A scribble of my mind and heart.....

Saturday, November 24, 2012

BOUGAINVILLAE... akhirnya!

Hasil kreativiti Ustaz Yo Kmn, sangat berpuas hati.

The Dream

Impian saya untuk menghasilkan novel dan bergelar penulis akhirnya tercapai juga. Setelah 2 tahun menggarap cerita dengan bantuan Puan Maria Kajiwa sebagai sifu yang banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat, akhirnya segalanya berjaya dilaksanakan.

Walaupun bermula pada usia menghampiri senja, saya kira dengan doa yang saya panjatkan... Allah menemukan saya dengan orang yang tepat di waktu yang tepat. Itulah sifu saya merangkap kawan lama saya sewaktu di USM. Suami sifu saya adalah course-mate saya dulu. :)

Sesungguhnya, nothing is impossible if you really strive to achieve it. Tak ada istilah terlewat untuk mencuba sesuatu atau mempelajari sesuatu. Seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi...

"Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad."
Dan pepatah yang mengatakan...

"Keep your dreams alive. Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself, vision, hard work, determination, and dedication. Remember all things are possible for those who believe."
~ Gail Devers

Alhamdu Lillah! Syukur tak terhingga saya panjatkan pada Yang Maha Esa yang telah mengurniakan bakat dan idea. Menemukan saya dengan orang yang betul dan membuka peluang untuk saya menambah ilmu dalam bidang penulisan. Selain itu, saya mengambil petua penulis terdahulu. Kata mereka... berdoalah! Maka saya selalu berdoa supaya Allah mengurniakan idea yang bagus untuk kesinambungan cerita saya hingga dapat meletakkan nokhtah kepada sebuah cerita.


The Obstacles

The biggest obstacles were lack of self confidence. And procrastination is also one of the reasons, it's  kind of mixed inside me and has become a habit. Selain itu, banyak kali juga saya memberhentikan penulisan sebab terlalu jemu, hilang tumpuan dan kekeringan idea...

Alhamdulillah juga sebab saya ada kawan-kawan penulis yang sering memberi semangat. ( You know who you are!) Kerana semangat dari merekalah, saya kuatkan diri menulis. Mereka yakin dengan saya... kenapa saya tidak mahu meyakinkan diri saya sendiri?


What's Waiting?

Kata kawan writer saya juga, ini baru permulaan. Saya bakal melangkah ke lapangan yang lebih mencabar dan berdepan dengan berbagai ujian. Itu saya faham... cuma saya tak tahu cabaran yang mana yang akan saya terima. Seeing what they've been through... buatkan saya takut. Ya lah! Macam kata pepatah...

“They've promised that dreams can come true - but forgot to mention that nightmares are dreams, too.”
Saya cuma menulis apa yang terdaya dan yang saya rasakan terbaik buat masa ini. Semestinya hasil kerja saya bukan sempurna dan tak akan pernah sempurna. A friend used to say ' Perfection is always under construction', jadi tak akan ada istilah ' hasil karya yang sempurna'. Saya cuma mampu menyusun jari sepuluh memohon maaf andaikata hasilnya tidak memuaskan hati sesetengah pembaca. Saya hanya Hamba Allah yang serba kekurangan. :(

Cover depan dan belakang.

Getting ready to expect the unexpected. :P

Photobucket

4 comments:

kak cik said...

Wow...ape lg yg boleh di kata ya .. congratulation. Kerana dah berjaya mencspai impian dan yg paling utama dah berjaya melawan musuh dlm diri sendiri...tu kejayaan paling beso.

Packy @ Mawar Merah said...

Kak Cik,

Hang antara kawan2 yang galakkan aku menulis. Jazakallah! Sangat2 menghargai kesudian hang untuk menjenguk blog aku yang tak seberapa. Luv u always... :)

isz ismail said...

bila launching date?sangat tak sabaq nk beli n baca..

Packy @ Mawar Merah said...

Chu Isz,
May be by middle of December kut... Insyallah! Beli no, jangan tak beli.. :)

awesome comments