A scribble of my mind and heart.....

Monday, December 24, 2012

DOA UNTUK EMAK

Mak sedang sakit. Sudah hampir seminggu. Bermula dengan selsema, melarat kepada demam dan batuk. Sudah tentu package tu akan memberi kesan kepada tubuh tua mak. Tambahan pula.. mak tak lalu makan. Makan dua tiga mulut... dah geleng kepala.

Paling tak boleh tahan tengok mak batuk berpanjangan semalam-malaman. Dah tak tau nak bagi mak ubat apa lagi. Kalau boleh... saya pohon Allah pindahkan sakit mak kepada saya. Biarlah saya yang menanggung di pihak emak... :(

Saya hanya mampu mendoakan kesihatan mak pulih seperti sedia kala...


Perkongsian dari wall fb Tanyalah Ustaz;

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


Photobucket

Tuesday, December 18, 2012

SYUHADA


Syuhada Batrisya dah hampir dua tahun. Dah pandai cakap. Makin banyak karenah. Makin nakal dan makin cute. Ni lah penghibur kami.





Photobucket

Saturday, December 15, 2012

AMBIL MUDAH!

Handphone saya pengsan!



Henfon saya yang selalu 'demam' sejak kebelakangan ni, jatuh 'pengsan' semalam. Ni semua sebab sikap ambil mudah saya la... Dah tahu henfon tu tak berapa sihat, saya biarkan Chukada main. Chukada pulak, pantang nampak beg saya... habis dia selongkar. Misi utama dia, nak cari 'tik' ( lipstick). Budak pompuan... macam tu la... kecik2 dah pandai nak melawa. Bila jumpa henfon, pandai pulak dia buka slot camera dan buat aksi nak ambil gambar kucing sambil sebut 'nyum... nyum' ( senyum2x).

Bila nak ambil dan simpan, dia pegang tak mau lepas. Sampai ketaq kepala dia. Puas jugak nak lepaskan pegangannya. Lepas berjaya rembat tu, tetiba keluar ayat 'insert sim card' macam selalu jadi. Oh no!

So, saya buat macam selalu... buka slot bateri dan on balik semula. Gagal! Sampai ke tengah malam, tried for so many times but failed! Huhuhu... ada jugak rasa nak baling jer henfon tu... sabar sajalah! Kena antor kedai repair atau beli baru jer... ( beli cap ayam dahhhh).

Konklusinya : PADAN MUKA SAYA!


Jangan Buat Begini!

http://www.toonpool.com/cartoons/Abbey%20Road-Traffic%20Light.._162507


Pagi tadi, waktu drive balik dari kedai lepas beli cat litter... saya jumpa dua insiden yang buat saya terfikir tentang sikap ambil mudah kita2 ni.

Yang pertama, masa saya drive thru jalan kampung, dari jauh saya nampak 2 lelaki. Sorang dari kiri jalan, sorang dari kanan jalan. Depa ni... berjumpa di tengah2 jalan. Betul2 dekat line putih tu. Siap boleh berjabat tangan kat tengah jalan sambil passing barang dan bercakap sebentar. Mujur saya bawa tak laju... bila saya hampir barulah depa nak gerak ke tepi.

Isy! Ambil mudah sungguh! Tak sayang nyawa. Kalaulah ada yang bawa macam Micheal Shumacher... mau patah riuk 2 orang tu.

Yang keduanya, tak lama lepas tu, saya pass by satu keta yang parking di bahu jalan. Rasanya enjin dia tak off, pintu sebelah driver pulak dok terkangkang sampai sipi2 masuk ke jalan. Drivernyer tengah beli makanan kat gerai tepi jalan.

Adoyai! Kalau ada yang langgar karang... baru tahu nak menangis! Nak ganti pintu tu... mau beratus! Tu belum campur luka atau patah riuk orang yang langgar tu!

Konklusinya : LAIN KALI, KITA JANGAN BUAT LAGU TU, NOO!

:))

Photobucket

Friday, December 14, 2012

HARI MARAH SEDUNIA!!!


Salam Jumaat!

Kes 1

Di pagi penghulu segala hari ni, tetiba... saya diuji! Ujian yang sedikit. Ujian kesabaran yang nampaknya gagal saya lalui.

Pagi tadi pi bank, bayar EPF, Socso utk staff dan minta nak tukar small change RM1 dan RM 5... Then officer kat situ tanya...


Officer : Akaun bisnes bank mana?
Saya : Bank Islam
Officer : Apasal tak minta small change kat sana? ( Dengan muka yang kenenkan saya, isyarat 'boleh belah!)
Saya : (Dalam hati kata... hek ele... berkira pulak mak nya ni!) Kenapa? Tak boleh tukar sini ke? Nak kena tukar kat sana?
Officer : (Angguk)
Saya : I pun ada personal acc kat sinilah, cuma acc bisnes jer kat bank sana.
Officer : (Senyum kambing) Oh ada acc kat sini ke, you punya bisnes acc... pindahlah kat sini.
Saya : (Senyum sambil dalam hati kata... ikut suka aku laa...)

Hmm... nak tukar duit pun nak berkira. Saya tiap2 bulan support bank depa... nasib baik masih boleh senyum! Tapi yang tak bestnya... saya masukkan cerita ni dalam status fb saya. Kira macam merungut jugaklah kan!

Kes 2

Mulai hari ni, dan beberapa minggu ke bulan seterusnya, saya nak mogok makan Tomyam dan menonton cerita Korea. Kedua-duanya sebab kita kalah bola semalam.

