A scribble of my mind and heart.....
Wednesday, June 30, 2010
BUTA BUTA JER.....
Right from that very moment, tiap2 hari at least 2 sms was sent to me...tahkerpenama punya sms pun tak tau...tak berguna langsung. Then dengar kawan cakap those kind of sms, kalau tak buka pun akan kene charge 30sen...so might as well aku pi block. Bila pi Maxis...I was told that instead of 30cent, it cost me RM 4....kalau ikut kiraan, dah dekat RM100 ler aku kene. Binawe betul larrr...Grrrrr...
Sekadar peringatan dan panduan untuk orang lain.
Saturday, June 26, 2010
QUOTE : MEMORY
Memory is a child walking along a seashore. You never can tell what small pebble it will pick up and store away among its treasured things.
Friday, June 25, 2010
STILL THE SAME STORY...
A few days ago, Cik Tim mai rumah...penah story pasai dia on my previous blog MMA, tapi tukaq nama dia sikit. Dah lama dia tak mai, even kenduri umah Kak Ah pun dia tak mai...baru tau dia sakit. Gastric...i was told. Advised her to eat on time...but know what she said? 'nak makan pun tak dak barang...macamana nak makan cukup masa'. Debik! macam kena sebijik, me being the insensitive one...walaupun dah tau condition dia sebelum ni, still being ignorant. Masih alpa akan tanggungjawab ke atas saudara sesama muslim. Aku asyik kerja..kerja..kerja...dah lama tak hantaq all the food stuff kat umah dia.
Kalau dia mai mesti ada cerita ayaq mata...Cik Tim kata masa dia sakit, The Pegawai yang aku cerita dululah yang amek kisah. Hantar, lawat dan ambik kat spital. Anak2?..malas nak komen lah, wanna stop being judgemental. The Pegawai pulak, so good hearted, renovate umah Cik Tim...boh tiles, buat cantik2, siap ngan TV. Katanya nak bg Cik Tim senang hati, happy..and the other reason plak...its a way to 'bersih'kan harta dia...tolong orang susah.
Know what happen? According to Cik Tim, right after that...salah sorang anak yang dok jauh dan jarang2 balik, tetiba balik tukar nama rumah...boh nama diri sendiri. Reason...takut harta dapat kat orang lein. Cik Tim menangis sedih...kenangkan nasib cucu yang yatim piatu yang dok dengan dia. ( This is Cik Tim side of the story ler...apa anak dia nyer reason atau yang lein aku tak tau).
MORAL OF THE STORY;
1. Jangan lupa jengok2 orang2 yang kurang mampu dan tengok2kan keperluan depa.
2. Kalau ada duit banyak..elok ler bersihkan harta tu dengan buat kebaikan macam Pegawai tu.
3. Jangan lupa tanggung jawab kat parents, hak dan tanggungjawab seorang anak...jangan ingat hak2 tu bila mai bab harta jer.
(eh ceh ceh... tetiba aku rasa macam Ustazah Ct Norbayah ler plak...Hee, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi mengambilnya sebagai peringatan.)
Thursday, June 24, 2010
QUOTABLE QUOTE
Sunday, June 20, 2010
HARI YANG SIBUK...
Lepas hantar depa balik rumah, about 11:00AM, drive my sisters pi beli curtain kat Alamoda...another anak sedara nak kahwin next month.Then on the afternoon pulak pi lawat neighbor sebelah rumah (Kak Noor) admitted to Hospital KB, Diabetic and kidney problem...dah kene dialysis pun. Pity her.
Siang tak masak, asyik berkejar ke sana ke mari..malam baru dapur berasap (hee..macam ler pakai dapur kayu). Masak kari udang dengan ubi kentang, pastu try resepi sambal jawa kedondong yang Sufiah bagi beberapa kurun yang lalu...sedap gak, kalau pedas2 ni memang kena ngan selera aku.
Friday, June 18, 2010
AT LAST....Tipah tak tertipu!
Aku akan menunggu 3 hari sebelum aku publish entry nie...hopefully aku tak akan dihampakan, its not a matter of that small amount of money, its a matter of attitude, pride and integrity of my race, a MALAY.
