A scribble of my mind and heart.....

Thursday, October 13, 2011

ANTOLOGI CERPEN- Tentang Cinta


Akhirnya, inilah langkah kecil aku ke arah sesuatu yang lebih besar. Terimakasih untuk Puan Maria Kajiwa atas tunjuk ajar, kepercayaan dan semangat yang beliau berikan pada aku. Syukur Alhamdulillah juga kerana Allah mempertemukan aku dengan kawan-kawan penulis yang menjadi pembakar semangat untuk aku menulis, seperti yang tertera pada cover buku antologi ini.

Bukan senang untuk aku nak menulis tema cinta, dan aku hampir-hampir mengangkat bendera putih. Tapi MK beri aku kepercayaan dan semangat...dan akhirnya aku berjaya juga menyiapkan dua cerpen dalam masa lebih sebulan. Aku teruja...sangat-sangat teruja. Mengharapkan sokongan keluarga dan kawan-kawan....Dan, aku sedang memerhati dan menilai keupayaan diri sendiri.....

Antologi Cerpen: TENTANG CINTA on PhotoPeach

So, jom tengok trailer kat atas untuk mengetahui tentang tajuk-tajuk cerpen dan pengarangnya....
Mengangkat tema cinta dalam berbagai rasa dan warna...

Buku hanya dijual secara on-line. Harga jualan RM 18.00
Harga pengenalan untuk 300 pembeli terawal adalah pada 
RM 15.00
so...cepattttttt.....
Boleh melalui facebook di alamat  http://www.facebook.com/aurorabookstore
atau emel kepada
aurorabookstore2@gmail.com
     

4 comments:

kak cik said...

bab2 nak beli online ni aku malas tul.. hang spare kat aku satu boleh? bila2 jumpa nanti boleh kasik

Packy @ Mawar Merah said...

Aku pun...malas gak beli on-line. Takper...nanti aku order on behalf of hang...Thanks a lot.

4AS said...

Congrats sekali lagi..:-) Spare 1 kat zuera gak..Dok kalut search Nak bercuti ni sampai tak dan nak shopping online..:-)

Packy @ Mawar Merah said...

Zuera..thanks. Nanti kak Packy spare satu...

awesome comments