duduk asrama... aku mula belajar menghargai persahabatan. Belajar bahawa...kalau bergaduh, asyik nak menegakkan ego... yang ruginya aku. Kawan2 pun tak suka. Banyak pengalaman aku kutip masa aku kat sana. SGGS years was the best years ever.

So, bila masuk USM, aku amalkan bertoleransi dalam bersahabat. Cuba menjaganya sebaik mungkin. Malas nak gaduh2 dan merajuk segala... macam masa bebudak. Hasilnya...nilai persahabatan menjadi lebih bermakna...sukar nak diungkapkan.

So, lepas habis study, wedding Adah was the 2nd big reunion held. Jappp... ini gambar adah kawin...

Bagai pinang dibelah dua....cunnnnn makkk.

Makan Malam ( 5 feb)
Port paling dekat, kat Restoran Selasih, Persada Johor. Pi kat situ lepas Maghrib, lepas balik dari rumah Hasnah. Pilih yang dekat sebab dah terlalu lapar dan malas nak keluar carik makanan jauh2.

Food was okay. Superb actually! But the service was a bit slow. Untuk orang tua2, okaylah. Tapi malam tu, kami bawak budak2...merengek si Ayen, anak Ani....kelaparan. Dekat sejam jugak menunggu....

Nasib baik makanannya worth waiting. Sampai Ayen yang oder nasi goreng butter ( lupa pulak nama menu dia oder) cakap..."lamanya tunnguuuu, nasib baik sedap!" Aku makan dengan Baliz, Cekna dan Maria. Alhamdulillah! Semua orang puji...makanan sedap.

Ani, Along, Ayen and Cik Mas.


Cekna dan Maria ( hehe... ada keturunan Tan. baliz kata...kut2 kezen Tan Kok Huat)


Something I ate...laksa Johor. Yummy! Price: RM 17.50


Cuba jus kathira...femes kat Johor. RM 10


Tauhu bakar, Baliz oder...
6 Feb...bertolak balik,
Sebelum bertolak balik, sempat jumpa Adah kat hotel. Kokna mengetui rombongan berjumpa hubby Adah. Sessi berkenal-kenalan dan memberi sepatah dua kata.

Bertolak balik about 11.30 pagi...
Bye-bye JB

Pemandangan...yang biru tu, bumbung Persada Johor.
Claytan Factory Outlet.
Singgah kat Ayer Itam beli pinggan mangkuk macam tengok kat blog Mat Gebu. Cekna dah penah pi, so senang sikit nak mencari.  Kat sini, ada 1st grade dan 2nd grade products. Yang 2nd grade, boleh pilih2 kalau nak cukupkan set. Cantik lagipun...kalau untuk buat makan hari2...

2nd grade...boleh jer pilih.

1st grade...yang comey2.

Aku pilih motif bunga...yang 2nd grade jew..

Garden items....tak beli pun, tengok2 jer.
Nak beli banyak2 tak boleh. Sebab kami pakat beli sorang sikit. Berat bonet keta nanti. Bila bgtau kat Ani Mat dan geng pantai timur...jeles depa. Hehe....

Lepas singgah di Ayer Itam, terus balik jer. Singgah solat kat RnR Restoran Jejantas Air Keroh. Pemanduan berganti antara Aku, Maria dan Cekna. Tak larat nak TOI lagi dah...terpaksalah diganti oleh orang lain. Maria drive till Seremban, then...Cekna drive till Putrajaya, hantar Baliz ambik kereta dia kat rumah Ani...

Rumah Ani...

Conclusions....
The journey that worth a thousand miles. Sangat2 happy dan berpuas hati. Alhamdulillah! Masih merasai kehangatan persahabatan yang masih kekal macam dulu2...

Aku dah kenal Pa hubby Kokna. Kenal juga Razak, hubby Cekna. Tahu Amir hubby Ani. Sedia maklum betapa baiknya Johan layan Kakcik, dan Muzam layan Maria. Kenal Yusuf hubby Along sejak U. Tahu jugak Saba dah happy dengan Taufik. Begitu juga yang lain2...
Dan... aku harap Adah sudah bertemu kebahagian dalam hidup dia. Dia lebih kenal partner dia dan hopefully, he will take care of Adah, makes her happy and guide her.

Some people come into our lives and quickly go. Some come for a while and leave footprints on our heart... and some, will always be there forever.

Saturday, February 11, 2012

THE JB TOUR AND EVENT- Part 1

TILL DEATH DO US PART....

Sudah lama tak buat reunion dengan geng USM. Selalunya...dalam small group, 3-4 orang ajer. Kalau nak mengumpulkan semua orang sekali, pun susah jugak. Masing2 ada commitment. The last time we managed to do big gathering was some 4 years ago.

