A scribble of my mind and heart.....

Saturday, June 29, 2013

MAK TAK SIHAT

Mak dengan cicit, Syuhada...

Mak tak sihat, dah lebih tiga hari mak tak mau makan nasi. Suruhlah macam mana pun, ada saja jawapan yang mak bagi. Dah habis ikhtiar Kak Mun nak masak apa, dan dah habis ayat saya nak pujuk mak suruh makan. Infact, lately, mak memang kurang makan. Dah nampak kurus benar dah, mak la ni. Sedih tengok condition mak macam tu..

Semalam, mak tak boleh tidur. Pukul 3 lebih mak kejut saya. Soalan mak buat saya terkedu. Mak tanya...

Ayah hang pi mana? Dia ada lagi ka?

Saya yang terpisat-pisat bangun, terus jer jawab

Ayah dah lama tak ada la mak... mak cari ayah ke?

Mak garu kepala;

Mak cari ayah hang, tapi tak dak... lama dah ke ayah tak ada?

Saya peluk mak yang berdiri kat sebelah katil;

Dah lama, dah tujuh tahun...

Dan terus ikut mak keluar dari bilik.

Pagi ni, mak nampak tak larat sungguh. Tapi masih refuse tak mo makan... suasah hati betulla... :(
Moga mak kembali sihat macam sedia kala... Ya Allah! Sembuhkanlah mak!
Photobucket

Thursday, June 20, 2013

CREDIT CARD SCAM



12/6/13; 3:53 PM
Saya dapat mesej dari 66399, katanya...

Please contact RHB bank at ...... our business hour are 8: 45 am - 5:45 pm ....

Saya ignore... dan terlupa terus.

17/6/13
Saya dapat mesej lagi sekali...

RHB : Thank you for the request to change your address/ tel no. It will be updated within 7 working days. Please cal ( number given) for more info...

This one sounds weird. Sebab saya tak pindah address dan tak pernah tukar nombor telefon. Cuba call nombor tu, tapi as usual machine yang jawab. Then decide nak pi bank dan tanya terus

Kata oficer yang kat kaunter pertanyaan, kalau tak ada change address, just ignore it. It was one of the way they wanna u to call the number and they start asking for your acc number or the last three digit of your credit card number ( number on the back of your credit card). Hmm... macam-macam. Risau jugak kalau2 ada orang request credit card baru pakai nama saya...huhuhu

Tapi bila officer bank kata ignore, kita ignore ajer laa...
Photobucket

Monday, June 17, 2013

PUISI : AYAH

Puisi sempena Hari Ayah... buat ayah yang tiada galang gantinya...


http://www.quotesbuddy.com/quotes/daughters-quotes/


Ayah

Ayah aku, bukan siapa-siapa
Sekadar lulus darjah enam, sekolah atap
Dia bukan cikgu atau pegawai kerajaan,
Bukan juga orang berpangkat dan berkedudukan,
Ayah aku,
Cuma kerja kampong,
Yang menguruskan sawah sekangkang kera,
Kadang-kadang menoreh getah
Ada juga kerbau lembu yang dibela
Semuanya sedikit-sedikit,
Buat bekal sesuap nasi…

Ayah aku,
Walau tidak mengaji tinggi,
Dia pentingkan ilmu,
Dan berusaha, hantar aku sampai ke universiti…
Ayah aku,
Walau bukan guru sekolah,
Dia mendidik aku dengan caranya sendiri,
Ajar aku tentang pentingnya berjuang ,
Untuk masa hadapan.
Ayah aku,
walaupun bukan berpangkat, berkedudukan,
Dia kuat bekerja,
Sampai mampu mengumpul harta,
Hanya dengan tulang empat keratnya.

