Masa pi kubur ayah minggu lepas, kena pass thru kebun getah...kebetulan musim buah getah, so aku kutip biji getah dan 'casing'nyer. Teringat masa dulu2, pokok getah nih kira mengisi sebahagian daripada perjalanan memory hidup aku masa kecik.
Selain bersawah, kalau bukan musim menuai... ayah dan mak menoreh getah, dan ada ayah tanam pokok getah di sebahagian dari tanah di keliling rumah. Selalu jugak tolong mak menoreh, tapi part buang 'scrupt' (kat kampung kata getah sekerap) dari laluan torehan dan pot getah, lepas tu angkut susu getah, takung, bekukan dan mesin. Tapi kalau boleh part mesin getah ni yang nak dielakkan sangat, lenguh tangan nak pulas mesin tu, lepas tu kena pastikan kepingan getah sama besar hujung ke hujung, kalau tak...nanti kena marah dengan ayah. Teringat satu insiden melibatkan Kak Yam, disebabkan kepingan getah yang dimesin menjadi senget, dia dimarah ayah, kata ayah "Pi sekolah sampai menengah pun tak pandai mesin getah", Kak Yam pulak gatal mulut menjawab "kat sekolah mana cikgu ajar mesin getah". Hahaha...apalagi susup sasap dia lari dikejar ayah.
Kalau musim daun getah luruh, penat kena kerahan tenaga kais daun getah luruh, tapi aku suka pemandangan waktu daun getah menguning sebelum luruh dan keadaan pokok getah yang tanpa daun sewaktu menunggu daun baru tumbuh, masa tu pulak selalunya akan lebih berangin...kalau duduk kat pangkin di luar rumah...sungguh menyamankan. Selain dari tolong mak menoreh, kami kena jugak cari kayu api dalam kebun getah ni, so bila habis menoreh, kena pulak junjung kayu api bawa balik rumah. Kiranya sambil menyelam, minum air. Bila musim buah getah luruh, kami kutip biji getah jual..aku tak pasti nak dibuat apa biji getah tu, tapi kami jual dekat Pak Anjang Ya dengan harga 50sen sepenuh tin minyak tanah...dapat jugak duit poket untuk sekolah.
Zaman dulu2 mana ada games macam la ni, apalagi kemampuan material,jadi kami banyak main outdoor games, banyak permainan yang boleh dimainkan dengan menggunakan sumber dari pokok getah ni, antaranya ialah main congkak dengan biji getah, lubangnya kami korek dalam tanah jer. Selalunya main guna 5 lubang atau 7 lubang. Kalau cerita pasal main congkak...teringat masa main dengan abang aku, kalau dia tau aku akan kalah, dia akan main sambil buat memek muka mengejek aku..apalagi tak tahan diusik, aku menangis dan kejar dia ( masa aku kecik, aku budak yang paling manja...hahaha..).
Biji getah juga boleh main adu pecah, pemenangnya ialah tuan punya biji getah yang paling tahan. Caranya ialah, kedua-dua biji getah di letakkan di tapak tangan kiri dan kanan, lepas tu temukan kedua tapak tangan, bawa ke celah paha dan kepitkan...tekanan akan pecahkan salah satu biji getah...so sapa punya tak pecah....kira hero ler.
Lagi satu...'casing' biji getah pun jadi mainan, iaitu dengan menterbalikkan salah satu 'casing' tu dan pastikan ia melekat antara satu sama lain secara terbalik. Kemudian, kedua bahagian yang tajam tu di letakkan pada jari telunjuk kiri dan kanan....dan tiup. Tiupan akan memusingkan 'casing' tersebut...pastu lawan pulak sapa punya paling laju pusingannya.
Dengan getah sekerap, kami buat bola untuk main 'rounders'. kira macam main sofball jugak ler. Selepas gumpalkan kertas menjadi bulat, kami ambil getah sekerap dan buat lilitan mengelilingi gumpalan kertas sampai ler jadi bola yang boleh melantun. Pemukul bola pulak ambik jer papan lebihan yang agak2 sesuai saiznya. Beza main 'rounders' dari sofball ialah 'players' boleh 'mati' kalau kena tuju...dan bayangkan kalau kena tuju dengan bola getah sekerap tu...aduh!!!! sakit nya sampai tak terkata.
Selain dari games2 tadi, banyak lagi games yang biasa kami main zaman dulu2, kalau nak disenaraikan memang lah panjang...keserokannya berbeza ler dengan games zaman la ni, lagipun permainan dulu2 lebih bersifat aktif dan melibatkan perhubungan dengan ramai kawan2. Agaknya sebab tu ler aku dok giler main Farmville la ni, boleh main secara senyap2, kalau aku main games dulu2, mau orang ingat aku tak berapa betul...
Hmm...kalau nak bercerita pasal memory masa kecik ni...tak mungkin akan habis, tapi malas nak menaip banyak2. Kalau aku free dan otak aku tak berserabut untuk mengarang boleh ler aku abadikan lagi kenangan aku nanti.....
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
6 comments:
salam kak mawar,
adeh pedih juga nak pecahkan getah celah peha hahahaaaa....
saya dulu pertemukan 2 biji getah, letak atas tanah dan ketuk gan tapak tangan ajer, tapi pedih la juga... biasanya kerap juga gaduh, sebab sama - sama tak nak mengalah untuk letak getah kat posisi bawah, getah tu yang biasanya pecah dulu
kikikiiii...
kenangan btul,
semakin kecil saiz getah , semakin hero la lagaknya :P
kami nyer bola getah dulu padu takde letak kertasnya kat tengah2 tu.semua getah. main raunders dengan budak2 lelaki kat rumah, diaorang tuju betul2 kat belakang kita."Beduk" katanya.senak betul dan boleh tak bernafas dibuatnya.Tapi kawan yang suka membeduk tu dah meninggal,xcident langgar lembu wajtu balik keje tghmalam.dia koma dan tak sedar2 sampai ke akhir hayatnya.
Dulu laman rumah aku le yang jadi padang permainan. sema jenis permainan d situlah kami ramai2 bermain. sekarang ni sepi je. Laman pun dah sempit.
Terra, hahaha...tak der ler pedih sangat. Bisanya kalau nak biji getah yang kuat kene cari yang ada tulang sikit kat tgh dia...pastu belah biji getah, gosok permukaannya dengan isi biji getah tu...kononnya jadi lebih kuat....entah betul entah tidak...
Kakcik,
Huh...kalau boal yang letak tengah kertas pun naik mengeliat bila kene tuju...yang padu yu...tak tercakap ler.
Al-fatehah untuk kwn hang tu, kawan aku yang main2 masa kecik pun dah ada yang meninggal sorang. Sedih jugak...masa kita bila lagi pun tak tau ler.
kak..
orang Pahang, biji getah tu depa makan.
korek amik isi kat dlm tu buat masak lemak. Depa panggil masak rong. Tp kena tau buat, klu tak mabuk..
Nik tak pernah makan pun hehehe...sbb kita bukan org pahang jati..so tak pandai nak buat.
Nik,
NI 1st time dengar biji getah buat masak lomak. Kawan akak Kakcik org Pahang...nanti kita tanya dia.
KakCik hg ada pernah masak masak lomak biji getah tak?
Post a Comment