Sempena Ramadhan, jom berpesan-pesan dengan kebaikan. :)
7 Perkara yang wajib kita tinggalkan :-
Tinggalkan pandangan liar akan dapat tekun dan khusyuk.
Tinggalkan bercakap banyak akan dapat hikmah dan bijaksana.
Tinggalkan makan banyak akan dapat sihat dan rajin beribadah.
Tinggalkan melihat aib orang akan dapat melihat aib diri.
Tinggalkan memikirkan zat Allah akan lepas dari keraguan dan munafik.
Tinggalkan banyak tidur akan terlepas dari papa.
Tinggalkan makan haram akan hidup hati dan kabul doa.
Tinggalkan makan syubahat akan jernih hati dan kuat agama.
Tinggalkan maksiat akan dapat terang hati dan manis ibadah.
Tinggalkan cinta dunia akan dapat mencintai Allah.
Tinggalkan riak, ujub dan takabur akan terlepas dari syirik halus dan diterima ibadah.
Tinggalkan da'wi akan dapat tawadduk. (da'wi iaitu mengaku diri kita terbaik).
'Hidup tenang diperolehi jika sentiasa bersama Allah, dan Allah akan menyertai orang-orang yang sentiasa membersihkan hatinya.'
No comments:
Post a Comment