Alhamdulillah! Adah akhirnya bertemu jodoh. Maka melalui fb, aku buat thread... planning for JB event. Seems like, semuanya dipermudahkan olehNya. Kira pi, kira mai...dalam 12 orang yang akan turn up. Berkonvoi ke JB.

Grup Pantai Timur, leads by Kokna. Bersama Kokna...Kakcik dan Along dengan anak masing2. Grup Pantai Barat, 3 biji kereta.  Kereta aku, akan bawa Cikna, Baliz dan Maria. Saba dan Ris satu kereta, bawa anak2 Saba seramai 4 orang. Ani Mat pulak, bawa anak2 dia 4 orang. Isteri orang merangkap Ibu2 ni diberi limited visa and time with term and conditions... hehe...tapi OKlah tu. Diberi kebenaran untuk ke JB pun, dah cukup baik. Sangat2 bersyukur dan berterimakasih pada hubby masing2.

Port pertama...jumpa kat Seremban. Kat situpun dah happening...rasa happy sesangat. Sempat juga snap beberapa foto...

Happy faces, Ani, Ris, Me, Maria, Cikna, Saba and Baliz

Bandar Baru Uda- rumah Adah.
Perjalanan yang menggembirakan, tak kering gusi dibuatnya...macam2 cerita yang keluar. Kami sampai ke JB, rumah pengantin around pukul 1:30. Geng Kokna, Along dan Kakcik was already there... they have reached there one day earlier...a day before. Jumpa jugak dengan Hasnah, Hisyam dan Mastura.

Jumpa Hasnah @ Kak Lang dengan Hubbynya Hisyam ( also our course-mate)
Adah's big day...Seeing her that day, makes me wanna cry...

Sibuk menganggu pengantin makan beradap
Ada banyak gambar kat wedding, tapi takyah ler upload semua. Biasalah...muka2 kami ajalah. Happy sangat tengok Adah berseri-seri. Kami pulak, walaupun ini 1st taim datang rumah Adah. Boleh saja buat macam rumah sendiri. 

Bincang2, nak ke Pasir Gudang...rumah Hasnah n Hisyam.


Putri Pan Pacific- tempat tidur, semalam jer...
Lepas attend kenduri, checked in kat Puteri Pan Pacific. Hmm... bilik kat tingkat 10. Aku share dengan Ris dan Nabilah. The room was quite okay. Spacious, cukuplah untuk 3 orang.

Pemandangan dari tingkap bilik

Pasir Gudang - rumah Hasnah & Hisyam
Petangnya, Hisyam datang ambil dengan 'mini-busnye'. Muatlah dalam 10 orang, Kokna naik kereta sendiri, together dengan Kakcik dan Along. Off to rumah Hasnah yang dah 18 tahun tak jumpa....

Dalam 'mini-bus' H&H. Gebang lagi....
Posing kat gazebo...rasa macam student pulak

Lama tak posing berderet macam ni...

Makan karipap dan pisang goreng kat umah Has. Buat persidangan kat situ sampai tak ingat nak balik. :) Thanks to Hisyam sebab memberikan ruang dan masa untuk kami. Dia dengan Has memang pasangan yang sehati sejiwa.

Kokna sempat bagi tazkirah versi Terengganu...macam dalam Tanyalah Ustazah. Ini adalah antara ayat keramat yang keluar dari mulut ustazah pilihan kita kali ini. Hehehe...mantopppp kata-kata ni...

Quotes from Kokna...
Alhamdulillah! Best sangat dapat jumpa macam ni...agenda gelak yang tak berhenti. Tapi, masih dalam keadaan terkawal.

Kita sambung part kedua bila ada masa ekkk!

Wednesday, February 8, 2012

LILY'S KITCHEN

On 4th Feb, on the way to Adah's wedding... aku oder macaroon from Lily.
Sebelum tu... Lily ada oder Kitchen signage dari aku,
Pulun jugak buat, ingat nak siapkan dan bawa bersama...
unfortunately, tak sempat nak varnish...
Inilah hasilnya sebelum varnish..


Hmm...penat jugak cari tissue motif macaroon, tapi tak dapat,
at last...kene lukis sendiri
ikut gambar macarron dalam photos from Lily's Kitchen...
Alhamdulillah, Lily suka...

Lily and Ris


Lily...masih macam dulu, senyum sokmo dengan lesung pipitnya yang terbenam.
Happy to be able to meet her again after 20 years...
Badan masig menten macam anak dare....


Menanti kami, bermacam-macam makanan....
malangnyer aku tengah sakit mulut...tak boleh makan banyak...
huhuhu....

Cream puff

Red Velvet and Black Forrest Cake..homemade

Macaroon versi lollypop

My order....cantiknya, colorful.
Makan dan sembang, like old time...
Quote kata2 Lily yang manis muka menyambut tetamu...

'Tetamu datang membawa masuk baraqah kedalam rumah kita & apabila tetamu keluar, membawa keluar dosa-dosa kita ... masyaAllah ...'
awesome comments