A scribble of my mind and heart.....

Monday, July 30, 2012

CHUKADA DAN TONTOT

Umur Syuhada dah 1 tahun 2 bulan lebih... dan seiring dengan umur, perangai dia pun berkembang begitu juga. Makin nakal, degil jugak... sampai tak larat kami nak kepong. Tapi keletah dia menghiburkan, kalau dia tak ada... hidup akan terasa sunyi.


Ini pulak Tontot. Kucing yang umurnya dalam 6 bulan. Yang ni special sikit. Lepas mak dia bunting yang baru, dia tinggalkan Tontot dan kembarnya Noneng. Tapi Tontot ni penakut yang amat, penangan kena 'kerabu' dengan Cik Bedah masa dia kecik2 dulu. Makanya... nampak saja kucing lain ( kecuali Noneng) dia menderam. Pendek kata... tak adalah geng untuk dia berkawan. Tempat lepak dia, atas tembok bilik air yang tingginya setara dengan bumbung. Walaupun rupanya buruk, kami tetap sayang.



Pagi-pagi selalu jugak Tok Ah dukung Syuhada ke rumah Tok Nek. Hanya inilah kawan yang Tontot ada. Kalau dengar suara Chukada, Tontot akan turun dari persembunyiannya. Kat mana saja Chukada pegi, Tontot akan ikut. Kalau dengan kami, Tontot selalu keluarkan kuku. Tapi dengan Chukada... tak pernah! Walaupun jika Chukada buat 'saghan' kancing gigi cekau bulu dia.


Chukada pun pandai juga. Nampak saja muka Tontot menjengoi, dia akan kelam-kabut pi cari measuring tape yang Tok Ndak dok buat ukur baju. Lari terkedek-kedek, biar tali tu merambu kat belakang, dan Tontot pun kejar ler...


Playing time. Syuhada tengah nak ajak Tontot main.


Tontot dah dapat sambar measuring tape dari Chukada.


Posing time... she realy likes camera. Lepas snap, mesti kena tunjuk foto kat dia...

Special for Tok Mummy, family master chef kat Subang Jaya tu, semoga terubatlah rindu.

Photobucket

Friday, July 27, 2012

ADA PERUBAHAN...

Alhamdulillah!!!....


Alhamdulillah! Tahun ini, saya melihat perubahan dalam puasa seseorang. Kalau di tahun-tahun lepas, ada tanda soal berlegar di dalam kepala saya tentang puasanya, tahun ini... saya panjatkan syukur dalam hati. 

Dulu, kadang-kadang dia hilang sepanjang hari dan hanya balik bila hampir waktu berbuka atau selepas waktu berbuka. Relax pulak tu... tak ada rasa excited nak berbuka. Pernah juga emak dia terserempak dengan periuk maggi di dalam hutan. Agenda memonteng dengan kawan-kawannya. Bercakap tentang kenakalan dia, kami garu kepala. Sesak nafas dan kadang-kadang... hampir putus harap. Alhamdulillah! Emak dia seorang yang sabar dan tak henti-henti berdoa.

Setelah melalui satu peristiwa di awal tahun, Alhamdulillah! Dia berubah. Dan kami amat berharap perubahan itu akan kekal. Kadang-kadang Allah turunkan musibah untuk memberi kesedaran. Dan kami panjatkan syukur kerana, selepas semua itu... dia banyak berubah. Cuma, buat sementara ini, bagi pihak saya sendiri... saya masih meletakkan keyakinan itu pada tahap 80 persen. Saya doakan ianya kekal.

Sepanjang dia membesar, saya belum pernah lihat dia tidur keletihan begitu bila berpuasa.  Itu yang membuatkan saya tergerak untuk mengambil gambar ini secara curi... :))  Dulu, dia jarang duduk di rumah menunggu waktu berbuka, tapi tahun ini, saya lihat setiap hari dia ada di rumah. Kadang-kadang, dia jadi tukang hantar juadah ke rumah kami. Dulu, dia gunakan alasan ke surau untuk melepak dengan kawan-kawannya, tahun ini dia boncengkan emaknya ke surau dan sama-sama berterawih. Hmm... pendek kata, dia telah berubah ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah! Keluarga kami banyak diuji beberapa tahun kebelakangan ini. Musibah datang bertimpa-timpa.  Rupanya musibah itu menjanjikan perubahan ke arah yang lebih positif. Syukur untuk semuanya. Semoga beberapa kerat lagi yang masih alpa akan disentuh hatinya oleh Allah dan berubah ke arah yang lebih baik juga.