Ayah aku,
Mungkin bukan siapa-siapa ,
Tapi dia kaya dengan kasih sayangnya,
Dan aku kasihkan dia, tak terhitung banyaknya.
Ayah aku,
Tetap nombor satu di dalam hati
Walau kini sudah lama pergi
dijemput Ilahi…

Al-Fatihah untuk arwah ayah, Haji Sidik Awang. 
— feeling alone. Not even a day passed without missing him.
Photobucket

Saturday, June 15, 2013

COUNT OUR BLESSING


Hari ni, ada Chinese customer yang datang awal pagi. Alhamdulillah! Selain bawa rezeki, dia juga bawa cerita yang buat saya berfikir dan mensyukuri nikmat yang ALLAH berikan walau sekecil manapun... Ya, kadang2 kita mengeluh dengan kekurangan diri dan dugaan ALLAH tanpa kita sedar, nikmat yang ALLAH beri itu tersangat besar.

Lately, saya dihujani dengan berbagai dugaan. Yang berat, yang tak berat... yang kadang-kadang buat saya letih. Yang sesekali buat saya rasa macam mahu parking kereta di tengah padang, di bawah pokok yang rendang dan berbaring sambil merenung langit tanpa fikir apa-apa. Serius! Saya selalu fikir nak buat macam tu kalau ada masalah. Ngee...

Tapi bila dengar cerita dia, saya jadi insaf... dugaan saya tak seberapa sebenarnya...

Kata dia, selepas diisytiharkan bankrap, di dalam bulan yang sama... dia mengalami sakit di bahagian tulang belakang. Ada infection dan terpaksa buat operation untuk buang nanah. Terlantar di hospital 3 bulan. Bila boleh balik rumah... tak sampai beberapa hari, kena halau keluar dari rumah sebab rumah kena lelong akibat dari status bankrap tadi.

Dengan balance duit yang dia ada, dia sewa rumah. Akibat operation, dia terlantar tak boleh berjalan selama setengah tahun. Kena pula upah orang untuk jaga dia selama paralyzed tu... sampai pokai terus. Kata dia lagi, kadang-kadang memang terasa macam nak ambil nyawa sendiri...

Tapi dia kuat semangat, asal boleh bangun walaupun dalam keadaan bongkok, dia masak makanan untuk jualan... dan terus berjual hingga hari ini, dia sudah boleh berjalan macam biasa walaupun sakit tu sentiasa ada dan perlu bertahan dengan ubat. Dia mengalami dua tahun yang terlalu hitam dalam hidup. Jatuh, terpleot dan kini bangun memperbaiki diri...

Ya... saya selalu baca tentang ini, tapi berbual dengan orang yang mengalami, melihat expression mukanya dan melihat air mata yang bergenang di matanya... buat saya lebih menghargai apa yang saya ada.

Kita selalu melihat ke atas, melihat orang yang lebih bernasib baik, dilimpahi kemewahan dan tidur bertilamkan wang ringgit. Maka sebab tu lah, kita rasa terlalu kecil, rasa sangat tidak bernasib baik dan terlalu inginkan apa yang mereka2 tu nikmati. Kita lupa tengok orang yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita... orang yang miskin, yang tak makan dan diuji dengan kesakitan yang berpanjangan... itulah kita. Tak pernah bersyukur!

Sebenarnya, kita yang tentukan hidup kita. Macam mana kita mahu melihat sesuatu musibah itu dan ambil dia sebagai pengajaran. Look around us, and count on our blessing then starts planting our own garden.

Note : Kadang2 kita rasa, kita dah teruk sangat kena hempap dengan batu... tapi orang lain ada yang patah riuk dan pecah kepala...



Photobucket

Tuesday, June 11, 2013

MACAM-MACAM LAGI...

MACAM2 1- Ada gerenti ke?



Saya banyak dapat soalan lagu ni...

Cstmr : Nak ubat selsema jenama Aerius.
Saya : Maaf, kami tak keep stock ubat tu.
Cstmr : Habis, you ada apa pilihan yang tak mengantuk?
Saya : Saya ada Clarinase 24hr. Ambil once a day. Kalau satu kotak ada 10 biji, saya jual RM 30. Kalau nak beli loose pun... boleh. Rm 3 sebijik.
Cstmr : Mahalnyaaaa... gerenti ke boleh baik?
Saya : Saya cuma boleh bagi ubat yang sesuai dan ikut yang saya belajar tu... insya-Allah boleh sembuh. Tapi Yang Menyembuhkan tu... yang kat atas sana... ( sambil tunjuk ke atas.
Cstmr : Yang tu... saya terimalah... ( sambil senyum)

Nota : Menyembuhkan itu kan, kuasa Allah. Kita hanya berusaha.



