A scribble of my mind and heart.....

Saturday, June 29, 2013

MAK TAK SIHAT

Mak dengan cicit, Syuhada...

Mak tak sihat, dah lebih tiga hari mak tak mau makan nasi. Suruhlah macam mana pun, ada saja jawapan yang mak bagi. Dah habis ikhtiar Kak Mun nak masak apa, dan dah habis ayat saya nak pujuk mak suruh makan. Infact, lately, mak memang kurang makan. Dah nampak kurus benar dah, mak la ni. Sedih tengok condition mak macam tu..

Semalam, mak tak boleh tidur. Pukul 3 lebih mak kejut saya. Soalan mak buat saya terkedu. Mak tanya...

Ayah hang pi mana? Dia ada lagi ka?

Saya yang terpisat-pisat bangun, terus jer jawab

Ayah dah lama tak ada la mak... mak cari ayah ke?

Mak garu kepala;

Mak cari ayah hang, tapi tak dak... lama dah ke ayah tak ada?

Saya peluk mak yang berdiri kat sebelah katil;

Dah lama, dah tujuh tahun...

Dan terus ikut mak keluar dari bilik.

Pagi ni, mak nampak tak larat sungguh. Tapi masih refuse tak mo makan... suasah hati betulla... :(
Moga mak kembali sihat macam sedia kala... Ya Allah! Sembuhkanlah mak!
Photobucket

4 comments:

inahar ali said...

salam rindu packy..sedih benor aku baca citer psl mak hang ni..moga mak cepat sihat dan kembali spt sediakala ya packy..amin!

EL MARIACHI said...

sabar cik packy...dan semoga mak cik packy sembuh seperti sediakala...

Anonymous said...

kak packy..
saya nangis baca...

Packy @ Mawar Merah said...

Terimakasih untuk Inaharr Ali, El-Mariachi dan miss anonymous... Alhamdulillah! Mak dah mula makan nasi, walaupun sikit, rasa syukur sangat2...

awesome comments