Satu pagi, 7 Nov 2012, on the way nak ke tempat keje, saya buka radio Sinar. Hari tu Khairel dengan SY cakap pasal tajuk interview. Menarik tajuk ni, dan saya selalu terfikir perkara yang sama setiap kali ada saudara terdekat nak temuduga kerja. Ianya bertitik tolak dari pengalaman saya sendiri suatu waktu dulu. Dan saya memang geram bila mengenangkan semuanya dan sudah tentulah simpati dengan orang yang terpaksa mengalami situasi yang serupa.
Tau tak kenapa saya geram? Sebab saya rasa, interview yang saya hadiri tu sekadar syarat untuk menepati garis panduan. Padahal mereka dah pun ada calon yang dari kalangan sanak saudara dan kaum kerabat orang-orang yang kerja kat sana... dalam kata lain, ada yang dah guna kabel. Jadi kekadang kita pegi interview tu macam pelakon tambahan jer. :( Tak cayer? Meh dengar apa yang pendengar share dengan radio Sinar...
Kes pertama.
Pendengar menjalani temuduga pertama di Rawang dan lulus. Then diarahkan untuk ke Johor untuk pemilihan seterusnya. Sebabnya cawangan sana yang sebenarnya perlukan pekerja. Bila sampai sana... jawapan yang dia dapat, sangat mengejutkan. Kata orang sana, tempat tu dah diisi. Padahal, orang yang dapat kerja tu tak datangpun interview di Rawang. Kata pendengar tu, sah2 ler pakai kabel.
Kes kedua.
Sorang lagi pendengar, buat preparation bagai nak giler untuk interview. Bila masuk dalam bilik interview, apa yang dia prepare tak ditanya langsung. interviewer tanya soalan merapu jer. Macam bersembang. Dan sah2 dia memang tak dapat kerja tu. Cara depa buat tu, macam dah ada calon yang menanti... sure dah ada yang pakai kabel...
Kes sendiri.
Ganbar dari sini http://paanipeace.blogspot.com/2012/02/err-am-i-ready.html |
Terjadi sewaktu temuduga nak dapatkan lot kedai di salah satu tempat di negeri saya. Biasalah, selalunya kalau sewa di bawah badan ni, murahlah sikit. Maka kamipun apply dan isi borang. Masa tu, saya dengan kawan saya Dr Ju'a berniat nak diversified from doing business in health field. Niat nak buka boutique. :)) Siap buat paper work dan sebagainyalah.
Excited sangat bila dipanggil interview. Masa dia orang call, ada jugak dia tanya nak bisnes apa, so bgtau terang2lah yang nak buka boutique ( kat dalam form pun dah ada tulis). So, bila sampai hari... saya nekad tinggalkan bisnes ( bimbang juga kalau2 ada enforcement datang melawat). Ju'a pulak, gajikan locum, tahulah nak bayar locum, mahai! Maka kamipun seberanglah jambatan ke Pulau Pinang. Cari parking tak ada, parking ajer kat tepi jalan. Tawakkal ajerlah. Dan kamipun pegilah ke ofis tu. Tunggu punya tunggu, bila masuk dalam bilik interview...
Interviewer : Nak bisnes apa?
Kami : Nak buka butik.
Interviewer : Hmm... rasanya lot yang kita ada tak sesuai untuk bisnes U, kita cuma ada tingkat atas jer.
Kami : ( Bengang!!! Yalah, mana ada orang buka butik kat tingkat atas).
Tu ajalah interview kami hari tu, lepas dia kata camtu, kami bangun, keluar dan balik dengan sakit hati yang amat sangat.
Kan dah bagitau awal2 nak buka butik, kalau dah tau nak ofer tingkat atas, tak payahlah panggil kami pi interview. Taklah bazirkan masa kami, duit kami dan tenaga kami. Sampai kat keta, kena saman parking pulak! Dalam perjalanan balik tu, kami berbincang dan kami yakin... dah ada orang pakai kabel untuk lot tu, kami cuma jadi pelakon tambahan untuk menunjukkan yang everything was done by following the guidelines.
Fikir-fikirkan...
Masalah penggunaan 'kabel-menkabel' ni nampak remeh, dan kebanyakan orang buat. Tapi kalau kita fikir2 balik, dengan mengamalkan 'kabel-menkabel' ni, secara tak sedar... kita menzalimi orang lain. Kesian dekat orang yang datang interview dengan penuh harapan. Bayangkan persiapan yang dia buat. Masa yang dia bazirkan. Duit yang dia belanjakan ( maybe dia orang susah, baru nak cari kerja). Kepayahan yang dia perlu lalui ( macam yang pi interview sampai Johor tu, nak kena minta cuti, nak kena travel jauh2, nak kena sewa bilik...). Hmm... tak perlulah nak elaborate panjang-panjang, letak ajalah tangan kat atas dahi dan fikirkanlah kesannya pada orang lain...
Pada saya, 'kabel-menkabel' ni memang tak bagus. Rasanya dalam Islam pun tak boleh buat. Kalau nak mengkabel jugak... nak buat secara manislah katakan, cakap ajalah kat 'kabel' korang tu,
' Si Polan tu kaum kerabat saya, kalau rasa dia adalah yang layak di antara yang layak... mungkin boleh consider dia untuk jawatan tu'Boleh ke buat camtu? Susah nak cakap... maybe boleh tanya orang yang lebih arif. :))
Harap2 apa yang saya tulis kat sini tak matikan harapan orang yang nak pi interview. Bukan semua syarikat macam tu. Ada yang benar2 tengok pada kemampuan candidates... ini cuma kes terpencil yang walaupun terpencil, tetap ada unsur2 tak berapa sihat kat situ.... ( from my two cents ajer).
Untuk yang nak ke interview, jangan ambil cerita kat sini 100 peratus. Pegilah interview, buatlah preparation. Nak tips, boleh ler amek kat sini, JOB INTERVIEW TIPS.
No comments:
Post a Comment