Alhamdulillah!!!....
Alhamdulillah! Tahun ini, saya melihat perubahan dalam puasa seseorang. Kalau di tahun-tahun lepas, ada tanda soal berlegar di dalam kepala saya tentang puasanya, tahun ini... saya panjatkan syukur dalam hati.
Dulu, kadang-kadang dia hilang sepanjang hari dan hanya balik bila hampir waktu berbuka atau selepas waktu berbuka. Relax pulak tu... tak ada rasa excited nak berbuka. Pernah juga emak dia terserempak dengan periuk maggi di dalam hutan. Agenda memonteng dengan kawan-kawannya. Bercakap tentang kenakalan dia, kami garu kepala. Sesak nafas dan kadang-kadang... hampir putus harap. Alhamdulillah! Emak dia seorang yang sabar dan tak henti-henti berdoa.
Setelah melalui satu peristiwa di awal tahun, Alhamdulillah! Dia berubah. Dan kami amat berharap perubahan itu akan kekal. Kadang-kadang Allah turunkan musibah untuk memberi kesedaran. Dan kami panjatkan syukur kerana, selepas semua itu... dia banyak berubah. Cuma, buat sementara ini, bagi pihak saya sendiri... saya masih meletakkan keyakinan itu pada tahap 80 persen. Saya doakan ianya kekal.
Sepanjang dia membesar, saya belum pernah lihat dia tidur keletihan begitu bila berpuasa. Itu yang membuatkan saya tergerak untuk mengambil gambar ini secara curi... :)) Dulu, dia jarang duduk di rumah menunggu waktu berbuka, tapi tahun ini, saya lihat setiap hari dia ada di rumah. Kadang-kadang, dia jadi tukang hantar juadah ke rumah kami. Dulu, dia gunakan alasan ke surau untuk melepak dengan kawan-kawannya, tahun ini dia boncengkan emaknya ke surau dan sama-sama berterawih. Hmm... pendek kata, dia telah berubah ke arah yang lebih baik.
"Ada orang, Allah bagi hukuman dunia… baru dia sedar. Ada orang, Allah tunjukkan kekuasaannya… baru dia berakal. Itu semua cara Allah merahmati hamba-Nya. Dia tak mau kita terus sesat. Tapi, yang paling menyedihkan ada dua golongan. Golongan pertama adalah orang yang Allah tak bagi peringatan langsung. Dia leka dengan dosa dia sampai mati. Dan golongan kedua, iaitu orang yang Allah dah bagi peringatan, masih tak mau sedar-sedar. Itu yang menyedihkan!”
No comments:
Post a Comment