A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, July 13, 2011

JALAN2 BANDUNG- DAY 3

Hari ketiga, shopping kat Pasar Baru Bandung. Bangunan tu, 7 tingkat kalau tak silap laa, dan setiap tingkat spesific untuk items2 tertentu. Nak naik ke atas, nampak sign ' tetap gunakan gigi satu', hahaha...pakat dok gelak dan snap foto....


Hmm...sampai kat sini, baru terasa nak shopping. Berpinar-pinar biji mata tengok kepelbagaian kat sini. Rambang mata.

First shop yang dituju, kedai telekong laa...gila betoi tengok telekong cantik2. Tapi beli dua pasang jer. Pusing2 kat situ, hari ni...baru rasa rambang mata. Kain ela, handbag, muslimah swim suit, blouses and bla...bla...bla...


Pusing pi pusing mai, beli la handbag untuk kakak ( dia pesan), beli T-Shirt, kain cotton dan kain sulam sepasang. Tapi bila sampai rumah, buka pi buka mai...baru tau kena tipu lah pullok. T-shirt beli empat helai, dalam dok remind, dia pi bubuh 3 helai jer. Then kain telekong, kita dah pilih yang cotton, bila nak tukaq warna bunga... dia ganti dengan satin. Nak buat macam mana, tak ada rezeki laaa. Geram betoi...Grrrrr


Berenti makan tengah hari kat gerai2 di tingkat 6. Tak tau nak makan apa dan persekitarannya pun tak berapa selesa, berasap dengan segala bau makanan. Last2 makan gado-gado jer laa...


Lepas makan, solat kat mesjid yang terletak di tingkat 7, then sambung shopping semula sampai pukul 3 petang, siap berjanji nak jumpa kat tingkat 6 semula. Tapi janji jer pukul 3, kalau dah shopping, mestilah terbabas masanya....



Lepas pasar baru, sambung lagi shopping di factory outlet lagi, antaranya Central Branded Boutique, Blossom, Episode dan tah apa2 lagi.... Shopping sampai penat. Lepas tu, Ju'a, Nita dan Rin pegi Spa, aku teman Liz cari baju kat anak dia....



Borong punya borong...by the end of the day, penuh bonet kereta, sampai ler kat tempat aku dan Rin duduk. Bila sampai hotel....tak cukup tangan nak angkat, kena minta trolley hotel...hehe... Tapi kebanyakan tu, orang lain punya laaa....

Esok 9 Julai dah nak balikkkk.......

No comments:

awesome comments