MACAM2 2 - Apa masalah dia sebenarnya?



Insiden yang membuatkan saya terkedu di pagi hari...

Cstmr : Nak ubat mata, botoi warna putih.
saya : Ingat nama dagangan dak? Guna untuk apa?
Cstmr : Tak ingat tapi untuk mata pedih.

Saya bangun dan tunjukkan beberapa jenama yang datang dalam botol kecil warna putih yang saya simpan.

Cstmr : Bukan... bukan... bukan. Ni untuk apa... ni untuk apa... ni untuk apa...
Saya : Untuk jangkitan mata...( masih senyum, wpun sedikit bengang)
Cstmr : Saya pedih mata...
Saya : Kalau pedih saya syorkan yang ni...
Cstmr : Tapi yang saya pakai putih macam ni... ( sambil pilih salah satu ubat titis mata brand generik... saya ambil yang ni... (Sambil membelek lagi ubat yang lain tu...)
Cstmr : Ni untuk apa... ni untuk apa... ni untuk apa ( pegang setiap satu dan tanya)
Saya : Semua tu untuk jangkitan mata. Ada antibiotik dan ubat untuk inflammation.
Cstmr : Sakit mata jer... ubat sakit hati tak dak?

Saya biasa dapat soalan macam tu dan selalunya saya anggap customer tu nak bergurau. Dan selalunya saya jawab dengan jawapan...

Saya : Ubat sakit hati, kena baca Quran la...

Rupanya saya tersilap jawab...

Cstmr : Sikit2 baca Quran, yang dok pi masjid, yang dok semayang, yang dok Allahhu Akbar... yang tu lah dok mengumpat orang, mengata orang, buat demo tepi jalan. Dok pi bom sana, bom sini...

Saya : Tak bolehlah kata macam tu, Allah dah kata baca Quran hati tenang. Kita kena tengok Islam. Sebab Islam tu sempurna, yang tak sempurnanya Muslim.

Cstmr : Betoi dak... kadang2, orang Islam tu... lebih iblis dari Iblis...

Saya terkedu... dah taktau nak jawab apa. Dalam hati fikir... apa masalah dia ni sebenarnya???

Nota : Kalau kita orang Islam, pandang Islam sendiri macam tu... siapa lagi nak jaga maruah agama kita yang sedang dilanyak sesuka hati? :(



MACAM2 3 - Ujian datang dan tak mahu pergi... 



Kereta saya... dah sebulan lebih tido kat workshop. Computer board rosak. Nak beli yang ori... tiris kocek. Nak cari spare part... punyalah payah. Temporary, saya drive Kancil ke sana ke mari sementara memikirkan kemungkinan seterusnya.

Mula-mula signal system breakdown tu selalu muncul tiba2 waktu saya drive. Cuba antar kat tempat abang ipar saya bawa keta dia. Dia buat okay, dah tak naik dah signal tu, tapi makan minyak la pulak. Bukan makan jer dah jadi 'mentekedarah'. Pi antara balik... dah buka semua, tak ada spare part pulak. Buat sementara ni, saya nak tunggu yang 2nd hand dulu la...

Setiap kali terjumpa orang yang saya kenai... depa tegur saya, tapi tak dapat tidak, depa akan jeling semacam dengan kereta kecik tu. Macam weird jer pandangan depa. Entah apa yang ada dalam kepala depa tu...

Okey apa... saya drive Kancil. Memanglah tak sesmooth dan selaju kereta yang dulu. Tapi saya suka sebab saya senang nak mencelah kat mana-mana... zup zap zup zap jer ...

( Semoga 'M. Nasir' saya tu... akan sihat seperti sedia kala. Really miss my car). — feeling sad.

Nota : Allah menguji dengan bermacam cara. Dan saya percaya... tak ada satupun di dunia ini yang terjadi tanpa izin- Nya.
Photobucket
awesome comments