A scribble of my mind and heart.....

Monday, January 23, 2012

LABU MANIS


Semalam ( Ahad ), masak gulai labu. Resepi utara. Alah yang tarok cili kering, ikan bilis, jintan manis tu... Buat macam gulai lemak yang lain jugak. Ini resepi kegemaran. Tapi takleh buat selalu...kekadang jer.

Sebulan sekali, mesti ada agenda makan labu. Selalunya...buat masak lemak ajer ler. So, sebab asyik makan labu, buang biji labu...adalah yang ter'accident' tumbuh di depan pintu dapur.

Hehe...mula2, nak cabut jer, tapi...semua orang cakap sayang. Biar jerlah tumbuh...kut2 ada lekat buah. Kalau orang mai rumah, mesti heran tengok. Ada ka? Tanam labu depan pintu....


Cantik sangat bila dia merimbun menutup kawasan tu, nasib baik ada lorong nak masuk. Tap penah dibuat orang. Ish! Bila snap gambar, terlekat pula gambar kucing...Si Tepung Kepung dengan Dedek. Sibuk jer nak enter-frame. Heee...


Then suddenly, bunganya mula keluar. Cantik! Hijau versus kuning. Bunga ni...bila luruh, kudup yang tertinggal tu akan start jadi buah. Unfortunately, bila dah start jadi buah....ada yang di makan ayam, dan ada yang buruk tangkai. Satu pun tak lekat.


Petua orang tua-tua, kalau nak buah labu lekat dan terus berbuah, kena jangkit akarnya dengan tulang ikan. Hmm...rasanya petua ni, tak menyalahi hukum agama. So, kak Ah pun try ler. Cucukkan tulang ikan dekat akar utama tu....


Jeng... jeng... jeng... makanya, samada petua tu menjadi, atau co-incident pun tak taulah, buah pun starts growing bigger...bukan satu, tapi adalah dua tiga biji....


Lepas ni, boleh ler makan labu selalu....within reach..

Friday, January 20, 2012

TELEFON DAN TERLUPA


Bukan nak tayang talipon noo...takder maknernyer sebab talipon pun cap ayam jer. Sekadar nak bgtau SonyErricson Satio ni leceh betul sebab dia takder flap casing macam sesetengah phone tu. Aku beli, sebab camera dia cantik, very sharp. Tapi sebab kamera cantiklah, dia ada app seketoi kat belakang body dia, so memang tak yah mimpi nak beli flap casing.

Aku pulak, kalau casing macam sarung bantal tu, memang lemah sikit. Asyik tertinggal dan hilang jer. Mak aku kata, anggota badan tu...pasai lekat jer, kalau tak...akan hilang satu demi satu. Teruk kan aku! Masuk casing yang ini dah empat aku beli dan hilangkan.

Sebal dengan semua tu, aku resign beli casing...main tauk talipon gitu2 jer dalam bag. Dekat setahun jugak aku buat gitu. Last2, screen guard pulak terkeluar, dan at last sikap aku tu buatkan screen aku rosak...huhuhu. Touch screen, kalu rosak screen...menjadi takder maknernyer pakai touch screen.

Dua hari lepas, terpaksalah beli casing sarung bantal tu semula. Untuk mengelakkan hilang lagi, aku tambat dia kat phone. Nasiblah! Macam tambat kerbau zaman dulu2 lah pullok!

Hmm...I really miss my Nokia 3310. Kawan aku kata...ketahanan dia sampai boleh buat baling kawaq dan baling anjing gila. Hehe...

Tuesday, January 10, 2012

DU'A


'Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada pada tempat yang aman 
( iaitu) dalam taman-taman dan mata air. Mereka memakai sutera yang tebal, duduk berhadap-hadapan. Demikianlah, dan kami berikan kepada mereka bidadari. Di dalamnya mereka meminta segala macam buah buahan dengan aman ( dari segala kerisauan), mereka tidak akan pernah merasakan mati di dalamnya, kecuali mati di dunia, dan ALLAH memelihara mereka dari siksa mereka sebagai kurnia dari Tuhanmu, yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar.'

(Ad-Dukhan: 51-57)




Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 


(Al-Baqarah 2:214)

Friday, January 6, 2012

STOP ANIMAL CRUELTY

Photo shared from Mizerque Zulkifli   

Kawan aku share artikel ni on her facebook wall.
Mula2 tak sanggup nak tengok dan baca...but then bila fikir balik,
why not share it, just to convey the message.

Ya Allah! Sampainya hati depa  buat macam ni dekat binatang,
It breaks my heart to see a heart sickening photo like this...
The most shocking thing is,
 that was done by a group of kids.

Mizerque Zulkifli wrote,

Some kids placed strong firecracker in the mouth of this animal and made sure he could not open it. The world is like this. To these kids it must have been a macabre fun for a few minutes and then they continued with their life like nothing happened.

