A scribble of my mind and heart.....

Friday, January 29, 2010

MAKCIK TIMAH

Pagi tadi masa tengah bersiap nak pi kerja, Makcik Timah sampai dengan basikalnya. Penat mengayuh dia berenti rehat di kaki tangga rumah aku.

Masa aku kecik dulu2, waktu Makcik Timah masih muda dia berniaga baju terpakai yang dibawa dengan menaiki basikal. Masa tu hidup susah...dapat pakai baju terpakai yang masih cantik pun dah cukup...berkerumun ler orang kampung bila Makcik Timah datang berniaga.

Tapi la ni, semenjak suami Makcik Timah meninggal dunia hampir sepuluh tahun dulu, hidup makcik Timah menjadi susah...kerana walaupun dah tua, dia masih perlu bekerja untuk menyara hidup dan cucunya yang yatim piatu serta cacat. Jadi dia cuma melakukan apa yang dia tahu dan pernah buat...iaitu berniaga dari rumah ke rumah, bukan lagi menjual pakaian tapi barangan dapur, seperti belacan, ikan kering, Pekasam dan macam2 lagi. Makcik Timah cuma ambil komisyen dari untung jualan kerana barang2 tu semua dibekalkan oleh orang2 yang dia kenal dan bersimpati dengan nasibnya.

Menurut Makcik Timah, kalau diikutkan, khudrat tuanya tak mampu nak mengayuh basikal berkilometer dalam cuaca yang panas ni, tapi mengenangkan ada mulut yang perlu disuap, dia gagahkan juga...kalau tak mencari sekupang dua dengan cara macam tu, adakalanya dapur tak berasap. Kalau dia bertandang ke rumah, mak ler jadi tempat dia melepaskan kesedihan..disamping membeli serba sedikit, kami sumbangkan sekadar kemampuan. Sedih sangat bila tengok Makcik Timah menangis dan mencium sumbangan yang diberi. Pernah juga duit hasil jualan seharian disamun oleh mat rempit yang kononnya nak membeli barang, tapi merampas beg duit...sudahlah tercedera, hasil titik peluh disambar orang.

Kadang2 kita yang serba ada selalu leka, dan tidak sensitif dengan golongan yang kurang bernasib baik disekeliling kita...aku sendiri tak terkecuali, walaupun sudah lama kenal Makcik Timah, kisah Makcik Timah sewaktu Hari Raya 2 tahun lepas, menyedarkan aku yang dalam kita bergembira menyambut Hari besar...kita tak sepatut nya lupa insan seperti Makcik Timah.
Lepas raya berlalu baru aku dapat tau yang akibat tidak mempunyai apa2 untuk dijamah dan dihidangkan pada tetamu, Makcik Timah dan cucunya mengambil keputusan untuk membawa diri pergi memancing di tepi sungai pada Hariraya. Kebetulan ada operasi membenteras pendatang haram yang dijalankan oleh pihak berwajib..kesemua orang2 yang memancing di kawasan itu ditahan untuk siasatan. Bila Pegawai yang bertugas tahu akan kisah Makcik Timah, dia dan cucu di bawa kerumah dan di ajak berhari raya bersama...sehingga hari ini Pegawai tersebut akan sekali sekala bertandang ke rumah Makcik Timah untuk menghulurkan bantuan.

Kisah Makcik Timah dua beranak pada Hariraya menyedarkan kami sekeluarga dan juga orang2 kampung yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, banyak bantuan yang dihulurkan disamping menghantar cucunya ke pusat latihan untuk OKU...semoga hidup Makcik Timah akan sentiasa dipermudahkan Allah hendaknya.

Monday, January 25, 2010

HIMPUNAN KEBAIKAN dan NONET

Hari Ahad masa mengemas buku2 dan kitab2 lama...aku terjumpa photocopy buku 'Tiga Hizib Wali Qutb', kalau tak silap dah 3 atau 4 tahun dalam simpanan aku ( hmm....simpan jer ). Masa dok belek2 isi kandungannya, aku terjumpa kata2 ni yang aku tulis di kulitnya...tak tau ler aku copy dari mana....tapi aku publish kat sini, maybe sekadar renungan dan untuk difikirkan. ----------------------------------------------------------------------------------------------

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara iaitu, Percakapan, Diam, Pandangan dan Gerak.

Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.

Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.

Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.

Semoga Allah merahmati hamba-Nya yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebaagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan.

