A scribble of my mind and heart.....

Thursday, December 1, 2011

AQIKAH UNTUK CHUKADA

Semalam, Kak Ah buat kenduri aqikah untuk Chukada. Masuk bulan ni, Chukada dah 7 bulan...

Tapi yang tak bestnya, depa buat hari Rabu. Itu hari aku keje...mana boleh tutup bisnes selalu. So, tak dapek ler den nak nolong...

Cuma tolong potong ubi and bawang, buat air kat tukang lapah dan tukang masak. Lepas tu, cabut ler pi keje.

Orang kat umah ler yang nak kene bersilat. Dengar plan menunyer adalah...Kurma Kambing, Tilapia goreng cili ( ikan yang Bro inlaw bela tu), Kari Ikan, Sayur Campur, Ikan Masin, Sambal Belacan dan ulam ulaman.

Perghhh!!! Meleleh ayaq lioq. Hopefully, semua lauk masih ada by the time aku balik. Tapi kalau nengok kan pada tract record sebelum ni...pakai kirim salam ajalah.

Sempat juga suruh Master Chef Kampung, my cousin Abang Keri ni posing maut sambil lapah kambing. Kalau kenduri kendara kat rumah....depa nilah yang paling rajin dan tak berkira bab tenaga.

Macam nak sembelih aku ja tukang masak nie...hehe....
Sebelah kiri, Mat Noor...kat kampung orang panggil Not. Dia ni tukang masak nasi dan tukang loyar buruk. Dia suka gaduh2 manja dengan kakak2 aku. Jiran depan rumah jer. Hehe...kalau takdak dia memang sunyilah kenduri.

Yang tengah duduk tu Abang Ya, PA kepada Abang Keri selaku Master Chef. Specialize in gulai kawah Rias Pisang, Daging Masak Hitam dan Kurma.
Pendek kata...pasti terangkatlahhhh.....

2 comments:

eni osman said...

salam kak khiroh....walaupun kata org tak buat kenduri glamor....tapi bab yg gotong royong tu yg buat happenning...ada org tak kaya harta..tapi kaya budi bahasa...tak berkira `rokriang'...he he betui dak entah ayat tu...hentam saja la....:)

Packy @ Mawar Merah said...

Hehe...Eni, betoi tu. Ukhuwah tu yang penting. Kalau bab2 kenduri kendara ni, kat kampung mmg best. Berat sama2 pikoi. Ringan, sama2 jinjing.
Yang tau...kalau kederat tu, kat kampung kami depa pangge 'ghiang' ada lain sikitlah...

awesome comments