To this animal, his life ended during those minutes, with a pain so deep that is better to forget.

If you are against the mistreatment of animals, share this so that more people see what we are capable to do and how inhumane we could be.

Friends, I'm really sorry if this picture hurts you, I got hurt while posting too. I'm sharing this because of that I hope if some one near you tries to do these kind of things, you will at least try to tell them that this is really a harsh. Will you? 

*Share* if you are against mistreatment of animals

Tak kisah la anjing ke kucing ke...
nama kata binatang, dia pun ada perasaan, dia pun tau rasa sakit...
Memang tak boleh tolerate benda2 macam ni, walaupun yang melakukannya...budak2.
Dalam kes macam ni, i guess the blame goes to the parents lah.

Kalau dari kecik2,
kita ajar dia sayangkan binatang,
tentulah dia tak akan sampai hati nak buat macam ni...
Ajar dia, yang binatang tu pun makhluk Allah,
Dia fragile, dia tak boleh nak mempertahankan diri...
kita yang tuhan bagi otak ni.... kenalah gunakan otak kita!
kita yang tuhan bagi rasa kasih sayang...gunakanlah rasa kasih sayang tu!

Ini komen2 kat facebook wall aku;



Why should man expect his prayer for mercy to be heard by What is above him,
when he shows no mercy to what is under him?


Thursday, January 5, 2012

SELF MOTIVATION

Selalunya, bila nak buat kebaikan atau ibadat,
Hati akan selalu penuh dengan alasan,

Contohnya, niat nak baca Quran sebelum tidur,
Bila sampai masanya,
Hati kata, or Syaitan bisik...
" Alah! Dah ngantuklah...esok ajalah!"

Bila bangun esoknya...syaitan bisik lagi,
' Tidur balik lagi sedap, malam nantilah kau baca,
kau baca banyak sikitlah...'

Dan, semua itu will go on and on...
last2 dah 2 -3 hari tak baca Quran, lebih teruk...dah jadi berhari-hari....

Same goes with ibadat2 yang lain.
Macam sembahyang sunat, puasa sunat...ziarah orang sakit...
semua liat.

So,
Tak boleh jadi ni, kena berperang dengan syaitan,
tak nak bagi dia menang!
Then i decide to try this, motivasi untuk diri sendiri,
dah cuba buat beberapa kali...
Alhamdulillah! Dapat lawan balik suara hati tu...


kalau ada yang mempunyai masalah yang sama... 
Boleh cuba...
Kalau rasa nak cancel niat baik tu,
Bayangkan syaitan sedang bergembira, bersorak kemenangan..

Jangan kasi dia menang!
Jom, kuatkan hati, Kita lawan dia!

Monday, January 2, 2012

FAMILY'S GET TOGETHER

Ahad 1/1/2012
Aku buat stock check kat kedai,
Tapi kat rumah pula, planning nak buat makan2 among family.
Makanya...tak dapat nak tolong kekanda2 masak ( lega sebenaqnya...hehehe)
Tinggallah kak Mun, Kak Ah dan Kak Arah dok bersilat.

Stock check habis pukul 12: 15 Tengah hari,
balik terus lepas tu
 Bila sampai umah, semuanya dah siap masak, cuma tinggai nak goreng daging jer,
Kak Arn (SIL) yang amek peranan tu, sebab Abe dio suko daging goreng yang dimasaknya.

Ini gambar lauk2 yang siap...
menunya adalah...

1. Kari Ayam kampung dengan betik

Ayam kampung yang Abang Man bela kat umah dia, selamat 4 ekoq jadi gulai....


2. Kari ikan

Special untuk mak yang tak makan ayam.

3. Kerabu Pucuk Selom

Resepi yang Kak Arah suka buat

4. Ikan Talapi Bakar

Kata anak penakan aku, Kotat...ni bukan bakar pakai bara...tapi pakai api. Sebab hangit.

5. Sup Tulang

Sepatutnya Sup Tulang ni, nak buat Sup Siam, tapi sebab chef kena buat stock take...jadi sup biasa jew ler...

6. Sambal Belacan



7. Ayaq Asam


Selain lauk2 ni, ada telapia goreng, ayam goreng dan daging goreng...
tak sempat nak snap gambar.


Pukul 1, dan siap untuk makan
Tok Besan Kak Rah pun mai juga suami isteri...
Jom layan gambar...

Siap sedia nak hidang makanan...
Anak2 dare makan dulu...
Grup orang lelaki, ipar-duai...belom cukup korum...
Mak dengan tetamu...

CuCu Penakan

Untuk tatapan Kak Ani kat USJ..
Kat bawah ni gambar cucu penakan...

Nur Auni Ayeesha

Hani Darina

awesome comments