A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, March 10, 2010

PERANG AIR

Ini gambar masa bersiap sedia untuk berperang, dalam gambar ni ada Arn, Add, Ala, Faiz, Anim, Leha, Kiah, Lan, Na, Maza, Masnah dan aku.

Bila jumpa balik ex-school mate yang sama2 duduk kat asrama dulu, banyak sungguh kenangan lama yang dikorek semula...lepas tu pakat komen dan bergelak sakit perut mengenangkan zaman dulu2. Ada juga kengkawan yang upload gambar lama, lepas tu gelakkan betapa toya nyer muka masa tu....masing2 cuba nak kenakan kawan dengan gambar2 lama, maka habis lah digeledah album lama untuk mengorek balik foto2 yang exclusive tu....

Tapi dalam semua kenangan yang dikorek balik dan yang hampir hilang dari kotak minda aku ialah kisah perang air selepas minggu orentasi. Heran jugak yer...macamana aku boleh lupa, sedangkan itulah event yang paling mengembirakan setelah 2 minggu kena buli dengan senior. Perang air ni, kira macam tradisi, iaitu acara tahunan untuk penghuni hostel...misinya adalah untuk merapatkan hubungan antara senior dan junior, disamping menghilangkan rasa tension sepanjang minggu orentasi...sambil tu mana2 junior yang rasa tak puas hati dengan senior yang kuat membuli ada ler peluang untuk membalas dendam. Masa tu senior dah tak boleh marah lagi, sebab hari tu semua kena sporting dan bersedia untuk bermandi air...sampai basah kuyup.

Biasanya hari perang air mestilah hari ahad, awal pagi pulak tu... jadi persediaan akan dilakukan seawal malamnya. Mestilah kena beli plastik transparent untuk diisikan dengan air, lepas tu kena ikat dengan getah...kira macam peluru air lah tu. Selalunya mesti pastikan penuh sebaldi berisi bungkusan air tu...untuk sesiapa yang ada baldi lebih kira bonus ler...boleh bersiap sedia dengan peluru air banyak2.

Awal2 pagi lagi dah excited...semua pelajar mula mengangkut bekalan peluru air ke tengah padang..sebelum tu sempat posing dulu ( macam dalam gambar kat atas). Bila semua dah ready, mula2 ada ler garisan yang membahagikan senior dengan junior...start dengan lontaran dari jauh jer, tapi lepas tu dah langgar sempadan ler jawabnya...sesapa yang rasa dia geram kat mana2 orang, boleh ler hentam orang tu secukup rasa. Bila bekalan peluru tak cukup, ada yang pi angkut air dengan baldi dan siap bawa gayung air pulak...hahaha. Pendek kata at the end of the war, semua orang basah kuyup...tapi keseronokannya tak dapat lah nak diterangkan dengan kata2, dan dari situ lah kami memulakan hidup sebagai adik beradik dalam sebuah keluarga yang besar. Kami makan, tidur, mandi (berebut tempat mandi), main, pi sekolah dan kekadang bergaduh...semua tu buat kami belajar jadi manusia dan menghargai persahabatan disamping mengumpul memori yang manis dan juga yang pahit....

What a wonderful memory....can still feel the excitement until now.

Kalau bercerita tentang zaman hostel ni, semua kengkawan tak lekang dari menyebut nama cikgu2 warden macam Allahyarhamah Ustazah Rokiah, Ustazah kadijah, cikgu Zaiton dan cikgu Suraya, tak lupa juga Mr Chong (dengar kabar dia baru meninggal dunia), Amara, Mak Nya dan kakak2 kantin...dan yang selalu diingati...mamak jual kuih setiap pagi dan petang.

Jika mengimbau memori zaman persekolahan, hati pasti digeletek dan bibir akan menguntum senyum, kerana kalau ada pun memori yang pahit...ia sudah bertukar menjadi manis, dan segala yang manis dahulunya....masih kekal terasa manisnya sampailah ke hari ini....

5 comments:

nieb said...

memang best sesgt time ni..tp rasanya lps 2-3 tahun tu dah kena banned...sbb membazir air kata depa..rugilah juniors kita yg tak dan nak rasa experience ni..

lagi satu yg best last minggu orientasi ni telematch..

and i still ingat our lagu orientasi masa form 1 (1982)..

antara lirik yg ingat

alangkah indah bila didisiplin
oleh seniors yg baik budi
pertama kali masuk st georges
banyak perkara yg ngeri-ngeri

tidk spt di rumah dulu
makan disuap minum disudu
oleh itu didiplah kami
tapi jgn sampai kami mati..

(ikut tune lagu p.ramlee..alangkah indah diwaktu pagi, burung berkicau menari2..)

dan lagi...

inilah barisan kita
yg ikhlas beratur
siap sedia nak makan
kerna perut dah lapar
bla..bla...

ingat lagikan..beratur dpn dewan makan sambil pegang cawan subsidi...

uwaaaa...nostalgia laa...

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Nieb,

Hahaha...Nieb masih ingat noo..lagu minggu orentasi tu...yang lagu ikut lagu barisan kita tu jer yang ingat...yang lagi satu tokleh recall.

Hahaha...cawan subsidi warna oren, what a wonderful memory, funny betoi bila ingat. Pastu masa tu selamba jer kita makan kat dewan yang maknya hold kontrak masak...entah apa dia ng kita makan pun tak tau...w/pun kakak2 yg masak tu melayu. Alhamdulillah kita semua jadi orang....

nieb said...

kak kiroh..bukan mak nya laa..makcik tu melayu..muka dia mcm chinese..mak menakan dorm mate saya..masa hari merdeka SPM, kami siap pi tidoq umah dia..amik kesempatan umah dia dekat ngan tapak pesta..jln kaki jer ke tapak pesta tu..mlm last tu kira kami enjoy abis kat pesta..

tp kutla yg maknya ni sblm kami form 1 tatau la plak.. :)

Packy @ Mawar Merah said...

Nieb...Hee...bukan Mak Nya ka..yang anak dia gangter Penang tu, dia kan tokeh kat situ...tapi tak ingat dia dok sampai taun bila...tapi yg ingat sangat sebab, one night during Ramadhan masa dok makan sorg...anak jantan dia yang gangster tu mai duduk depan kak kiroh masa dok makan...teruih kecut perut takut nak makan.....tinggai makanan masa tu jugak, esoknya punya la tak larat....

nieb said...

kalu camtu...salah org la kak..makcik ni anak dia baguihh..

pengalaman yg bukan semua org dpt tu..duk sblh gangster.. :)

awesome comments