A scribble of my mind and heart.....

Saturday, February 26, 2011

SAMBAL JAWA 'n' KICAP TIRUAN

Haa...jangan terkejut, ini bukan blog masakan. Lately, asyik upload gambag makanan jer. Ni gambag sambal jawa, fevret aku gak ni. Ia ada berkenaan dengan apa yang nak aku sampaikan kat bawah.

Aku ni, kalau pasal makan...tak kisah sangat. Yang perlu ada cuma samada gulai, sambal tumis ataupun ikan kering, especially...gelama masam. Nak makan sedap2 tu...kadang2 jer. Infact, semua adik beradik macam tu sebab dah kena train dengan arwah ayah dan mak begitu.

Tapi kadang2...makan makanan bagus2 pun tak berjaya membangkitkan selera. Selera jadi tumpul. Kalau jadi macam tu, selalunya aku tau apa nak makan...buat jer sambal jawa, goreng teloq mata kerbau, pastu...makan dengan nasi panas2. Hmm...nikmat.

Kalau buat sambal jawa...suka guna kicap Kipas Udang. Bubuh cili api dan bawang banyak2. Kalau buat pulak...lebih lama simpan...lebih sedap.

Tapi baru2 ni, aku dapat emel dari Yati...tentang macam mana nak bezakan KKU antara yang tulin dan palsu. Siap dengan gambar dari sini

"Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.

Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.

Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai"


Hmm...baru teringat, tak lama dulu, pernah juga terbeli KKU tiruan. Beli KKU manis, tapi...rasanya masin. Masin yang amat pulak tu. Hangin satu badan aku masa tu...tah manusia mana ler yang tak bertanggung jawab tu....Asal ada produk yang laris, depa buat yang palsu.

Jom kita tengok apa bezanya.....


Ini perbezaan pertama, dari segi kedudukan bar code.


Yang kedua, perbezaan penutup botol dan tulisan M1 tu, kena tengok betoi2 la.



Yang terakhir pulak, boleh cek perbezaan cetakan tarikh luput/ exp date tu. Dan juga warna tudung botol, yang kalau tak ditenung betul2...nampak serupa jer.

So...lepas ni, kalau nak beli kicap KKU, mungkin boleh gunakan info ni untuk pastikan produk yang kita beli tu genuine. Kesian kat Zara Food...penat2 buat produk dan laris, ada pulak 'binawe' yang dok pi tiru.

Friday, February 25, 2011

EMOTIONALLY DISTURBED & OYEN



Hmm...i don't feel very good this few days. As usual, everybody says 'life is full of surprises', and just be prepared to face anything that may come your way. Kalau heart warming surprises tu tak per ler jugak....

But...i keep on getting 'heart attack' lately. Keep on receiving bad news, ...from one to another. It was more than what i can take, sometimes rasa cam otak pun dah tak berapa betul.

I feel like choking, like wanting to just go on top of the mountain and scream out loud. But i can't! I just have to face it, accept it and live with it. Full stop!..huhuhu.....


OYEN...



Oyen, stray cat yang aku bawa balik tu sakit lagi....Kak Mun dah hantar pi vet tadi. Hopefully 'he' will recover. Kesian tengok dia tak boleh breathing normally...nafas ikut mulut jer. I think Oyen has lung problems, keep on sneezing and watery nose...and lately 'he' can't even breath thru its nose...lidah pulak sampai terjelir.

Sunday, February 20, 2011

RUMAHKU SYURGAKU DAN AKTIVITI AHAD

Hari Ahad this week tak pi mana2, dok rumah jer...bermalas-malasan. Kena giliran masak pulak! Tak tau nak buat apa yer. Hmm...ada pucuk ubi yang my 3rd sis kutip dari kebun kat kawasan rumah, so...buat masak lemak cili api jer la.

Buat masak lemak stail gulung simpul macam dolu2. Biasanya kalau malas, rebus dan potong halus-halus jer. Cam pucat jer kuah dia.

Bila buat masak lemak...mesti kena ada sambal tumis dan ikan gelama masam...baru kaw-kaw. Nak cepat...cuma buat sambal sardine jer la.