Huhuhu... saya ni memang minat bola. Dulu2 selalu teman arwah ayat tengok bola awai pagi. Tapi semenjak dah senja ni, jantung dah tak berapa kuat nak tengok. Pumpingnya terlalu kuat sampai saya rasa nak bergegar badan. Lepas tu kalau kalah... saya tak boleh tidur malam. :)

Dalam tak tengok tu, saya dok dengar sana sini orang menjerit. Lepas tu bila muka fb sat malam tu... semua orang dok komen tentang mutu padang yang teruk tu. Juga tentang pengadil Korea yang berat sebelah tu. Habih orang pakat2 dok like gambar dia kat wall fb,   ( sebab 1 like = sebiji penampar siam) :))

Mujur... mujur... saya bukan kaki tonton filem Korea. Dan tak penah hafal nama pelakon Korea... saya cuma tau Lee Min Hoe jer. Kalau tonton pun, saya cuma kadang2... tonton Saranghae kat TV 9 tu... jadi berbaloi jugak ler mogok saya...

Tak kisahlah. Harimau Melaya dah buat yang terbaik. Itu perang psikologi yang depa bagi kat kita. Sesajer jer bagi padang teruk supaya kita tak puas hati. Bila tak puas hati... sakit hati... semangat jatuh la sikit. Indirectly... dia akan efek permainan. ( Ni pendapat otak saya yang nilainya 2 sen ajer).

Apa2pun saya tetap sayang HARIMAU MALAYA!!!

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.


Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

ALHAMDULILLAH!


Alhamdulillah! Saya sudah dapat writer's copy untuk 'BOUGAINVILLEA' saya. Baru dapat tadi petang. Akhirnya, dapatlah tengok 'baby' saya ni...

Actually ada insiden funny pada awal paginya. Saya dapat call dari KTM. Kata orang yang call tu... ada parcel yang perlu dihantar ke address rumah. Saya dah boleh agak, mesti novel saya dah sampai. Saya memang selalu tak ada di rumah sebelah siangnya. Boleh ajer kalau Kak Mun nak tolong terima. Tapi saya excited sangat nak tengok hasil usaha saya. So, saya suruh depa hantar ke tempat kerja...

Caller : Nak hantar ke address mana tu, puan?
Saya  : Hantar ke ( saya beri address saya), dekat sikit dengan Butterworth.
Caller : Dekat mana tu, dekat kedai apa ya?
Saya  : Dekat Klinik Bersatu, bertentang dengan Taman Telok Molek.
Caller : Dekat Klinik Rozi tak?
Saya  : Tak... lepas masjid hijau tu...
Caller : Dekat tak dengan Farmasi Mawar?
Saya   : ( Saya gelak besar) Yang saya bagi tadi tu, address Farmasi Mawar lah tu...
Caller pun gelak besar juga, mesti dia salah sorang customer saya... Saya taknaklah cakap nama bisnes saya tu, bisnes kecik saya tu bukan femes manapun... Alhamdulillah! Ada jugak yang perasankan kedai kecik saya tu...

Lagi satu insiden funny, tengah tulis N3 ni, Qer-Qer, anak kucing yang orang buang kat depan kedai tu, tolong tambah N3 masa saya tengah entertain customer...



Lepas tu, Alhamdulillah juga, saya dapat buah tangan tanda ingatan dari sahabat saya Dr Jua yang baru balik bercuti dari Korea... Jazakallah hukhairan kathiiro...


Small token with a very big meaning. Alhamdulillah! Dalam sibuk2 bercuti, nak fikirkan barangan yang nak dibawa balik untuk family, dia masih ingat token untuk kami 3 orang staff farmasi. Terharu sangat!

Saya pernah syahdu macam nak nangis bila kawan saya Dr. Azah hantar sms dari Mekah. Sudah la lama dia tak contact saya, saya sangat2 terharu bila dia ingat kat saya dari tempat yang suci dan mulia macam tu. Dia hantar sms cakap tetiba ingatkan saya dan sudah doakan saya. Syahdu sungguh!

Hari ini, saya bersyukur... in fact, hari2 pun kena bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan... betul tak?


Photobucket

Monday, December 3, 2012

SPENDING MY SUNDAY...

Sunday tak buat apa2 pun. Pagi cuci rumah sikit-sikit. Old age symptoms... i get tired easily eventho baru buat mopping sikit2 jer. Lepas tu masuk dapur bersilat dengan periuk belanga.

Lama tak upload gambar memasak... kali ni terasa nak mengupload pulak. Minggu ni. jangkit angin malas, saya malas nak masak yang complicated, masak yang mudah2 tapi yang mak suka makan...


Mak suka makan asam pedas. Kalau masak yang ni sekurang2nya sepinggan nasi mesti habis. Kalau lauk lain, dia akan cakap... sakit mulutlah, tak lalulah dan macam2 alasan lagi. Okaylah kan, anak dia pun malas nak masak... buat asam pedas ni, boleh ajer sambil pejam mata... :))



Pastu masak sambal teloq untuk diri sendiri. Makan dengan nasi panas-panas, sedapppp oooo.... Ni pun senang jugak. :)



Kat rumah, kalau masak sayur, memang susah nak habis. Masing2 tak berapa minat makan sayur. Makanya, saya cari ulam pucuk gunchaq. Sedap pucuk ni, lemak2 masam rasa dia. Tumbuk pulak sambal belacan pakai 100 persen cabai melaka. Hmm... pastu goreng lauk jer lah.  Siappppp!

Petangnya, baru letak kepala tak sampi setengah jam, Pak Su Khodet mai pangge makan kenduri anak dia Siti Najah. Hmm... third week bulan 12 ni, kena head for Ipoh la pulak!

Sunday saya, tak produktive, tapi... yang bagusnya, saya spend satu hari dengan ahli keluarga saya.

Photobucket
awesome comments