"Ada orang, Allah bagi hukuman dunia… baru dia sedar. Ada orang, Allah tunjukkan kekuasaannya… baru dia berakal. Itu semua cara Allah merahmati hamba-Nya. Dia tak mau kita terus sesat. Tapi, yang paling menyedihkan ada dua golongan. Golongan pertama adalah orang yang Allah tak bagi peringatan langsung. Dia leka dengan dosa dia sampai mati. Dan golongan kedua, iaitu orang yang Allah dah bagi peringatan, masih tak mau sedar-sedar. Itu yang menyedihkan!” 


Photobucket

Tuesday, July 24, 2012

RAMADHAN...

... apa yang saya kurang suka,

http://nurhafiz2009.blogspot.com

Saya sukakan Ramadhan. Detik-detik menanti ketibaan Ramadhan sememangnya mengujakan. Tapi saya bukanlah orang rajin berpuasa sunat Rejab dan Syaaban. Bab ini saya culas. Buat yang ala kadar sahaja. Itulah kelemahan saya. Sebelum sampai ke bulan Rejab, saya selalu berazam mahu memperbanyakkan puasa sunat, namun bila Syaaban berlalu... saya hanya mampu buat yang sedikit sahaja. Tahun depan... saya pasti berazam lagi. Insyallah!

Saya juga sukakan rasa syahdu yang lazat di pagi pertama Ramadhan. Rasa bersyukur kerana Allah panjangkan umur saya dan dapat bertemu dan melalui Ramadhan lagi untuk tahun ini. Semoga saya akan masih mampu berdiri menyambut Ramadhan di tahun-tahun akan datang. Masih adakah kesempatan untuk saya? Ada tanda soal di situ, kerana saya sudah memasuki fasa 'asar' yang bila-bila sahaja akan terpaksa menghadapi takdir Allah yang satu itu. Kalau pun umur saya panjang, tidak mustahil saya akan mengutip penyakit-penyakit yang nampaknya sudah biasa di zaman sekarang. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga saya... Ameennn...

Banyak lagi perkara yang saya suka tentang Ramadhan. Saya suka kesyahduan waktu sahur. Saya suka rasa bersyukur waktu berbuka. Saya suka ikatan ukhuwah yang terjalin jika berterawih di masjid. Dan saya juga suka rasa yang menyelinap ke kalbu setiap kali saya cuba membaca Al-Quran ( jarang-jarang sekali saya dapat khatam). Moga tahun ini saya dapat menghabiskannya...

Namun, dalam banyak-banyak perkara tentang Ramadhan... ada beberapa perkara yang saya tidak suka. Taklah banyak, tapi ia seperti menganggu emosi saya...

Saya tidak suka dan sedih melihat insan seagama yang tidak segan silu makan di bulan puasa. Saya sakit hati melihat mereka berbaris di kedai-kedai mamak membungkus makanan. Saya geram melihat ada juga peniaga yang membuka gerai makanan dengan tujuan untuk menjual kepada orang yang tidak berpuasa. Saya sedih jika melihat para lelaki sasa membawa bungkus makanan sambil terkulat-kulat tersenyum memandang saya. Sebab itulah di kawasan saya, saya seboleh mungkin elakkan diri dari melalui tempat strategik seperti itu. Saya pernah membuat aduan ke Majlis Agama... namun redanya cuma seketika. Kerana, kesedaran itu sepatutnya datang dari diri sendiri. Ya Allah! Hanya Engkaulah yang berkuasa untuk menyedarkan mereka. Ameennn...

Kata bijak pandai dalam agama, Ramadhan bulan berpesta ibadat. Tapi kita pula sebaliknya. Kita berpesta makanan. Bazar Ramadhan tumbuh macam cendawan. Saya juga suka ke sana. Saya suka melihat beraneka juadah yang buatkan saya rambang mata. Namun saya tak suka dan tak sampai hati untuk berlalu melepasi muka-muka peniaga yang berharap agar pembeli singgah di gerai mereka. Terutamanya... jika saya lihat makanan masih penuh dan masa berbuka makin dekat. Kerana saya juga peniaga, saya cukup faham apa yang bersarang di hati mereka. Rasa tidak enak itu akan berlarutan hingga saya balik ke 'ofis' saya. Kalau ikutkan hati, saya mahu menolong dan membeli serba sedikit. Namun itu mustahil. Perut saya kecik aja. Dan saya bukanlah jenis yang makan banyak. Pertolongan itu akan menjadikan saya seorang yang membazir dan orang yang membazir itu saudara syaitan. Na'uzubillah!