14 jun (monday), when I was about to close my business...ada sorang lelaki aged about 20 plus masuk ke kedai seperti dalam keadaan emergency, katanya kawannya accident, ada kat klinik dan duit tak cukup nak bayar bill ( reason skema...). Aku cakap minta maaf tak boleh sebab aku memang selalu terkena dengan reason2 yang cenggini. Tapi budak ni memang pandai buat drama...sampai aku jatuh kesian..pastu dia offer nak tinggalkan driving licence, dan bila aku tengok gambar kat licence tu memang ler sebijik muka dia. Walaupun tak percaya dia seratus peratus, perasaan kesian dan hati aku ni buatkan aku huluq ler jugak kat dia....dia janji nak bayar the next day, tapi aku takler harap sangat...aku ada strong feeling yang dia memang nak menipu, cuma tak terdaya nak menolak.
Agaknya hati aku macam agar2 ni kut lembek...(gambar aku kidnap dari blog Norsha, masuklah sini, kalau nak resepi)
Dulu2 nun, ada jugak yang pernah tinggalkan ic lagi...tapi ic tu tak dituntut langsung...entah ic sapa orang tu bedal aku pun tak tau....sometimes terfikir gak orang2 yang menipu orang lain (esp org yang bendul, dan cair ati macam aku) ni, depa ni sudahlah tak takut kat Allah..enjoy pulak buat keje nie.
15 jun, dah petang pun...tapi batang idung dia pun tak nampak...macam aku kata tadi, its not about money. Ia lebih kepada...aku akan rasa lebih lega, bersyukur jika dalam semua senarai insiden2 yang pernah aku ter'involve' sebelum ni...untuk kesekian kalinya aku akan jumpa orang Melayu, Islam yang betul2 dalam keadaan terdesak dan jujur serta amanah. Ia akan membuatkan setiap apa yang aku buat selama nie lebih bererti. Dan...aku akan tetap jadi aku, walaupun terkena lagi, aku rasa next time kalau ada orang yang minta 'tolong' macam insiden ni...tak mustahil aku akan tolong lagi...cuma aku doa kalau bukan genuine case, hati aku akan lebih kuat untuk menolak atau kalau terbagi juga...aku akan lebih ikhlas. Jangan salah faham sebab aku menulis insiden ni...sekadar melepaskan sebal di hati dan maybe boleh jadi panduan dan sempadan utk orang lain, kalau melalui benda yang sama..
Hari ni, dah 18 Jun dan budak tu sampai sut tak muncul. Aku malu bila Chinese neighbor sebelah kata...yang datang dengan scenario macam tu semua Melayu dan semua tak jujur....dan buat sementara ni aku terpaksa terima hakikat kebenaran kata2 dia walaupun pahit. Aku nak pinjam statement dari Saidatul Saffaa dalam novel Damai tulisannya,
'Tak ada bangsa lain yang menerima Islam seluruhnya dalam hidup mereka kecuali bangsa Melayu. Kerana itulah, sehingga kini, apabila disebut Melayu sahaja, pasti sinonimnya Islam. Sebut saja tata tertibnya, akhlaknya, indahnya budaya Melayu itu, pasti selari dengan apa yang diajar oleh Islam. Namun berapa ramai juga yang menyedarinya...dan berapa ramai yang sudah melupakan hakikat ini.'
Sedihnya...bangsaku yang dulunya kaya budi bahasa, dipercayai, kuat semangat....sekarang kaki auta dan sudah merajai segala aktiviti yang tak baik, tak jujur dan tak amanah...APO NAK DIKATO LAEI......
18 Jun, 2:00 PM -Teringat satu emel dari kawan, yang katanya...cendiakawan Zionis pernah ditanya, mampukah orang Islam menjatuhkan mereka suatu hari nanti...jawapannya, ia akan terjadi hanya jika makmum solat subuh di masjid akan seramai makmum solat jumaat. Kalau attitude Islam kita macam sekarang, menipu, mencuri jadi biasa...rasanya lambat lagilah bumi Palestine akan dibebaskan....sedih..sedih...
18 Jun, 3:00 PM, tetiba ada sorang perempuan mai, dia kata,
"Maaf, saya rasa kat sini kut...ada anak saya, nama ........sandaqkan lesen."
