Dengan teman seprofesyen pula, boleh dikatakan selalu jugaklah berjumpa. Especially, kalau aku turun Shah Alam. Ada saja yang nak meraikan. Itupun biasanya 2-3 bulan sekali. La ni, everyday boleh dok gebang dalam FB.
Meriahlah hidup...kalau boring2, post la apa2 jer, adalah kawan2 yang respon. Nak marah kat orang, nak komen apa2 isu...semua boleh.
Cuma dalam banyak2 kelebihan FB ni, ada satu part yang buat aku sedikit rasa rendah diri. Hmm...macam mana nak cakap ek? Jangan ada yang salah faham. Ini sekadar apa yang aku rasa. Aku yang serba kekurangan bila diukur dari kelebihan dunia ( maaf...bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan aku).
Bila lihat kelebihan kawan2, how wonderful their life is, how fortunate some people compared to others..especially me and they have everything that everybody wants in life. Itu semua buat aku termenung panjang. Bukan irihati, alhamdulillah kawan2 bahagia, cuma aku terasa serba kekurangan.... huhuhu. Dan, alhamdulillah juga rasa kekurangan itu tidak melahirkan sifat2 negatif dalam diri. Aku sedar, aku tak boleh pandang ke atas.... melihat segala kelebihan orang. Tetapi perlu melihat ke bawah, kerana masih ada yang kurang bernasib baik berbanding aku. Itu buat aku panjatkan syukur... yang tak terhingga...
Teringat perbualan dengan seorang kawan yang lebih senior, kadang2, kami saling bercerita kalau nak menenangkan hati. Dia baru kematian suami, dan aku lately, dihujani dengan bermacam-macam masalah kewangan. Dari surat2 LHDN dan segala denda, terpaksa bayar lebih tinggi untuk accounting berbanding dia dan kereta aku yang tak henti2 buat hal. So, kami saling mencurah masalah... we are patting on each other shoulder. Habis berbual...tak lama tu, aku dapat sms dari kawan aku ni, the sms says;
"Salam...ni kak tengah dok makan sambil dok teringat suami.
Terfikir...Peky hilang banyak duit, tak apa. Dapat diganti.
Yang hilang nyawa...tak ada pengganti.
Saja tulis begini untuk tenangkan emosi...."