Selain dari itu, saya kurang gemar dengan kekalutan semua orang di jalan raya. Lebih dekat dengan waktu berbuka, kita seolah-olah tak sabar untuk sampai ke rumah. Sudahnya... ada yang kemalangan. Rasanya lebih elok jika kita sediakan air mineral atau gula-gula. Berbuka sajalah bila sampai waktunya. Tak kiralah jika kita masih dalam perjalanan. Sampai di rumah nanti, makan ajalah secukupnya. Betul tak?

Hmm.... sebenarnya, perasaan suka itu, tentunya melebihi isu-isu yang membuat saya
tidak sukaDan yang tidak suka itu memerlukan perubahan dan kesedaran diri 
masing-masing. Doa saya, semoga Ramadhan kali ini akan menjadi yang lebih baik 
dari sebelumnya... Insyallah!


Photobucket

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN MUBARAK

Alhamdulillah! Sempat lagi bertemu Ramadhan tahun ni... Jom dengar lagu ni sat. Rasa berkobar nak puasa, bila dengar lagu ni...


Ucap Selamat dan Pengumuman.

Nak ucapkan SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA,  especially untuk Kak Ani yang tersayang di Subang Jaya. Moga kita semua dapat jalani ibadah dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

Ya Allah!
"Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala hati dan mata, tetapkanlah hati-hati kami dengan mentaatiMu, dan janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami, janganlah Engkau turunkan fitnah atas agama kami, jadikanlah kami pada hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah kami pada hari esok lebih baik dari hari ini, dan jadikanlah sebaik-baik umur kami pada hujungnya dan sebaik-baik amalan kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah pada hari kami berjumpa denganMu.

Ya Allah!
Permudahkanlah urusan ibadatku dan kaum keluargaku sepanjang Ramadhan ini.
Rahmatilah ibuku dengan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah ini,
Rahmati dan berkatilah adikku yang melalui saat-saat getir dalam hidupnya,
Kurniakanlah padanya ketabahan dan kekuatan yang tiada penghujungnya....

Ameennn....


Sebagai Hamba Allah yang sering terlupa, eloklah kita ingat memperingati. So, kat sini saya upload photo yang saya dapat dari wall fb untuk tatapan semua. Moga sama-sama mengutip manafaat.

Eh! tetiba tersedar, gantinama diri pertama, sudah bertukar menjadi saya. So, nak buat pengumuman sikit. Mulai hari ni, di sini... saya akan menulis dengan menggunakan gantinama diri saya. Bukan gantinama aku tu tak elok, cuma... ada orang tegur saya, katanya... lebih elok saya gunakan gantinama diri ' saya'. Sebagai seorang yang 'open' kepada teguran... saya dengan rendah diri bersedia untuk berubah. :)



The Top 10 Productive Ramadhan chart;
Di sini ada chart dari wall kawan FB, bagus juga sebagai garispanduan untuk kita...



The Ramadhan Race photo..
Ya... simboliknya puasa kita, seperti sedang berlumba untuk mendapat redha dan ganjaran pahala dari Allah.  So, esok... perlumbaan bakal bermula...




The RACE has begun! Ramadan has come!
Rewards & acceptance of du'as on SALE!!!
A Great event in the HEAVENS...
The gates of JANNAH are opened and it is adorned for all those who seek it!!!!!!

So lets RACE to gain a seat in Jannah with the ones we love of the Prophets, Siddiqeen, martyrs and the righteous people!!!

May ALLAH accept & bless us to attain admission in His Jannah!!!!!!!!  


Menanti Ramadhan dan Alhamdulillah! Bertemu juga...

Photobucket

Tuesday, July 17, 2012

CARTOON YOUR PHOTO...

Bila tengok advertisement 'cartoon yourself'' kat web, cuber2 jugak try... tapi entah sebab apa... tak menjadi. Sejak tu berazam nak lukis sendiri...

Aku try dengan Paint software yang dah ada kat lappy... inilah jadinyer. Tak comey langsung.

Maka, aku berazam dalam hati, mesti nak try jugak sampai boleh. Photoshop ada, tapi... frankly speaking, aku tak pandai guna. Tried a few times but failed. So I gave-up. Diam sat... tapi still godek2 Mr Google yang sangat helpfull dalam memberi tips2. Last2, jumpa video nie....


So, i just follow the step and managed to cartoon myself and use it as signature photo macam kat bawah.... okay tak?

Love being me...
Photobucket

Thursday, July 12, 2012

HATI


Rasulullah s.a.w. kata, sampaikanlah walaupun satu ayat. So hari ni, ada mood nak berdakwah sikit. Kebetulan, masa cabut gigi 2 hari lepas terbaca artikel ni kat majalah Anis. Jom share!

