A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, December 6, 2011

BULETIN .... KE BULETIN .....?


Ada sapa2 yang boleh habiskan ayat kepada tajuk di atas? Sorrylah atas tajuk ni. Aku tak pandai main politik. Apalagi nak bercakap hal2 politik. Tapi sekadar melahirkan rasa jemu dan jelak dengan keadaan semasa.

Kebetulan, ada kawan post status begini kat fb dia. And at the same time...aku pun tengah terasa macam nak hempok TV kat rumah tu. Ish3x...ganasnya aku!

Aku ni bukan ler terlalu anti-Parti Merah. Takler terlalu sokong Parti Hijau. Bukan juga penggemar Parti Biru Muda dan tak juga terlebih favour Parti Biru Putih. Abis, aku parti apa? Parti Tupperware jer lah. Hehe...bagi aku, tak semua parti A buat itu salah, dan tak semua yang Parti B kata itu betoi...

Aku bukan orang yang cakap politik berdegar-degar. Bukan pelanggan buletin apa2 parti. Tak juga suka berkempen sana sini. Aku ni tergolong dalam silent majoriti, entah-entah ke minoriti? :)...malah aku termasuk dalam kategori orang paling malas nak mengundi. Tapi, so far...aku belum tertinggal lagi pegi ngundi tau. Undi aku adalah rahsia...


Sejak dolu2, aku paling tensen nak tonton berita bila dekat2 nak pilihan raya. Juga bila waktu pemilihan Parti. Sebab TV akan komen isu itu2 jer. Bukan aku benci sangat dgn Parti Merah, yang selalu keluar TV pun apa2 yang berkenaan dengan Parti Merah. Parti Hijau, Parti Biru Muda dan Parti Putih tu bukan dok siar kat TV. Aku pun tak penah nak beli bulletin depa...

Bila dekat pilihanraya, berita dah jadi terlalu sebelah pihak. Manusia jadi terlebih hipokrit. Kita menghentam sesama bangsa dan sesama agama. Masing-masing nak menegakkan benang yang separuh basah separuh kering. Sampai last2 terpaksa tutup jerlah TV tu....aman dunia...

Tak salah nak siarkan untuk berkempen. Tapi janganlah terlalu sangat. Janganlah terover sangat...Ala2 kadar jerlah. Sebab kalau terlebih sangat...ada rasa lain macam jer. Itu untuk orang2 kategori macam akulah.

Kata Sifu tulis novel aku. Kalau nak bercerita, ulangan dalam novel dibenarkan 3 kali jer. Kalau lebih dari tu, otak pembaca dah reject. Rasanya same goes with broadcasting, terlalu ulang benda yang sama...tahun demi tahun, mindapun dah reject. Lama2, otak dah reject....reject....reject...

Resam hidup... TERLEBIH MANIS, DAPAT KENCING MANIS. TERLEBIH LEMAK, KOLESTEROL NAIK...DAPAT SAKIT JANTUNG. TERLEBIH CAKAP...ORANG NAIK MUAKLAH PULAK.  YANG BAGUSNYA...SEDANG-SEDANG AJALAH....

2 comments:

Anonymous said...

kak khiroh ok juga la tu...peti undi tak pernah tinggal lagi....eni pulak pru yg lalu first taim dlm hidup pi mengundi....he he...setuju tu...satu lagi jgn la kerana berbeza fahaman politik kita hilang sedara dan rakan2 yg dah berpuluh thn kita kenaikan...:)

Packy @ Mawar Merah said...

Hehe Eni, frankly speaking,selalu rasa semacam nak mengundi. Tak suka tengok suasana orang berpecah-belah, putus saudara, mengata hang...mengata aku.
Duduk kedai lagu laa...jumpa macam2 penyokong parti. Kita cuma angguk2 geleng2. Dia sokong parti A..kita angguk. Dia sokong parti B...pun kita angguk. Sekali jadi macam lagu 'angguk2 geleng2' daaa....

awesome comments