Hari ini Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Ya... Ramadhan sedang menuju ke penghujungnya. Sedih! Syahdu! Dan saya sedar sesungguhnya, saya berada di kalangan yang rugi kerana tidak memanafaatkan Ramadhan ke tahap yang sebenar-benarnya...
Pesan Ustaz Zaharuddin dalam facebook Zaharuddin.net ;
Hari jumaat terakhir Ramadhan tahun ini, perbanyakkan doa dan yakini ia maqbul. Hayati setiap patah yang dipohon dan ungkaplah dengan penuh penghayatan, insaf lagi mengharap. Ulangilah ia sehingga terasa benar keletihannya.. Sewaktu khatib jumaat duduk dan selepas Asar adalah waktu utama berdoa. Janga lupa diselangi dengan pujian nama2 Allah dan taubat.
Dan sewaktu berbuka tadi, saya tiba-tiba rasa syahdu. Tak tahu adakah masih ada peluang atau tidak untuk bertemu Ramadhan lagi di tahun yang seterusnya... :-(
No comments:
Post a Comment