A scribble of my mind and heart.....

Friday, March 12, 2010

AL- FATIHAH untuk cousin


Semalam lebih kurang pukul 4 PM, aku dikejutkan dengan berita sedih, sepupu aku Azimah Saad meninggal dunia. Bila berziarah kemudiannya...dapat cerita dari keluarganya yang arwah meninggal selepas Zohor ketika duduk di atas kerusi sambil mendengar ceramah agama. Kalau kat utara ni biasanya lepas zohor lebih kurang pukul 2PM ada ceramah agama, bermula dengan Mutiara FM bersambung pulak dengan Kedah FM hingga melewati pukul 3 PM...masa tu arwah ditemani anak lelakinya Ein yang sedang berbaring di situ. Ein cuma sedar yang emaknya sudah meninggal apabila adik perempuannya menalipon dan ingin bercakap dengan emaknya....

Dalam masa sebulan sebelum hari kematiannya, arwah ni ligat berziarah ke rumah mak2 dan bapak2 saudara dan jiran2 sekampung yang sudah tua dan uzur....sambil tu memohon maaf dengan semua orang. Rasanya tak sampai 2 minggu lepas, arwah mai menziarai mak kat rumah, ada juga arwah bersungut kat aku yang badannya rasa lemah macam orang nak mati...tapi aku tak ambil serius, aku cuma kata 'semua orang pun akan mati...cuma lambat atau cepat saja' dan arwah cuma tersenyum. Menurut anaknya pagi semalam, arwah habiskan sepanjang pagi mengunjungi orang2 yang dia ada berhutang dan melangsaikan semua hutang yang masih ada...seperti arwah tahu masa untuk dia dipanggil Ilahi semakin dekat.....

Pada pandangan mata kasar aku yang tak berapa pandai nie, arwah pergi dalam keadaan baik dan melakukan kebaikan sepanjang hidupnya...selebihnya hanya Allah yang tahu. Dan setiap kali menziarahi jenazah dan mendengar cara kematian seseorang...minda aku mula berfikir, bagaimanalah agaknya caranya aku akan dipanggil mengadap Ilahi nanti....

Ya Allah!
Jadikanlah sebaik-baik umur kami, umur yang di penghujungnya,
dan sebaik-baik amalan kami, amalan yang penghabisan,
dan sebaik-baik hari bagi kami, hari kami menemuiMu.


Al Fatihah untuk allahyarhamah Azimah Saad...semuga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang diredai Allah.

2 comments:

rokiahismail said...

Alfatihah..tumpang seronok mendengar cerita bila dijemputNya ketika melakukan kebaikan..semoga kita semua pun dipermudahkan untuk berjumpaNya..Amin...

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Kiah...thanks doakan arwah, betul tu, seronok dengar bila kematian seseorang semasa melakukan perkara baik2...hopefully kita pun akan dapat kemuliaan macam tu....

awesome comments