Hari ni, ada Chinese customer yang datang awal pagi. Alhamdulillah! Selain bawa rezeki, dia juga bawa cerita yang buat saya berfikir dan mensyukuri nikmat yang ALLAH berikan walau sekecil manapun... Ya, kadang2 kita mengeluh dengan kekurangan diri dan dugaan ALLAH tanpa kita sedar, nikmat yang ALLAH beri itu tersangat besar.
Lately, saya dihujani dengan berbagai dugaan. Yang berat, yang tak berat... yang kadang-kadang buat saya letih. Yang sesekali buat saya rasa macam mahu parking kereta di tengah padang, di bawah pokok yang rendang dan berbaring sambil merenung langit tanpa fikir apa-apa. Serius! Saya selalu fikir nak buat macam tu kalau ada masalah. Ngee...
Tapi bila dengar cerita dia, saya jadi insaf... dugaan saya tak seberapa sebenarnya...
Kata dia, selepas diisytiharkan bankrap, di dalam bulan yang sama... dia mengalami sakit di bahagian tulang belakang. Ada infection dan terpaksa buat operation untuk buang nanah. Terlantar di hospital 3 bulan. Bila boleh balik rumah... tak sampai beberapa hari, kena halau keluar dari rumah sebab rumah kena lelong akibat dari status bankrap tadi.
Dengan balance duit yang dia ada, dia sewa rumah. Akibat operation, dia terlantar tak boleh berjalan selama setengah tahun. Kena pula upah orang untuk jaga dia selama paralyzed tu... sampai pokai terus. Kata dia lagi, kadang-kadang memang terasa macam nak ambil nyawa sendiri...
Tapi dia kuat semangat, asal boleh bangun walaupun dalam keadaan bongkok, dia masak makanan untuk jualan... dan terus berjual hingga hari ini, dia sudah boleh berjalan macam biasa walaupun sakit tu sentiasa ada dan perlu bertahan dengan ubat. Dia mengalami dua tahun yang terlalu hitam dalam hidup. Jatuh, terpleot dan kini bangun memperbaiki diri...
Ya... saya selalu baca tentang ini, tapi berbual dengan orang yang mengalami, melihat expression mukanya dan melihat air mata yang bergenang di matanya... buat saya lebih menghargai apa yang saya ada.
Kita selalu melihat ke atas, melihat orang yang lebih bernasib baik, dilimpahi kemewahan dan tidur bertilamkan wang ringgit. Maka sebab tu lah, kita rasa terlalu kecil, rasa sangat tidak bernasib baik dan terlalu inginkan apa yang mereka2 tu nikmati. Kita lupa tengok orang yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita... orang yang miskin, yang tak makan dan diuji dengan kesakitan yang berpanjangan... itulah kita. Tak pernah bersyukur!
Sebenarnya, kita yang tentukan hidup kita. Macam mana kita mahu melihat sesuatu musibah itu dan ambil dia sebagai pengajaran. Look around us, and count on our blessing then starts planting our own garden.
Note : Kadang2 kita rasa, kita dah teruk sangat kena hempap dengan batu... tapi orang lain ada yang patah riuk dan pecah kepala...
No comments:
Post a Comment