A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, May 15, 2012

DUA SENARIO, SATU MESEJ

SENARIO SATU...

Suatu hari, aku menghadiri jemputan kahwin di rumah regular customer aku. Kebetulan, customer ni juga merupakan abang ipar kepada kawan aku, Lin ( The ex-Georgians). Maka sewaktu sampai ke situ, aku tercari-carilah kelibat Lin. Niat tak berapa baik dalam hati aku ialah, mahu membuli dia supaya hidangkan makanan. Maklumlah...berdasarkan pengalaman aku menghadiri kenduri di rumah yang sama sebelum ni, makanannya melimpah ruah dan sedap-sedap belaka.

Tak nampak kelibat Lin, akupun call. Unfortunately... tak ada jawapan. Mungkin itulah penangan niat tak berapa betul di awalnya. Maka, kami mulakan dengan hidangan nasi. Alhamdulillah! Lauknya sedap-sedap belaka.

Sesudah menjamah yang berat, aku bangun untuk mengambil ais kacang. Menuju ke bahagian makanan sampingan, aku nampak seorang 'makcik' sedang menceduk bubur nasi ke dalam mangkuk polysterine di sebelah meja ais kacang. Hmm... sedap jugak kalau pekena bubur nasi, tetapi akibat sudah kekenyangan... aku terus berhenti untuk mengambil Ais Kacang saja.

Tiba-tiba, telefon aku berbunyi, tertera nama Lin di situ.

Aku : Lin, hang kat mana?
Lin : Aku kat rumah kenduri.
Aku : Laa... aku dok cari hang, nak buli hang... tak nampakpun! Hang kat mana?
Lin : Aku kat nasi moi.. hang kat mana?
Aku : Laa... aku kat ais kacang. ( Terus menjeling meja nasi moi tadi, mata aku membulat...)

Laa... Makcik yang dok cedok nasi moi tu, rupanya kawan aku... muahahaha. Bila aku bagitau Lin apa yang aku fikirkan masa tu, keluarlah perkataan favourite dari mulut dia, " Khejaqqqqqq!!!"


SENARIO DUA...
Ini pula pengalaman Lin.

Satu hari, dia makan dengan family dia kat Kiosk Bertam. Tengah dok makan tu, ternampaklah seorang makcik yang vogue bergaya... juga sedang makan di sebuah meja tak jauh dari situ. Dalam hati Lin berbisik, 'bergaya jugak makcik nie... baju dan beg tangannya up to date'.
Tiba-tiba, husband Lin menegur,

Hubby : Mama tengok apa?
Lin : Tu mama tengok makcik tu, bergaya sungguh!
Dalam duduk berbual tu, 'makcik' tadipun berkalih. Kali ni, giliran Lin pula tersembul biji mata....

" Makcik' yang Lin nampak sebagai vogue tu, rupanya kawan-kawan yang seangkatan dengan kami juga...

Dari pengalaman aku dan cerita Lin tu, tetiba aku terfikir, macam manalah agaknya orang lain pandang aku. Dah 'makcik' juga rupanya aku... muahahahaha....

Moral of the story, 

JANGAN NAMPAK ORANG LAIN JER 'MAKCIK'. KALAU DAK MASUK SERIES MACAM NI, SEBENARNYA... ORANG LAINPUN NAMPAK KITA MACAM 'MAKCIK'. KERANA REALITINYA... KITA MEMANG DAH MASUK KATEGORI ' MAKCIK-MAKCIK' WALAUPUN KADANG-KADANG... HATI MASIH RASA MUDA...


Photobucket

No comments:

awesome comments