Petangnya, pusing2 kawasan rumah...teringat nak upload gambar kolam ikan untuk tatapan Kak Ani yang tak balik kampung. Tapi sebelum tu... ambik gambar pokok bunga kertas yang tengah sarat berbunga di pintu pagar.


Planning nak letak besi macam pintu gerbang kat sini, so...bila pokok ni besar dan berbunga...mesti cantik. Tapi tak tau ler nak menjadi ker tak...atau ia kekal dalam list perancangan jer.

Ba'om dah retired, jadinyer...banyak projek dalam perancangan. Antaranya, nak bela ikan Talapia kat kolam di hujung tanah tapak rumah. Dah lepaskan benihnya kemarin...hopefully, akan berhasil.


Pangkin yang masih dalam proses pembuatan...tempat nak mengail kut.

Friday, February 18, 2011

HARI TANPA PLASTIK

Kat Penang dah dapat circular dari MPSP,
Kena declare hari tanpa plastik untuk 3 hari, senin till rabu.
Hmm...ada pro and cons, biasalah...
Kalau nak sediakan paper bag...fuhhh! mahal beb..

(Aku korbankan yellow pages tahun 2004)

Then,
ada kawan bagi idea, suruh recycle all the fliers
that was given by the company, usually on products info lah...
dari dia dok semak jer kat situ...kamipun buat bag kecik2,
cukuplah untuk isi barang semotek, yang kecik2 tu...


Bila dah start macam ni, ada 2 feedback berbeza,
biasalah...namapun manusia.
ada yang suka, ada jugak yang against


Yang suka,
katanya, 1.naper buat 3 hari jer...buat seminggu lah...
2.Hmm...sampai gomen suruh, baru nak buat...sepatutnya u all start lebih awal...
3.bagus..bagus..its good to safe the world...
Untuk dunia yang lebih bersih ...years to come


Yang tak suka pulak,
1.Alamak...ingat senang ka nak bawa beg shopping sana sini, kekadang lupa pulak,
2.Hah! Kena bayar 20sen untuk plastik, duit ni betoi ka pi charity? Ka masuk poket depa nii...
3.Stupid lah...untung la u all, tak payah keluar duit supply plastik kat kami...
Tapi...rasanya kena fikir juga apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang..


aku?
cuma senyum dengar semua komen...tak tau nak respond lagu mana...

Saturday, February 5, 2011

TRIP TO 'BERISBANE'



Dah lama plan nak ke ladang anggur BERIS VINEYARD di Empangan Beris. Mula2 discover tentang plantation ni melalui RTM, pastu try google...hmm, menarik! Kebanyakan blogger yang pernah pi semua dok puji.

First time, ajak Lin pi, masa tu ada kes pembunuhan Dato' Soosilawati, Lin takut...dia cakap ' hee...taim orang kene bunuh kat ladang, hang pulak ajak aku pi ke ladang...secluded area plak tu..' Then...ajak Ida PK, dia pun sibuk semanjang, pastu semua orang diam jer..

Then, masa reunion, nama Berisbane ( Tasik Beris), Rio de Jenerih (Jeniang) dan Sikney (Sik) asyik keluar dalam komen dalam fesbuk. Semua orang dok musykil...apa la kami dok merapu meraban. Ada yang sangka, kami memang betoi2 nak buat trip pi obesi..hehe...lawak arr..

Tup..tup..Ida PK mendahului kami, dia pi dulu dengan anak2 dia, jeles pulak tengok gambar2 yang dia upload kat fesbuk. Aku dan Lin...plan lagi, tapi asyik tak dapat cari masa yang ngam jer.

Then hari sabtu (5 hb), aku aku dapat melepaskan diri, ajak Lin dan ingat nak ajak Kak Mun sorang, tapi Lin tak boleh ikut...tuntutan untuk merealisasikan peranan ibu mithali...maka aku mohon keizinan Lin nak pi dulu, balik malamnya..ajak anak sedara O'aa dan U'ja ikut sekali.



Perjalanan dari Kepala Batas mengambil masa 1 jam 20 minit, kami bertolak pukul 10am dan sampai sana pukul 11 lebih. Ramai juga pengunjung...tengok saja pemandangan cantik di Tasik beris tu, memang dah jatuh hati. Ladang anggur tu betul2 tepi Tasik Beris tu.