" Oh!..ya betul 3 hari lepas."
"Hmm...budak ni, selalu buat hal macam ni...haritu tinggalkan ic kat kedai Cina mana tak tau."
" Oh! Selalu ker macam tu...dan mak dia kene sttle ler?"
" Hmm...selalu, dan kakak yang kene settle."
Dalam hati aku, hmm...anak2 zaman sekarang, dan alhamdulillah, at last...aku jumpa Melayu yang betul2 terdesak dan berpegang pada janji dia, kene cepat2 bagitau neighbor nih....so, Tipah tak jadi tertipu ler....
Monday, June 14, 2010
MENUJU SENJA...
Tadi pagi Pak Ngah dan Mak Ngah (Jiran sekampung, umur kedua-duanya lebih kurang 65-70 years old) mai ke rumah masa aku tengah bersiap nak ke tempat kerja. Dalam keadaan sakit yang amat sangat, Pak Ngah gagahkan memandu ke rumah sekadar nak tanya tentang ubat penahan sakit yang dalam simpanannya samada boleh dimakan atau tidak (sepatutnya boleh call saja, tapi dia hilangkan no telipon aku). Bila aku tanya sebab apa tak ajak anak atau menantu hantarkan....dia mula bercerita....
Rupanya Pak Ngah baru lepas 4 hari buat operation hernia dan mengalami sakit yang teramat, tapi digagahnya memandu kereta manual ke rumah aku, Mak Ngah pulak ikut sekali sambil mengilik cucu yang umurnya baru 6-7 bulan (rasanya ler). Kesian aku tengok keadaan depa, Pak Ngah yang masih belum sihat terpaksa gagahkan diri bergerak...risau pulak aku, ye lah...memandu kereta manual tu secara tak langsung akan memberi tekanan pada bahagian yang dibedah bila setiap kali proses menukar gear berlaku. Nak minta tolong anak2, semuanya ada keluarga sendiri dan tinggal berasingan kecuali anak perempuan bongsu bersama suami dan cucu tinggal bersama...
Dengan airmata bergenang, depa dua2 orang bercerita macamana kalau betapa sakit pun, tak ada daya dan tenaga...terpaksa melakukan semuanya sendiri. Kalau Mak Ngah sakit, Pak Ngah yang kurang sihat tu tolong dan sebaliknya...sedangkan kedua-duanya masing2 mempunyai penyakit kronik masing2....mana lagi dengan cucu2 yang perlu dijaga. Mungkin akibat tak tahan dengan tanggungan perasaan menyebabkan kedua2 Pak Ngah dan Mak Ngah meluahkan apa yang terbuku di hati...aku cuma mampu mendengar dan menolong sekadar yang termampu...Aku tak mau ler membuat andaian dan menghukum sesaper, ianya diluar kelayakan aku...dan aku pun serba kekurangan. Cuma aku rasa, ibubapa tak sepatutnya dibiarkan melalui kepayahan dan rasa terabai ketika meniti hujung2 usia...gembirakanlah hati mereka seboleh mungkin, kerana kadang2 kasihsayang dan perhatian anak2 akan mampu meredakan kesakitan yang dialami...wallahu a'lam....
Sekadar renungan dan panduan....kerana hidup kita penuh dengan cerita2 yang boleh diambil iktibar.....
Wednesday, June 9, 2010
ANAH'S WEDDING
Actually dah lama tak ada majlis kawin kat rumah (rumah Kak Ah ni kat belakang rumah aku jer, so macam kenduri kat rumah aku jugak ler)...berbelas tahun rasanya, kiranya Anah is the first anak saudara yang kawin buat kat kampung, before this kenduri Along anak Kak Yam buat kat Shah Alam. So..takder pengalaman nak organise big event, semua orang macam lost....macam2 benda terlupa nak buat, pasal tu ler sibuk sikit. Selain tu aku kene pi fetch kak Yam, Kak Ani, Abang Din dan Madi kat KL, sebab my borther in law is not feeling very well, and not fit to drive long distance.
Hari sabtu...ada gotong royong dirikan khemah, biasa ler adat orang kampung..kalau ada kenduri kendara mesti masing2 ringan tulang nak menolong...ada ler sempat snap gambar sikit....
