A scribble of my mind and heart.....

Friday, July 19, 2013

RAMADHAN AND MY MOM...


Bertemu hari ini, bermakna sudah sepertiga Ramadhan berlalu. Pencapaian? Malas nak cakap. Terlalu banyak kekurangan diri. Terlalu leka dan terlalu ambil mudah segala perkara. Jadi kena ingatkan diri sendiri yang saya masih mempunyai 20 hari baki lagi untuk diisi sepenuhnya dengan amalan-amalan kebaikan seperti yang dituntut sepanjang Ramadhan. Insya-Allah!

Cuma tahun ni, ada satu kelainan yang boleh dikatakan ' a blessing in disguise'. Menghampir Ramadhan, emak sakit kuat. Tak mahu makan dan tak berdaya. Lepas tu asyik batuk saja. Sampailah Kak Yam dan Kak Ani balik kampung. Saya panggil kedua-duanya Misi Besaq dan Matron. Kalau dengan kami, pujuk makan pun tak mau makan... bila kakak2 saya ni balik, mak terus aje ada selera nak makan. Apalagi Kak Ani yang kat Sbg Jaya tu, pakar masak. Sanggup pula bangun pukul 4 pagi masakkan bubur untuk mak. Dan Alhamdulillah! Mak kembali sihat dan berselera sebaik Ramadhan menjenguk.

Memandangkan mak baru jer baik sakit. Ada jugak la nasihatkan mak supaya tak payahlah berpuasa beberapa hari. Ya lah! Umur 80 tahun, mana nak sama kuderat orang muda. Tambah-tambah selepas baru baik sakit. Tapi mak berkeras nak berpuasa jugak. Sebenarnya, tak adalah masalah sangat sebab mak cuma berbaring jer. Sesekali mak minta air... bila ingatkan mak yang dia di bulan puasa. Mak angguk saja. Kata mak, nasib baiklah ada anak-anak.

Memang memori mak tak berapa baik sejak kebelakangan ni. Mak kerap tanya soalan yang sama. Kadang2 sampai berpuluh kali. Jadi bulan Ramadhan ni, kena selalu ingatkan mak yang dia sedang berpuasa setiap kali dia minta air nak minum. Dan yang saya katakan 'a blessing in disguise' tu adalah tentang perasaan saya setiap kali mengingatkan mak untuk berniat puasa... tak tahu nak cakap macam mana. Syahdu kut!

Kalau masa kecik dulu, mak selalu ingatkan saya supaya berniat sahur. Selalunya dua kali. Masa nak tidur dan selepas sahur. Mak bimbang jika anak mak terlupa niat. Kini... giliran saya dan Kak Mun pula ingatkan mak supaya berniat. Selalunya, saya akan tanya...
" Mak dah niat puasa?" ataupun
" Mak, jangan lupa niat puasa tau!" atau kadang-kadang,
" Mak, jom kita niat puasa."
Semua itu nampak simple,tapi... perasaan saya setiap kali ingatkan mak tentang tu, sukar nak digambarkan. Syukur Alhamdulillah! Kerana Allah masih berikan peluang untuk saya berbakti kepada mak di hari tuanya...

'Hiasilah hari-hari kita dengan senyuman yang termanis untuk seorang ibu, nescaya keberkatan dunia sentiasa mengiringi kita sehingga matahari terbenam.'
Photobucket

No comments:

awesome comments