Saya orang kampung, dan dibesarkan dalam suasana kampung di zaman 70an. Mak dan ayah saya pula, bukan berpendidikan tinggi. Mereka membesarkan saya seadanya... dan terima kasih tak terhingga untuk itu. Cuma mungkin, di zaman kanak-kanak saya... kami lebih banyak ditakutkan dengan cerita-cerita hantu, orang potong leher orang dan macam-macam lagi. Kami juga diajar supaya menghormati tetamu dengan cara menjauhkan diri dan jangan menyampok perbualan orang tua-tua...
Oh, God, I struggle with low self-esteem all the time! I think everyone does. I have so much wrong with me, it's unbelievable!
Masuk ke asrama di sekolah menengah, saya membawa sifat itu bersama. Tak ada orang yang menyedarkan saya dan saya kira, itulah yang terbaik untuk saya. Saya gemar lari dari memegang peranan besar dalam apa saja aktiviti.
Saya boleh berlari laju, namun saya berlari laju hanya untuk qualified mendapat unit untuk rumah sukan sewaktu sukan tambahan sahaja. Selepas itu, saya pura-pura tak kuat berlari bila tiba pemilihan untuk acara sukan yang lebih besar. Saya boleh menyanyi, dan saya pura-pura menyanyi sambil gelak sewaktu pemilihan koir sekolah diadakan. Bukan hanya itu... saya lari dari banyak aktiviti yang sepaptutnya membentuk saya menjadi manusia yang lebih baik dan lebih berkeyakinan. Betapa ruginya saya!
Sudahnya... saya tidak ada kredibiliti untuk menjadi pemimpian. Pos paling tinggi yang saya pegang sewaktu bersekolah adalah setiausaha Persatuan Bola Lisut. Itu aje!
Ya mujur, mujur saja saya gemar bersukan. Maka saya mewakili sekolah dalam pasukan Hoki dan Besball sekolah. Dan mujur, mujur juga saya tinggal di asrama yang sangat memerlukan pergaulan selama 5 tahun... itu membuatkan saya tidak kekok bergaul.
Every accomplishment starts with the decision to try. It's better to try and fail than to never know and always wonder.
Kurangnya keyakinan diri itu buatkan saya sangat kagum melihat orang yang mampu berhujah, berbahas, bercakap di hadapan orang ramai dan mengambil tanggungjawab sebagai ketua atau penyelaras sesuatu event. Saya wonder, apa kekuatan dan bagaimana mereka2 tu mampu melakukan sebegitu...
Mulanya, masa sekolah dulu saya ingat, kawan-kawan saya tu memang dilahirkan dengan bakat terpendam macam tu. Dari kecil dah mampu bercakap melontarkan pendapat dan tak takut dengan persepsi. Kalau macam tu, tentunya tidak adil bagi saya yang tidak dikurniakan kebolehan sebegitu...
Namun lama kelamaan, selepas melalui fasa pelajar, masuk ke universiti dan alam pekerjaan membuatkan saya sedar... semua tu bukan datang dengan sendirinya atau gifted by God. Mereka sebenarnya sudah melalui acuan-acuan tertentu yang menjadikan mereka begitu...
Saya cuba memperbaiki diri. Membeli dan membaca buku2 motivasi... namun bukan mudah untuk berubah menjadi yakin dengan sekejapan. Dan sehingga kini, saya masih belajar untuk yakin diri dan berjuang untuk yakin diri. Tak reti... saya belajar. Tak faham... saya bertanya. Yang penting saya ada usaha untuk mengubah diri saya.
Terbaru, melibatkan diri dengan bidang penulisan, saya belajar untuk menzahirkan rasa hati saya dengan mata pena. Mula-mula memang malu... lama2, ia sudah beransur menjadi biasa... Saya masih belajar dan mencuba dan akan terus mencuba...
2 comments:
Bila baca citer ni mcm citer akak sekolah dulu jer. Even smpi skrg mmg tak de konfiden nk lead apa apa pun. Klu nk menulis blog pun berpuluh kali cuba tulis. Tulis erase tulis erase. Takut org tersentuh hati lah. Takut mcm mcm. So sudah nya tak de blog. Akak ckp sensorang jerlah. Hihi. Tp sedih tau hidup mcm ni... Jgn jd mcm akak. Kwn pun tak ramai....
Salam anonymous...
Hehe... jangan risau. Sebenarnya ramai jer orang yang macam kita. Kita cuma kena kuatkan hati dan percaya diri. Kalau ada anak-anak, kena tanamkan keyakinan diri kat depa awai-awai... biar depa berdikari supaya depa tak jadi macam kita... kan?
Post a Comment