A scribble of my mind and heart.....

Thursday, November 1, 2012

SYNDROME MALAS


Hmm... saya dilanda syndrome malas, tak ada idea dan tak bersemangat nak menulis. Bukan setakad berblog, saya juga jadi malas nak login ke fb. Mood saya sudah lari... tak tahulah ke mana dan bila dia nak balik semula...

Dalam dok malas-malas, saya tulis puisi yang berkait rapat dengan bidang penulisan. Idea spontan yang keluar bila membaca komen-komen sarcastic tentang ketidakpuasan hati pembeli terhadap hasil Novel yang tidak menepati citarasa mereka...

Saya belum jadi penulis. Tapi insyallah... sedang berusaha menjadi salah seorang dari mereka. Bimbang juga, kuatkah saya nak menghadapi komen-komen negatif atas hasil usaha saya? Macam mana nak tangani? Nak lari masuk bawah kolong atau buat NOHE jer???


Aku tulis

Aku tulis, mereka ketawa.
Aku tulis, mereka mencerca.
Aku tulis, mereka tak suka.
Aku tulis, mereka hina.

Tulis aku… tidak sempurna.
Tulis aku… sekadar rasa yang ku keluarkan dari jiwa.
Tulis aku… sekadar berkongsi cerita.
Tulis aku, rupanya tidak berbaloi dengan uwang mereka.

Maaf,
Aku dan, tulis aku… tak akan pernah sempurna.
Kerana yang sempurna itu hanya milik DIA,
Yang memiliki kita dan segalanya…


Photobucket

No comments:

awesome comments