A scribble of my mind and heart.....

Monday, June 14, 2010

MENUJU SENJA...


Tadi pagi Pak Ngah dan Mak Ngah (Jiran sekampung, umur kedua-duanya lebih kurang 65-70 years old) mai ke rumah masa aku tengah bersiap nak ke tempat kerja. Dalam keadaan sakit yang amat sangat, Pak Ngah gagahkan memandu ke rumah sekadar nak tanya tentang ubat penahan sakit yang dalam simpanannya samada boleh dimakan atau tidak (sepatutnya boleh call saja, tapi dia hilangkan no telipon aku). Bila aku tanya sebab apa tak ajak anak atau menantu hantarkan....dia mula bercerita....

Rupanya Pak Ngah baru lepas 4 hari buat operation hernia dan mengalami sakit yang teramat, tapi digagahnya memandu kereta manual ke rumah aku, Mak Ngah pulak ikut sekali sambil mengilik cucu yang umurnya baru 6-7 bulan (rasanya ler). Kesian aku tengok keadaan depa, Pak Ngah yang masih belum sihat terpaksa gagahkan diri bergerak...risau pulak aku, ye lah...memandu kereta manual tu secara tak langsung akan memberi tekanan pada bahagian yang dibedah bila setiap kali proses menukar gear berlaku. Nak minta tolong anak2, semuanya ada keluarga sendiri dan tinggal berasingan kecuali anak perempuan bongsu bersama suami dan cucu tinggal bersama...

Dengan airmata bergenang, depa dua2 orang bercerita macamana kalau betapa sakit pun, tak ada daya dan tenaga...terpaksa melakukan semuanya sendiri. Kalau Mak Ngah sakit, Pak Ngah yang kurang sihat tu tolong dan sebaliknya...sedangkan kedua-duanya masing2 mempunyai penyakit kronik masing2....mana lagi dengan cucu2 yang perlu dijaga. Mungkin akibat tak tahan dengan tanggungan perasaan menyebabkan kedua2 Pak Ngah dan Mak Ngah meluahkan apa yang terbuku di hati...aku cuma mampu mendengar dan menolong sekadar yang termampu...Aku tak mau ler membuat andaian dan menghukum sesaper, ianya diluar kelayakan aku...dan aku pun serba kekurangan. Cuma aku rasa, ibubapa tak sepatutnya dibiarkan melalui kepayahan dan rasa terabai ketika meniti hujung2 usia...gembirakanlah hati mereka seboleh mungkin, kerana kadang2 kasihsayang dan perhatian anak2 akan mampu meredakan kesakitan yang dialami...wallahu a'lam....

Sekadar renungan dan panduan....kerana hidup kita penuh dengan cerita2 yang boleh diambil iktibar.....

4 comments:

rokiahismail said...

salam kak Packy,
sangat2 bengang dgn anak2 yg suruh mak dia jaga anak dia.....
dah lah org tu jaga anak dulu..suruh jaga cucu lak...
pandai2 lah jaga anak sendiri..ee..geram..hehe..bukan apa, berlaku depan mata..

Packy @ Mawar said...

Wassalam Kiah, betoi tu...mak dah penat jaga kita masa kecik dan takder sapa yang tolong pun. Kak Packy rasa dalam kes ni..mak yang disuruh jaga kena bertegas tak mau, kalau dok give in...sah2 kena jaga cucu berderet-deret....

kak cik said...

memang kesian kat ibubapa yang bernasib begitu,memang nak marah kat ank-anak yang tak berhati perut gitu.MEMANG. Tapi rasanya kita yang juga menuju senja ni kena beringat dan ambil iktibar. Mungkin ada kekhilafan ibubapa dalam mendidik anak2,mungkin doa yang dipanjatkan,mungkin kata-kata asuhan yang digunakan dan bagai2 lg yang menjadi penyebab. Jadikanlah pengajaran.omputih kata what goes around comes around, gitu ke. Berdoalah.

Packy @ Mawar said...

Kak Cik...betul tu, sedih aku bila encounter benda2 macam ni..especially terjadi kat orang2 yang dekat2 dengan kita...betullah ada peringatan dari Rasulullah yang mengatakan antara tanda2 akhir zaman ialah apabila ibu2 melahirkan tuan2nya...na'uzubillah.

awesome comments