Jom layan gambar...


Kebun anggur yang ditanam dalam satu kawasan berpagar, untuk masuk kene beli tiket RM 3.00 sorang dan boleh masuk 10 minit jer...


Lorong memasuki kawasan tanaman, ada area yang berbuah...ada yang tidak.

My sis and nieces. Tidak dibenarkan memetik buah...sekadar pandang dan ambil gambar jer. Kalau nak makan kena beli kat kedai produk Vineyard tu sendiri. Ini eksyen jer...macam nak petik jer...



Cantik buah dia, manis dan segar..kerup kerap rasa dia. Lebih sedap dari yang diimport. Sebab yang import tu entah berapa minggu atau bulan baru masuk ke mulut kita.


Grapes hitam pun ada...tengok buah dia yang bulat tu...rasa cam nak telan jer....


Chinese new year, tapi ramai juga chinese yang mai beraya di ladang anggur, depa ni dari BM

Tak semua area dibuka untuk kunjungan, cuma satu atau dua bahagian setiap masa. Ada area yang belum berbuah. Menurut kata adik yang kerja kat situ...pokok yang ditanam boleh tahan 20 tahun...worth la kan.

Ada kemudahan tandas dan surau, so...kalau nak solat tak payah cari jauh2. Tapi actually...kalau pi sini tak ada la lama sangat...unless kalau nak explore area tasik dan chalet kat situ.

Kat sini juga ada dijual segala produk anggur, dari buah segar, jus, sabun sampailah karipap anggur. Karipap yang 'nalla' punya besaq...mak cakap besaq kerbau...hehe. Tempat makan ni sementara ja...depa ada cafe sendiri, tapi masih under renovation,
( gambar cafe kat bawah...betul2 kat tepi tasik.)





Kawasan ni memang cantik, tapi untuk sesaper yang teringin nak pi..dinasihatkan pi awai sikit supaya tak ler panas terik lit lit nanti. Ladang ni dibuka pukul 8 pagi sampai enam petang. Menurut kakak yang kerja kat situ..elok mai awai pagi atau selepas pukul empat. sebab waktu tu suhunya just nice.

Wednesday, February 2, 2011

Malapetaka Bangsa


Malapetaka apakah ini
Bila di dada2 akbar saban hari
di sana sini, pembunuhan terjadi
Tipu daya bermaharaja di hati
Mengikis rasa ihsan dan simpati
Dan bayi2 tak berdosa
Buah zina yang sudah jadi biasa
dilempar bagai sampah...merata-rata
Sedih....
Manusia sudah hilang pertimbangan
Dosa sudah mula jadi santapan
Asal ada kesempatan


Malapetaka apakah ini,
Bila Sang lelaki yang asal fitrah dicipta
Sebagai pelindung pada sang Hawa
Kini berpesta-pesta...meneguk madu dosa
Tanpa rasa takut,tanpa kasihan...malah bangga
Meratah dan menjaja maruah manusia
Pada dada2 teknologi
Untuk ditatap dan dicerca...
Sedangkan Hawa itu selayaknya disanjung dan dimulia
Sejajar asalnya dari rusuk kiri
Letaknya berdekatan hati...untuk dilindungi
dan disayangi.

Malapetaka apakah ini,
Bila dinihari tiba dan embun jantan menyapa
Hawaku masih leka bergelandangan
Berpesta di dada malam...
Berpeleseran dalam laut dosa...dipelukan Sang Durjana
Tubuh munggil dibalut seadanya
terdedah untuk ditatapi.
Mereka itu...
menghalalkan yang haram dinikmati
dan jadi bangga
kononnya ini zaman moden...tanpa sempadan
dan mereka jadi hilang panduan
Lupa agama...lupa Yang Esa..

Dan malapetaka apakah ini...
Bila kita menggeleng kepala memandang..
dan memohon dijauhkan segalanya oleh Tuhan..
Dan ia tiba2...
tanpa kita sedari
bertamu dan diundang masuk ke rumah,
Menjadi daging yang bernanah....

Al Quran (17) Al Israa’ : Ayat 32
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)
awesome comments