A scribble of my mind and heart.....

Saturday, December 14, 2013

DAH LAMA TAK PI PENANG ISLAND

Ya...  dah lama tak pi Penang Island. Dulu2 selalu cakap kat kawan, saya lebih kerap pi Shah Alam dari pi Penang. Haha... Cuma la ni, becoz of my stormy whether, Shah Alam pun dah jarang pi...

Cuma semalam, terpaksa jugak drive ke Penang. Nak mengantar borang untuk pembaharuan lesen A. Yang buat lambat tu... syarat baru bahagian Farmasi Negeri, kena dapatkan Annual Retention dulu, kepil bersama dan hantar, then baru boleh proses untuk Lesen A tahun depan. Annual Retention baru sampai minggu lepas. Memandangkan masa dah suntuk, kalau pos, it may get lost on the way... so baik pergi hantar by hand.

Bertolak dari ofis pukul 10:30 pagi. Dok kira pi - kira mai, last2 decide nak naik ferry. Boleh rehat dan jimat minyak sikit. ( :D ) Malangnya, masuk jer jejambat yang menghubungkan ferry tu... dah start jam. Adehhhh!!!  Mujur ada kereta yang berpatah balik nun kat depan. Dan kebetuulan pihak Penang Port ada buat bukaan untuk sapa2 yang nak koner balik. So, sebaik sampai kat situ saya pun koner... patah balik dan ambik jalan ke Penang Bridge.

And the sad scenario is, jalan jambatan pun jam jugak. Terkemut-kemut sementara nak sampai tol. Lepas tu dok berebut nak masuk line, ada yang bagi jalan... ada yang tak bagi. Yang tak bagi tu, dia fight macamlah dia boleh sampai Penang dulu dari saya. Yang bestnya, dia fight takmo bagi jalan kat saya... last2 line saya yang jalan laju dari dia. Masa saya pass kereta dia, saya sengih lepas tu gelak jahat sorang-sorang kat dalam kereta... hahahahaha... hahahahaha...

Rupanya, nasib memang tak menyebelahi saya hari ni. Saya sampai Island pukul 12 lebih. Huhuhu... hari jumaat, ofis tutup pukul 12:00. Mau tak mau kena pusing2 dulu sementara ofis buka semula. So, pusing2 cari parking dekat Chowrasta. Ingat nak pi kedai buku terpakai kat atas tu... tapi kawasan tu dekat dengan masjid, mmg susahlah nak dapat parking... Last2 saya pi pusing2 Komtar.

Komtar dari entrance Perangin Mall
Singgah Popular. Kebetulan depa tengah buat sales on novel berbahasa Inggeris. Murah giler. Mostly at one third of the actual price. Saya memang jarang beli novel BI brand new. Selalunya... beli yang secondhand jer, tu pun selalunya half of the price. Ofer ni memang lebih murah dari novel secondhand...

Harga runtuh yang memang real runtuh... yang kanan tu harga jual sekarang....

Lepas beli novel... pusing2 dalam Pacific Supermart tu, lepas tu masuk Bazaar. Berkenan tote bag, depa juai Rm 9 jer...beli la dua. Nak buat projek sket. Kalau siap nanti, saya upload gambaq dia...

Pusing2 sampai pukoi 2pm, then off to Jalan Anson. Lagi sekali rasa macam nak tegheyak guling2 dekat depan Wisma Persekutuan tu! Macam manalah boleh lupa hari Jumaat depa buka pukoi 3 petang. Kena tunggu another 45 minutes. Huhuhu... geramnya kat diri sendiri! Kesian pulak dekat Kak Arn kat kedai yang tak makan apa sejak pagi tadi... ingatkan saya boleh sampai balik dalam kul 1:00 ++

Alang2 dah mai tu, kenalah tunggu jugak. Mujur Pak guard benarkan saya tumpang solat dekat surau depa. Sejuk aircond tu buat hati saya kembali sejuk...

Lepas habis urusan, saya bertolak balik dan sampai di kedai pukul 4:15. Kak Arn kelaparan... mujur teringat nak beli nasi ayam on the way...

Inilah antara sebab di Penang, kami dibenarkan kepilkan bersama sampul surat beralamat sendiri untuk pihak enforcement menghantar semula lesen yang sudah diproses terus ke alamat kami. Nak pergi Penang, susahnya... macam nak pergi KL. Saya perlukan 4 jam setengah untuk sampai balik ke kedai... huhuhu...



Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

akak yg dok kt kl ni sukalah benar ke Penang Island tu. Tahun ni dah 2 kali pegi. Suka Penang sb blh mencangkung makan laksa kt Padang Kota...suka Penang sb blh makan nasi kandar kt Hameediah...byk lagi lah...hihi

Packy @ Mawar Merah said...

hAI... SAYA TAK PENAG TRY MAKAN LAKSA MENCANGKUNG...

awesome comments