A scribble of my mind and heart.....

Saturday, May 22, 2010

DEFINASI 'BAIK'

Baru2 ni, ex-SGGS senior ( Kak Mel) post 'whats in your mind status' dalam FB, katanya dia baca somewhere yang "selalunya KEBAIKAN dan KECANTIKAN tidak wujud bersama"...betul ker? meaning...orang yang cantik selalunya tak baik, or orang yang baik selalunya tak cantik...hee, betul ker tafsiran aku ni? hmm..entah ler!!! Dan actually kecantikan tu sendiri berbeza pada mata orang yang memandang, hingga ada english quote saying that 'beauty is in the eye of the beholder'.

Ada pulak hadith Nabi (kalau tak silap) yang famous yang bunyinya, "Sesiapa yg hari ini lebih baik dari semalam dia orang yg untung.Sesiapa yg hari ini sama shj dgn semalam dia orang yg rugi.Sesiapa yg hari ini lebih buruk dari semalam dia adalah orang yg zalim."

Hmm....aku sendiri sedang berusaha menjadi baik, bila umur dah nak menuju senja...fikiran aku lebih tertumpu ke arah persediaan akhirat...tapi setakat mana usaha aku? Berbalam-balam rasanya. Teringat pulak few years back...ada chinese neighbor (in business), dia cakap aku baik...sebab dia ajak aku keluar makan...aku takmo, dia ajak aku tengok wayang...aku takmo, dan dia surprise sebab orang macam aku cuma spend weekends aku kat rumah dan tak enjoy macam orang lain...and consider aku weird kut (ikut budaya dia ler)...tapi ADA AKU KESAH??? tak pun....aku cakap aku ni baru belajar nak jadi baik, 1% jer kalau dibandingkan dengan orang yang betul2 baik...kerana 'BAIK' dari kacamata ISLAM itu baru ler betul2 BAIK.

Hmm.....apa itu 'baik' dan bagaimana kita mendefinasikan 'baik' tu...aku pinjam huraian yang aku jumpa bila baca buku bertajuk VERSUS tulisan HLOVATE...sebab dalam buku ni ia menceritakan tentang proses penghijrahan remaja 'streetlife' kepada seorang ISLAM yang baik...dan aku rasa ceritanya meresap dalam hati. Seorang yang BAIK itu kalau dilihat dari kacamata ISLAM adalah seorang yang BERIMAN iaitu melakukan semua suruhan ALLAH dan menjauhi segala laranganNya. Dan untuk menjadi beriman..kita tidak boleh ambil ISLAM separuh separuh..ikut apa yang kita suka saja..kerana ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 208 berbunyi ' masuklah kamu kedalam ISLAM sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana ia musuh yang nyata'. So selagi tak embrace Islam sepenuhnya, kiranya tak cukup baik ler kita.

Kalau nak jadi baik...belum cukup dengan sekadar solat penuh 5 waktu (yang kualitinya ala kadar) setiap hari jer ( this one consider ok utk aku...cuma kadang2 bila tidoq tak sedaq habaq...subuh aku miss, once in a blue moon). Baca Quran? ikut angin aku kalau rajin...juga sedang membiasakan sekurang-kurangnya semuka sehari, kalau lebih kira aku sangat2 berjaya ler...selalunya jadi berselang 2-3 hari..lebih teruk gap sampai minggu...BANGUN...BANGUN...SEDARLAH WAHAI DIRI.... Entah ler, banyak lagi yang aku kene ubah dengan diri aku ni, perangai, pakaian...macam2. Amalan yang sunat, qiamulail??? aku malas nak cakap ler....kantoi....

Kadang2 kita sedar apa yang kita buat tak sesuai dengan landasan ISLAM, tapi sebab dah jadi norma dalam diri dan masyarakat...lama2 jadi biasa. Susahnya nak jadi BAIK....tapi yang penting jangan berenti mencuba dan meletakkan alasan untuk menghalalkan apa yang kita buat....

KALAU RAJIN BACALAH BUKU VERSUS, TULISAN HLOVATE TERBITAN JEMARI SENI. KUT2 BOLEH MENYENTUH HATI. AKU INGIN TERUS MENCUBA DAN BERUSAHA JADI 'BAIK'...TOLONGLAH KEJUTKAN AKU KALAU AKU TERLEKA ATAU TERSASAR.....

6 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak.
wah at last akak dh baca jgk ye buku Versus ni ye..hehehe. Sama2 kita jd baik mudah2an ye kak!

Packy @ Mawar Merah said...

Wa'alaikum salam...Nik, dah baca, best giler...kalau ada lagi yang bagus...nik bgtau ler....

rokiahismail said...

kak Packy..kita pun dah baca buku2 dia..hehe..penangan anak2 sedara..rasa cam budak remaja la pulak...tapi, ok la, ada pengajaran disebalik jalan cerita yg sempoi..sedang cuba nak jadi yg terbaik...untuk diri sendiri n org lain..Ameen...

Packy @ Mawar Merah said...

Hee...Kiah, terasa nak jadi remaja balik, memperbaiki apa yang tak baik. Tapi mana boleh patah balik kann...Jom kita sama2 cuba jadi 'baik' ok kut....

faizlily said...

TQ Packy for ingatan... sama2 kita ambil yg baik.
Buku tu KF dh baca kat blog dia 4 years ago sebelum dia jumpa publisher... siap dnload & print lagi... :)

Packy @ Mawar Merah said...

Tq jugak utk Kak Faiz...yup, dia ada bgtau dalam preface dia, umur cerita tu 5 tahun sebelum dia publish...sya teringin nak tulis cerita cenggitu tapi tak pandai...hehe, So far suka baca yang membawa kesedaran...kalau kak faiz come across anything similar...bgtau saya ler...

awesome comments