Hari sebelum kenduri tu sibuk bagai nak giler...tolong jer apa yang boleh di tolong, especially hias bilik pengantin, hantaran dan prepare goodies untuk tetamu. Semuanyer buat sendiri...nak jimat belanja, lagipun...rasanya tak perlu ler nak berlebih-lebih, ala kadar cukup ler.
Gubahan dulang hantaran ni ditempah..tak buat sendiri.
Hari Ahad sebelum kenduri...hujan lebat giler, kami cukup risau, maklum ler kebetulan musim hujan. By night semua orang dah flat, tapi cousin aku Abang Keri, Abang Ya dan Abang In, yang ditugaskan memasak lauk pauk decide nak mula memasak awal pagi...nak elakkan daging rosak dan masakan tak sedap jika menunggu sampai esok. So malam tu disebabkan semua orang dah 'berlayar' lebih awal...aku gantikan tuan rumah jadi peneman kepada 'the three musketeers' memasak hingga 3:30 pagi...aku nyer part, tukang kacau lauk supaya tak hangit rempahnya jer..hehehe...
Pengantin
Disebabkan sibuk ke hulu ke hilir...tak sempat nak snap gambar pengantin...yang ada cuma sekeping jer. Ini pun snap masa bawa pengantin balik dari pusat solekan pengantin....Ini jer baju yang muat, sebab 2-3 bulan sebelum wedding, anah started to put on weight sampai almost double her actual size....semua orang terkejut tengok dia on her wedding day.
Bidan terjun
Dalam proses nak buat kunjungan balas ke pihak lelaki, baru tersedar yang kami lupa sirih junjung. Macamana ler boleh lupa benda penting lagu tu...so, terpaksa ler aku jadi bidan terjun gubah sireh junjung...yang tak pernah aku buat sebelum ni, jadi aku dengan pertolongan kakak2 aku pun belasah jer buat yang termampu.....hahaha....ni ler hasilnyer...
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK ANAH, SEMOGA DAPAT MEMBINA KELUARGA MENURUT ACUAN YANG DIGARISKAN ISLAM DAN KEKAL BERBAHAGIA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SELAMANYA....AMEEEN!
Wednesday, June 2, 2010
KOREK REMIS...
Sebenarnya dah dua tiga kali diajak oleh Isz untuk mengorek remis di pantai RnR BORR Bagan Ajam...tapi, tak dapat luangkan masa, all this while asyik tengok gambar yang Isz upload kat Fb jer. Last Sunday night dapat sms dari Isz, ajak korek remis..so, terpaksa korbankan aktiviti bergolek atas katil di pagi Ahad....Ok jugak untuk releasekan tension.
Pemandangan Indah
Bila sampai pantai...ramai jugak orang beriadah..dan cantik sungguh permandangan dan suasana pantai yang nyaman tu.....
Cantiknya...batu2 disusun sbg penghadang ombak..
Nampak jetty Pulau kat seberang.
Ada jugak yang memancing...
Cantik...aku suka
Selain Isz, kawan Isz.. Nadia dan anaknya Irfan pun ikut sekali, depa ni dah selalu buat aktiviti mengorek, siap bawa tools lagi ( yang bebudak punyer ler)...makcik2 bawa garfu original. Seronok mengorek pasir tu, tapi disebabkan dah kira lewat...tak banyak remis, kalau ada pun, mak oooiii...kecik come, besaq kelemboi. Rasanya lepas rebus...mau tinggai 'setoet'....hahaha.
Anyway, bukan nak makan sangat remis tu...sekadar me'release'kan tension jer, dan dapat menikmati dan menghayati suasana indah dan nyaman di pagi hari tu yang penting...jom layan gambar2 yang sempat dirakamkan....
Cantiknya ombak
Ada snap gambar ombak menghempas pantai...walaupun taklah sekuat dan seganas di laut lepas, cuma malu2 mengunjung pantai yang sempit....tapi tetap cantik. Lihat ombak bergulung, dengar alunannya yang berdesir lembut....mengundang ketenangan dalam hati....Alhamdulillah, atas kurniaan Allah yang tak terhingga, tapi kebanyakan mukabumi dah dirosakkan manusia atas nama keuntungan semata-mata.