Tapi hari ni, malas nak menulis dari hati dan otak sendiri. So nak copy ang paste jer. Apapun ke' dahnya, yang penting, ilmu itu disampaikan. Betul tak?

Hati adalah antara organ penting dalam badan. Secara saintifiknya, ia adalah orgen homostasis. Fungsi utamanya termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma dan menyahtoksik darah.

Namun, simboliknya di dalam hati tersimpan emosi dan perasaan. Malah, ia merupakan 'organ' yang perlu dijaga dengan baik agar tidak dibusukkan dengan sifat-sifat keji yang datangnya dari manusia sendiri.

Hati, dalam Islam sangat dititiberatkan. Malah, sebagai seorang Muslim, wajib baginya menjaga kesucian dan kebersihan hati. Sebaik baik hati yang dikasihi oleh Allah Taala ialah hati yang suci murni dari segala kebatilan dan keraguan, bersih dari segala aneka rupa kejahatan. Hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan.'Copy and paste' dari HASRULHASSAN.COM


Ringkasnya fungsi hati secara Islamiknya adalah;
1. Hati adalah raja di dalam kerajaan diri.
2. Hati adalah nilaian Allah terhadap hamba-Nya.
3. Hati adalah wadah untuk hidayah, iman dan taqwa.
4. Hati adalah penentu keselamatan pada hari akhirat.
5. Hati menjadi rebutan antara Malaikat dan syaitan.
6. Hati adalah kamar ketenangan di dalam diri manusia.
7. Hati adalah sumber himpunan rasa yang ada di dalam diri manusia.


Untuk mengelakkan penyakit-penyakit simbolik bagi hati seperti keluh-kesah dan hilang ketenangan, kita perlu melihat kepada punca utama yang membiakkan 'wabak' penyakit hati ini.
Sebab yang mematikan hati;
1. Makanan dan minuman yang haram atau syubhah.
2. Dosa dan maksiat.
3. Dosa khusus yang berkaitan dengan ibu-bapa.
4. Menjauhi majlis ilmu.
5. Bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya.
6. Cinta dunia.
7. Mengabaikan ingatan terhadap akhirat.


So, untuk hidupkanlah hati  dan kembalikan fungsi hati kita, kita kenalah disiplinkan diri dengan perkara-perkara berikut;
Hati yang hidup;
1. Menjaga persoalan halal dan haramnya rezeki.
2. Mengawal diri dari mungkar dan maksiat.
3. Memperbanyakkan istigfar dan taubat.
4. Istiqamah dalam mengunjungi masjid.
5. Meyintai majlis ilmu.
6. Bersahabat dengan orang yang baik.
7. Memperbanyakkan zikrullah dan membaca Al-Quran.
8. Banyak mengingati mati.
9. Bersifat pemurah.

Hadith Rasulullah s.a.w.
An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)



Photobucket

Thursday, July 5, 2012

WEDDING MEGA

Last Saturday, pi wedding Mega kat Simpang Pulai, Ipoh. Wedding kali yang ke.... (tak nak sebut la..). Dari Penang, aku sensorang jer. Bangkit pagi, dok lip pok lip pok.. nak pi ke tak? Kesian pulak kat Mega sebab hantar invitation kat semua orang, tapi tak ramai yang turnup. Last2 decide nak pi jer..

Bertolak dari rumah dalam pukul 9:30, sampai Ipoh lebih kurang 12 lebih. Cikna dengan hubbynya Mr Razak plus naughty Amin sudah sedia menunggu kat hotel tempat Ris menginap dengan mak dan ayah dia. Alhamdulillah! Seronok jumpa kengkawan...


Baru sampai kat tempat kenduri, posing dulu sebelum makan.


Makan dulu, kelaparan sebab tak breakfast tadi ( walaupun dah ringan-ringan kat R&R Sungai Perak).


Good old friend yang selalu jumpa, with Cikna ( Nabilah) and Ris.

Lepas makan, naik ke rumah pengantin. Jumpa pengantin... nangis dia, terharu sebab kami sudi menghadirkan diri. Berbual tentang banyak perkara. Pengantin siap bagi tazkirah... kupasan tentang issue yang tak dapat nak di elaborate kat sini...


Mega with me and Nabilah


Mega with me and Ris


Adah and hubby mai lewat sikit, baru nak mula gear nak makan bila kami dah nak balik.
Alhamdulillah! Walaupun dalam grup yang kecil, it was a happy and happening moment...


Photobucket
awesome comments