Antara kata2 hikmat HABIB ABDULLAH AL-HADDAD

" Tumpukanlah perhatian kamu kepada urusan hati kamu, buktikan perkataan kamu dengan amal kamu, dan amal kamu dengan niat dan ikhlas kamu, dan niat serta ikhlas kamu dengan menjernihkan dalaman kamu dan memperbetulkan hati kamu, kerana hati adalah asal dan dialah tempat putaran segala-galanya. Sesungguhnya Allah hanya menilai hati dengan niat kamu"
---------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam kemas2 sikit kat bilik, ubah kedudukan gitu gini...dalam dok sibuk angkat barang and so on, Si Nonet (my cat) pun sibuk sama dengan orang...masuk keluar, melompat-lompat dan being very playful...bila malam dia kepenatan, sambil aku tengah surfing kat internet...tetiba terdengar bunyi srrrr..soh...seh...soh...seh...rupanya, akibat keletihan Nonet masuk tidur dalam plastic bag...hahaha......lawak larr, bukan main nyenyak Nonet tidur....

Friday, January 22, 2010

RECYCLE....

Key chain ni my fren Ana Hassan bagi masa dia baru balik dari Ostolia, sebenargnya ada gambar kanggaroo embossed on the plate, tapi aku terhilangkan dan tak tau terjatuh kat mana...


Disebabkan ianya ada nilai sentimental kat aku, aku pun dok pikir...apa ler yang aku boleh buat dengan key chain nie....nak bagi warna dan jiwa sikit....so at last I came out with this idea...using left-over beads which I used for my baju kurung....Taraaa.......

Monday, January 18, 2010

1ST TIME BER'BOWLING'

Lanjutan dari adinda2 (will refer to them as Isz and FZ) bermain 'control car' kat kedai aku tu, hari Ahad, depa ajak pi main bowling kat Megamall Pacific. Aku ni memang dah lama nak try main bowling...tak penah try langsung before this....so, aku pun sahut ler cabaran tu, kiranya macam 'pucuk dicita ulam mendatang' ler.

Depa dua orang pun memperturunkan ilmu camana nak lontarkan bola tu...mulanya suspen jugak, yer lah ...takutnya kalau nasib baik aku boleh ler jatuhkan pin tu, kalau nasib tak baik...masuk longkang, lagi nasib tak baik...kut2 bola tak meluncur...aku yang meluncur....hahaha....mungkin tidak...



Selain dari Isz dan FZ, anak sedara Isz, Raihan dan Ariff ikut sekali...kira macam body guard ler.


Hehehe...at the end of the game, rupanya aku yang menang, mengatasi sifu2 aku yang dua orang tu....aku telah berjaya menjatuhkan 82 pin dari 100 pin...kira ok apa!

Sunday, January 17, 2010

MELEPASKAN BORING...

Hari sabtu 16 Jan...aku dikunjungi dua orang adik2 yang merangkap ex-staff (sebagai part-timer), yang penah keje dengan aku after SPM exam few years back. La ni depa dua orang nie dah graduate dan dah pun bekerja. Kedua-dua adinda nie dah discover hobby baru untuk melepaskan boring, iaitu main control car...jom layan gambar.

Tengah khusuk pasang bateri untuk control car tu, yang sorang dah lama dok main, yang lagi sorang tu baru berjinak-jinak...baru beli kereta pun.

Nie ler dua biji control car, actually both cars resemble the car that currently drive by the owner. Yang sorang tu own Nissan Latio Sport, dan sorang lagi drive Suzuki Swift blue colour...sama ler tu.

Tiba2 hari tu kedai aku dah jadi gelanggang kereta lumba....dua2 orang dok try skill depa mengawal pergerakan kereta tu, tapi space kat dalam kedai tu bukan ler besar sangat....soo, kereta tu dok berpusing kut tu saja.

Bila lama2 tengok depa punya aktiviti, aku pun teringin nak try sama...hehehe...kira ok jugak ler, Hmm...lepas ni boleh ler pikir nak beli sebijik.....hua...hua...hua...

Thursday, January 14, 2010

SEDEKAH DAN ZIKIR

Emel dari seorang kawan......Untuk Renungan Bersama.....
Bismillahirrahmanirrahim.

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan Dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya,
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi Dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip Mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian aku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam Dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju Dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk be! rmuka-muka Dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga Dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat Dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan Dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan Dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia Ku lihat ibu amat mentaatimu Dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau Dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar Dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar men jadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLAH.......

Monday, January 11, 2010

BUBUQ SORA

Semalam (hari Ahad) kami buat bubuq sora (bubur asyura ler) kat rumah....Kak Ah, Kak Rah dan Kak Mun yang empunya rancangan...so start seawal 10 pagi. Bubuq ni versi Penang, yer lah bubur Asyura ni rasanya berlainan ikut negeri...bergantung kepada campuran bahan2 yang dimasukkan tu. Tapi, sebenaqnya aku tak ler gemar sangat makan bubuq sora ni, sebab manis sangat...tapi makan juga gitu2 jer.

Bahan2 yang dicampur adalah tepung beras yang dikisar, santan, gula merah, kacang tanah, kacang kuda, kacang hijau, jagung dan ubi keledek...dekat pukul 2 petang baru siap.





