Sepanjang Ramadhan, ada beberapa event atau perkara untuk dikenang....
Syuhada;
Dia sentiasa sibuk masa orang nak berbuka, kalau tak mengacau Nan ( dia panggil tok wan dia, nan), dia akan mengacau Tok Ndak kat rumah nenek. Dia pun nak berbuka juga. Orang angkat tangan berdoa waktu berbuka, dia pun buat benda yang sama, pejam mata dan terkumit-kumit mulut. Entah apa yang dia baca... pandai berlakon sungguh.
Kadang2, dia sampai pi berbuka dekat umah Tok Njang yang jauh sikit. Cheeky Chukada ni, memang sentiasa keletah dan menghiburkan...
Mak;
Walaupun tak sihat, Alhamdulillah! Mak berpuasa jugak tanpa tinggal. Kesian tengok dia tak larat waktu2 tengahari yang panas sangat tu. Kesian jugak tengok dia menapak dari bilik air ke tempat solat... lepas tu termengah-mengah penat. Ya lah! Jantung mak dah tak berapa kuat lagi.
Mujurlah masa Kak Yam dan Kak Ani balik haritu, depa beli tilam dan letak kat ruang tamu tu. Tak payahlah mak jalan jauh2 masuk ke bilik. Belasah ajelah ada tilam seketoi kat tengah rumah, janji ia mempermudahkan mak...
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
No comments:
Post a Comment