A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, June 9, 2010

ANAH'S WEDDING

I've been busy for almost one week...no time to peep in my FB or write something in my blog. I'm no more active in announcing my status, or commenting on my friends status in FB....rasa tawar these few days due to what had happened in GAZA...sedih tersangat. That was part of the reasons lah...tapi sebab yang paling benar sebenar-benarnya ialah sibuk prepare for my niece (Aminah Latif or Anah) wedding yang telah selamat dilangsungkan pada 7 june 2010.

Actually dah lama tak ada majlis kawin kat rumah (rumah Kak Ah ni kat belakang rumah aku jer, so macam kenduri kat rumah aku jugak ler)...berbelas tahun rasanya, kiranya Anah is the first anak saudara yang kawin buat kat kampung, before this kenduri Along anak Kak Yam buat kat Shah Alam. So..takder pengalaman nak organise big event, semua orang macam lost....macam2 benda terlupa nak buat, pasal tu ler sibuk sikit. Selain tu aku kene pi fetch kak Yam, Kak Ani, Abang Din dan Madi kat KL, sebab my borther in law is not feeling very well, and not fit to drive long distance.

Hari sabtu...ada gotong royong dirikan khemah, biasa ler adat orang kampung..kalau ada kenduri kendara mesti masing2 ringan tulang nak menolong...ada ler sempat snap gambar sikit....


Hari sebelum kenduri tu sibuk bagai nak giler...tolong jer apa yang boleh di tolong, especially hias bilik pengantin, hantaran dan prepare goodies untuk tetamu. Semuanyer buat sendiri...nak jimat belanja, lagipun...rasanya tak perlu ler nak berlebih-lebih, ala kadar cukup ler.

Gubahan dulang hantaran ni ditempah..tak buat sendiri.

Hari Ahad sebelum kenduri...hujan lebat giler, kami cukup risau, maklum ler kebetulan musim hujan. By night semua orang dah flat, tapi cousin aku Abang Keri, Abang Ya dan Abang In, yang ditugaskan memasak lauk pauk decide nak mula memasak awal pagi...nak elakkan daging rosak dan masakan tak sedap jika menunggu sampai esok. So malam tu disebabkan semua orang dah 'berlayar' lebih awal...aku gantikan tuan rumah jadi peneman kepada 'the three musketeers' memasak hingga 3:30 pagi...aku nyer part, tukang kacau lauk supaya tak hangit rempahnya jer..hehehe...



Antara lauk pauk hari kenduri ialah Daging Masak Umbut Pisang, Daging Masak Hitam, Ayam masak Merah, Gulai Ikan Kering dengan Nenas, dan Jelatah. Alhamdulillah, hari kenduri tu langit cerah tanpa hujan, selain dari tu walaupun tetamu sangat ramai..lauk pauk mencukupi sampai petang....


Pengantin
Disebabkan sibuk ke hulu ke hilir...tak sempat nak snap gambar pengantin...yang ada cuma sekeping jer. Ini pun snap masa bawa pengantin balik dari pusat solekan pengantin....Ini jer baju yang muat, sebab 2-3 bulan sebelum wedding, anah started to put on weight sampai almost double her actual size....semua orang terkejut tengok dia on her wedding day.



Bidan terjun
Dalam proses nak buat kunjungan balas ke pihak lelaki, baru tersedar yang kami lupa sirih junjung. Macamana ler boleh lupa benda penting lagu tu...so, terpaksa ler aku jadi bidan terjun gubah sireh junjung...yang tak pernah aku buat sebelum ni, jadi aku dengan pertolongan kakak2 aku pun belasah jer buat yang termampu.....hahaha....ni ler hasilnyer...

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK ANAH, SEMOGA DAPAT MEMBINA KELUARGA MENURUT ACUAN YANG DIGARISKAN ISLAM DAN KEKAL BERBAHAGIA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SELAMANYA....AMEEEN!

4 comments:

zaidharis said...

hebat jugak bidan terjun ni membuat sirih junjung,
=)

saya ada pengalaman jugak,
jadi pengapit terjun untuk abang sulung,
hehe,
kita mana nak ready,
alih2 kena jadi pengapit,
pakai selipar plak waktu tu,
aduhai..

Packy @ Mawar said...

Zaid...thanks, hahaha..lepas ni boleh amek tempahan buat sireh junjung....

faizlily said...

packy, cantiknye sirih junjung... sweet and modern gitu...
kami punya anak menakan pun nak kawin time raya nanti... bidan terjun jadi mentara tak pe la... hehe

Packy @ Mawar said...

Kak Faiz..hahaha...kalau anak penakan kawin, mak penakan yang penat giler, saya haritu kalau disukat berjalan masa majlis...maunyer sejauh pi balik Pulau Pinang...pastu penat seminggu. Maklumler buat gotong royong kat kampung..kalau catering kurang penat sket....

awesome comments