http://www.quotesbuddy.com/quotes/daughters-quotes/ |
Ayah
Ayah aku, bukan siapa-siapa
Sekadar lulus darjah enam, sekolah atap
Dia bukan cikgu atau pegawai kerajaan,
Bukan juga orang berpangkat dan berkedudukan,
Ayah aku,
Cuma kerja kampong,
Yang menguruskan sawah sekangkang kera,
Kadang-kadang menoreh getah
Ada juga kerbau lembu yang dibela
Semuanya sedikit-sedikit,
Buat bekal sesuap nasi…
Ayah aku,
Walau tidak mengaji tinggi,
Dia pentingkan ilmu,
Dan berusaha, hantar aku sampai ke universiti…
Ayah aku,
Walau bukan guru sekolah,
Dia mendidik aku dengan caranya sendiri,
Ajar aku tentang pentingnya berjuang ,
Untuk masa hadapan.
Ayah aku,
walaupun bukan berpangkat, berkedudukan,
Dia kuat bekerja,
Sampai mampu mengumpul harta,
Hanya dengan tulang empat keratnya.
Ayah aku,
Mungkin bukan siapa-siapa ,
Tapi dia kaya dengan kasih sayangnya,
Dan aku kasihkan dia, tak terhitung banyaknya.
Ayah aku,
Tetap nombor satu di dalam hati
Walau kini sudah lama pergi
dijemput Ilahi…
Al-Fatihah untuk arwah ayah, Haji Sidik Awang.
— feeling alone. Not even a day passed without missing him.
No comments:
Post a Comment