Pagi tadi, waktu Kak Arn sedang memandu dan saya di sebelah sebagai penumpang, tiba-tiba macam ada letupan kecil dan cermin kereta terus crack... mujur sempat ke tepi and made a safe parking. Terus teringat, 10 minit sebelum tu, dekat area Paya Keladi, ada berselisih dengan lori. Ada bunyi 'ketik' macam sebiji batu kecil jatuh atas windscreen.
Berdesir bunyi cermin pecah dalam butiran-butiran kecil. Selama 20 tahun drive, ni pertama kali encounter masalah macam ni. Tak tau nak buat apa... garu kepala jugak la... Boleh ke nak drive dalam keadaan crack macam tu?
Alhamdulillah! Pertolongan dari Allah sampai. Ada 3 orang lelaki macho ( stok adik2lah kiranya kalau nak dibandingkan dgn umur kami) berhenti dan tolong bagi petua nak buat apa. Depalah yang tolong ketuk cermin yang retak tu, buang tepi jalan dan pastikan semuanya clear untuk saya drive pelan2 ke tempat kerja...
In the meantime, kami call staff (Shikin), minta tolong jemput sat. Dan bila dia sampai, Kak Arn tumpang dia ke kedai dan saya tunggu adik2 tu habiskan proses membuang cermin. Baiknya hati adik2 tu... depa tolong saya sampai semua selesai. Jazakallah untuk adik Hosni dan kawan-kawannya yang katanya dari Kampung Setul, Simpang Empat Matang Buluh. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kamu2 semua. Semoga Allah mempermudahkan hidup dan memurahkan rezeki kamu2 bertiga.... Ameennnn! ( Tolong aminkan doa saya ye!)
Selepas semua selesai, saya drive pelan-pelan, sampai ke kedai... Alhamdulillah! Semuanya selamattttt... walaupun kocek akan bakal tiris nanti.
So, apa nak buat bila cermin kereta pecah? Ini petua untuk orang yang tak tahu macam saya...
1. Pastikan kita cari tempat selamat untuk parking di tepi jalan.
2. Cermin akan pecah kepada butiran kecil. Jangan pandu kereta dalam keadaan macam ni. Sebab kemungkinan ia akan pecah dan butiran tu boleh masuk ke mata dan saluran pernafasan kita. Bahaya.
3. Buang cermin dulu. Biar lompong kat depan. Kalau ada kertas surat kabar, letakkan dekat atas dashboard tu, lepas tu baru ketuk cermin tu pelan-pelan dengan apa2 saja yang boleh dibuat sebagai pengetuk. Dalam kes saya tadi, tak ada old paper dalam kereta. Maka terpaksa rembat bunting yang orang lekat dekat tiang. Holder bunting tu... adik2 tu buat ketuk cermin kereta. Cermin akan jatuh atas kertas, so... senang nak buang nanti dan tak akan kotorkan dashboard dengan powder dari cermin tu...
4. Tutup pintu kereta pelan2, drive pelan2 dan pastikan kita pakai cermin mata/ sun glasses supaya kalau ada habuk, ia tak akan masuk ke mata. Pakai mask supaya... kita tak terhidu masuk serbuk kaca tu...
Sekian terima kasih! hehe...
Jangan lokek atau rasa berat nak tolong orang, sebab akan tiba suatu masa... bila kita dalam kesusahan, Insya-Allah, akan datang pertolongan tanpa kita sangka-sangka untuk memudahkan hidup kita. There's a saying says, what goes around, comes around.
2 comments:
Tq bg info berguna . Ari tu org pecahkan tingkap keta akak curi laptop. mmg berderailah....adoi.. bertaburan kaca satu kereta
Hai, Alhamdulillah, kalau bermanafaat... :) Sharing kan, caring...
Post a Comment