Untuk Kak Ani yang dah lama tak balik kampung....hehehe...layan gambaq jer la, jangan dok meleleh ayaq lioq noo...

Saturday, January 9, 2010

CRYSTAL....

Dah 2 minggu aku pi belajar buat costume jewelery from crystal...interesting jugak, tapi semenjak dah tua ni, mata pun dah rabun...so, bermasalah sikit nak menatap lubang untuk dicucuk tangsi tu. Kadang2 puas tenang baru dapat masukkan tali tangsi tu...jadi nak habiskan satu satu end product tu naik bengong kepala dan berpinar bijik mata....jom tengok gambar hasilnyer....







Antara yang dah siap tu...gelang tangan dan strawberry pendant, strawberry pendant ni kalau yang kecik boleh dibuat anting2, kalau yang besar samada buat pendant atau digantung kat handphone.....

Monday, January 4, 2010

DIA BUKAN HAMBA...


Selama aku involved dalam line retail nie, kene berinteraksi dengan ramai orang dan bermacam ler pulak perangai. Ada yang biasa2 jer, ada pulak yang menguji kesabaran aku...kadang2 sampai tahap mengganggu emosi aku seharian especially kalau masalah dengan customer tu terjadi awal pagi...alamatnyer sampai ke petang ler aku moody.

Tapi semua tu memang asam garam orang berniaga...it comes as a package when you start a retail business. Kalau sakit hati sangat aku tepon jer kengkawan mencurah perasaan, depa lah jadi penyejuk hati sebab kami sama2 faham kerana semestinya mengalami masalah yang sama sekali sekala.

Tapi dalam banyak2 perangai orang, yang paling aku tak tahan dan betul2 menguji kesabaran aku dan buat hati aku mendidih ialah bila ada customer lelaki yang menegking dan marah2 isteri depan aku dan depan ramai orang. Kalau ikut hati aku rasa cam nak marah dia balik...tapi sebab aku sedar diri yang aku ni kecik jer dan kuat nangis pulak....hehehe...aku diamkan diri jer, tapi mata aku akan pandang dia setajam yang aku mampu...tu sebagai isyarat yang aku tak suka apa yang dia buat.

Dulu2 masa aku mula masuk retail line, ada sorang customer aku tengking2 wife dia sebab wife dia nak beli Imedeen, siap keluar perkataan yang tak sepatutnyer...naik merah telinga aku dengar. Dia tengking wife dia macam pompuan tu orang suruhan dia. Masa tu aku muda lagi...aku tak tau macamana nak kontrol kemarahan aku, walau macamana pun aku pulak bukan ler kaki gaduh...so, aku cakap ngan customer tu "Encik kalau tak mau beli pun tak pa...jangan gaduh kat sini boleh tak? pastu, aku terus tinggalkan customer tu then suruh staff aku take over sebab aku takut aku boleh berubah jadi 'Incredible Hulk'....hehehe....

Lepas peristiwa pertama tu, banyak kali juga aku encounter peristiwa yang sama, kadang2 sebab sekecil2 benda macam nak beli puting botol susu pun, isteri kene tengking. Hish!...rasa cam nak debik jer, apa depa ingat isteri depa tu hamba sahaya ker, kalau nak marah pun tunggu ler balik rumah dulu...tolong ler jaga air muka isteri kat depan orang. Kalau bukan depan orang pun isteri bukan untuk dimarahi atau ditengking, tapi untuk disayangi dan dibuat teman hidup suka dan duka. Aku suka ayat yang di emelkan kawan aku nie, sesungguhnya setiap yang Allah jadikan itu bersebab....hayatilah ayat2 kat bawah nie.

"Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak, tetapi dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada lelaki , berhampiran dengan lengan lelaki untuk dipertahankan dan dilindungi juga dekat dengan hati lelaki untuk disayangi."

Sunday, January 3, 2010

LAMANYER TAK MASAK...

Hari nie...hari ahad, dah lama tak masuk dapur sebab aku bukan rajin memasak pun. So, masak sempoi2, orang Penang kalau tak dak kari...tak sah kut, sebab tu ada lagu cakap "kari2, nasi kandaq, papadom"....

Dari kecik kalau ada kari mesti nak ada sambal belacan dgn ikan kering, lebih sedap kalau ada ikan gelama masam...fuhh! aku suka sangat. Dulu2 masa kecik, ayah bela ayam, kalau ayam bertelor...telornya kami tak makan tapi bawa pi kedai dan tukar dengan ikan kering...dapat lebih banyak lauk dan ramai orang boleh makan...dengan minyak2 bekas goreng lauk tu kami gaul dengan nasi.

Petang pulak Kak Mun masak spaggeti plus macaroni untuk minum petang.





awesome comments